petua mendapatkan anak perempuan

Berderet Anak Lelaki?Petua Hamil Anak Perempuan Sebagai Penyeri Keluarga

petua hamil anak perempuan

Ketika mula-mula mengandungkan anak pertama, memang tak dinafikan rata-rata pasangan suami isteri tak kisah sangat nak dapat anak lelaki atau anak perempuan.

Yang penting anak yang dikandung sihat & cukup sifat seadanya.

petua hamil anak perempuan

Apabila dah ramai anak, semuanya lelaki pula, tak kurang juga ada pasangan yang tercari-cari petua hamil anak perempuan. Selain menyerikan keluarga, anak perempuan adalah penyumbang pahala yang banyak buat kedua-dua orang tuanya.

Banyak ke kelebihan ada anak perempuan ni?

Anak Perempuan Pelindung Dari Api Neraka

petua hamil anak perempuan

Menurut satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim & Tirmidzi,

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

Dari hadith ini, kita dapat simpulkan, antara kelebihan menjaga dengan baik anak-anak perempuan adalah mereka (anak-anak perempuan yang dijaga dengan baik) mampu menjadi pelindung kita dari api neraka. Wallahu’alam.

Syurga Buat Ibu Bapa Yang Ada Anak Perempuan

petua hamil anak perempuan

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang membawa maksud:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkan ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya:

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda:

“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki bertanya:

“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab:

“Juga untuk seorang.”

(Hadith Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Subhanallah, banyak kan kelebihan memiliki anak perempuan ni? Tak dinafikan memang sukar untuk menjaga anak perempuan kerana anak perempuan dikatakan antara ujian untuk ibu bapa.

Anak perempuan – auratnya, maruahnya.. & yang sewaktu dengannya yang perlu kita didik & jaga.

Namun, seperti yang kita tahu, Allah juga tidak memberatkan sesuatu melainkan ia adalah mampu dipikul oleh setiap hambaNya.

3 Petua Mendapatkan Anak Perempuan

petua hamil anak perempuan

Saya nak kongsikan tips dan petua hamil anak perempuan ni sebab ia adalah antara ilmu/ perkongsian yang saya dapat di kalangan rakan-rakan sekerja yang senior & lebih berpengalaman dalam ilmu rumahtangga ketika bekerja di industri kira-kira 7 tahun yang lalu.

Sebelum saya tak ingat, lebih baik saya catatkan di sini. Semoga ia bermanfaat untuk sesiapa saja.

(1) Bersama pasangan (suami/ isteri masing-masing) di awal tempoh subur

petua hamil anak perempuan

Saya ada kongsikan cara kira waktu subur isteri kat entri ni. Boleh rujuk dulu.

Untuk mudah hamil anak perempuan, adalah digalakkan untuk bersetubuh dengan pasangan masing-masing sebaik sahaja isteri suci dari haid atau lebih tepat lagi ketika awal tempoh hari subur (sekitar 3-4 hari selepas haid berakhir).

Isteri bermasalah haid tak teratur? Rujuk entri saya yang lalu bagaimana untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur.

Saya juga dulu pernah kongsikan tips mudah hamil di entri yang ini.

(2) Mengiring ke kiri selepas bersetubuh

petua hamil anak perempuan

Siapa yang kena mengiring ke kiri ni? Bukan suami ya… :mrgreen: Tapi isteri.

Ini adalah petua orang terdahulu & jika tak salah saya petua hamil anak perempuan ini ada juga tertulis dalam naskah buku yang bertajuk “Permata Yang Hilang”.

Selepas bersama suami, isteri hendaklah mengiring di limbung kiri untuk beberapa lama. Sekitar setengah jam pun takpe.

Sebaiknya jangan sampai tertidur terus sebab kita digalakkan untuk berwudhuk selepas berjimak jika kita blom sempat/ tak dapat mandi wajib sebaik saja pada ketika itu.

(3) Niatkan kerana Allah

petua hamil anak perempuan

Sudah tentu, setiap amalan sebaiknya kita niatkan kerana Allah.

Niat itu adalah lintasan hati. Tak perlu pun lafaz, “sahaja aku nak anak perempuan…” 😆

Cukup sekadar ia terdetik dalam hati kita & pasangan, bahawa kita nak Allah kurniakan anak perempuan kerana Dia.

Untuk pasangan suami isteri yang tak sabar nak ada anak perempuan pula tu, amalkanlah 3 petua hamil anak perempuan ni bersama pasangan masing-masing. 😉

Selepas kita dah berusaha, barulah kita bertawakkal & berserah segala yang terbaik kepada Allah s.w.t, Tuhan yang Menciptakan dari tiada kepada ada.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Anda dijemput untuk tinggalkan sebarang komen jika ada. Terima kasih 🙂

Sebagai bonus, jom layan video ini sebagai persediaan untuk anda/ isteri anda menyusukan anak yang bakal dilahirkan nanti 😉

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

11 comments

  1. I would love to have my name in the contending for this book. I had caencr two years ago and am trying very hard to reduce the amount of chemicals in our lives. So would love this book. Thank you, for this giveaway, regardless of who gets it, the more we as people can reduce the chemicals around us, the healthier we can become.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge