Bisnes Shaklee Suatu Jaringan Ukhuwah

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera & a very good afternoon to all my blog reader

Sedar tak sedar, telah setahun sebulan saya berada dalam keluarga Shaklee sebagai Shaklee Independent Distributor. Dalam semua bisnes MLM yang saya sertai sebelum ni, Shaklee adalah bisness MLM yang paling saya percaya upline tidak akan dapat apa-apa dengan hanya menggoyang kaki saja.

Bisnes Shaklee bisnes MLM yang adil

Ini terbukti apabila dalam rangkaian kami, adik beradik TeamIbuCergas saya ada sorang tu dia tiba-tiba jadi sangat tidak aktif. Tidak aktif membeli produk mahupun menjual. Dalam Shaklee, sekiranya seorang ahli Shaklee itu ingin berbisnes, dia wajib maintain at least 30 PUV setiap bulan bagi melayakkan dia mendapat manfaat bonus dari GUV nya itu. Jika dia memang tak buat apa-apa (tak menjual atau tak membeli utk 30 PUV dia tu), semua UV points naik ke upline yang lagi atas.

bisnes Shaklee

Nak mudahkan cerita, sistem yang dijalankan oleh Shaklee macam dalam gambarajah di atas ni. Katakan Maria memang tiba-tiba tak aktif. Sonyap jek tetiba. PUV dia tiap bulan tetiba 0UV. So, semua GUV hasil dari kumpulan si Maria melalui sales Salim, Tina, Rita & anak-anaknya terus naik ke dalam GUV Siti, upline kepada Maria. Jika Siti pun tetiba goyang kaki tak coach tak buat sale & tak maintain 30PUV jugak, haaa.. terimalah nasib yang sama macam Maria tadi.

Adil bukan?

Bonus yang dapat tu bukan untuk goyang-goyang kaki je tau. Bonus yang Shaklee bagi tu adalah reward untuk tugas coaching & bagi motivasi pada anak cucu cicit downline selagi dia blom naik jadi Leader. Dan bonus tu pun sebenarnya tak usik sikit pun bonus anak-anak/cicit downline. Masing-masing dapat bahagian yang diusahakan. Takde istilah sape join dulu dia dapat banyak. Ade je downline yang jauh lebih cemerlang dari upline dia.

Bisnes Shaklee mengajar erti berdikari

Nama pun Shaklee Independent Distributor…

Sebenarnya upline coach tu hanya tak lebih dari 10 % jer. 90% datang dari niat, & usaha sungguh-sungguh yang berterusan dari setiap distributor tu. Siapa rajin update blog, rajin sharing info & rajin buat macam-macam lagi teknik SEO ke atas blog dia beserta konsisten dengan amalan rohani & master Checklist yang tak pernah lopong, dialah yang dapat.

bisnes Shaklee

Banyak kelas & bengkel nutrisi yang pihak Shaklee sediakan. Semua itu adalah untuk membantu pengedar Shaklee menjadi lebih bertauliah untuk memberi konsultasi kepada pelanggan mereka. Tak lah timbul isu customer salah cara makan. Kang ada pulak ibu mengandung tersalah ambil suplemen yang tidak sesuai seperti Alfalfa tu.

Tinggal hendak dengan tak saja. Bukannya mahal pun. Semua tiket bengkel Shaklee berharga RM40 saja termasuk buffet lunch di hotel tau. Rasa macam free jer Shaklee ni laburkan untuk makan minum.

Bisnes Shaklee mengeratkan silaturrahim

Subhanallah yang ni memang sangatlah benar.

Bayangkan, dalam masa setahun, saya mempunyai hampir 200 adik beradik Shaklee TeamIbuCergas & ada lagi 2000 sedara mara dalam jaringan kami yang lagi besar iaitu iReach Family. Belum lagi masuk group super upline kami Jutawan & Euphoria. Memang ramai. Walaupun kami semua berniaga benda yang sama iaitu produk Shaklee, tak pernah timbul isu dengki atau iri hati atau rebut customer. Kami semua sentiasa yakin akan rezeki masing-masing.

Kami ada group sokongan wasap yang memang banyak membuka ruang & peluang untuk kami kongsi kepakaran masing-masing. Saya mungkin banyak kelebihan dari ilmu nutrisi sebab saya memang suka membaca & minat dalam topik-topik kesihatan ni, tapi saya sering menemui kesukaran dalam teknik-teknik dalam berblog suatu ketika dulu. Sudah tentu. Sebab saya memang bermula dari zero. Tak pernah kenal Blogger, apatah lagi WordPress ni.

Sejak pergi ke kelas SEO & SEM menuntut ilmu dari omak & apak TeamIbuCergas, saya makin seronok berblogging. Jika dulu saya hanya menumpang sewa rumah di www.zaleha.produkvitamin.com tapi sekarang saya sudah ada rumah saya sendiri di www.providenetwork.com

bisnes Shaklee

kelas coaching blog offline di Shah Alam, suami & anak-anak tak pernah diabaikan

Ni kelas coaching yang omak & apak saya buat malam semalam. Tengoklah ketekunan siblings saya tu. Seronok je bila tengok para suami yang memberi restu & sokongan kepada isteri masing-masing.

Anak-anak pun happy jer bermain. Dah macam duk dalam Nursery pun ada.

bisnes Shaklee

bisnes yang mesra keluarga bawak jer anak-anak ikut sama

Yang paling special & saya rasa omak group lain xde adalah bakat baking yang ada pada omak kami ni. Tak tahan tul dengan penangan & godaan gambo kek omak kami neh. Saya yang paling saya suka adalah kek tiramisu coklat yang omak pek khas untuk saya masa gi MasCel Master Wan Fatihanum sedara iReach Family kami dulu. Sedap sampai menjilat jari.

Ni kudapan omak buat semalam khusus utk sibling saya Hanim & Fisya yang datang kelas semalam. Jeles tau. Kalu JB-Shah Alam dalam 1-2 jam je dah tentu saya pun sibuk ada kat sana semalam.

bisnes Shaklee

kek keju kapas Jepun dari dapur.ibucergas.com buat kudapan kelas offline

Omak kami memang pandai & cergas buat kek tau. Suatu ketika masa saya singgah menginap nak belajar blog WordPress dengan omak saya ni, saya terkejut & kagum sebab tengah malamnye omak saya tersengguk-sengguk layan mengajar saya, esok kul5 pagi lagi beliau dah gagah berdiri buat sebijik rainbow kek untuk customer dia pagi tu.. memanglah dahsyat.

bisnes Shaklee

saya, zaleha yang kiri Omak, farha Maskuriy yang kanan tu ketika menyedut aura MasCel Master Wan Fatihanum di Putrajaya

Masa tu memang saya percaya dengan tagline omak, TeamIbuCergas. Omakku Farha Maskuriy ni memang cergas orangnya.

bisnes Shaklee

Kami semua mula berkenalan hanyalah secara atas talian. Dalam group Whatsapp. Begitulah eksploitasi yang wajar kita lakukan ke atas kecanggihan teknologi sedia ada. Guna untuk merapatkan ukhuwah. Kan dah pahala tu.

Ukhuwah antara kami bukan sekadar sesama adik beradik jer, malah dengan sedara mara jauh pun ikatan tu tetap wujud di kalangan kami.

bisnes Shaklee

bergambar bersama AJK JHS yang terdiri dari iReach Family yang lain. mereka adalah mak sedara & sepupu-sepupu saya dalam Shaklee ni

Dan ni juga sumber inspirasi saya. Seorang ibu cekal kepada 3 anak lelaki yang sangat berjaya. Bukan sebarang orang.

bisnes Shaklee

yang kiri tu neni saya, Presidential Master Nurazlina Noh

Walaupun pernah menjawat di syarikat cari gali yang terbesar di Malaysia, beliau dengan rela hati melepaskan title sebagai Jurutera kerana bisnes Shaklee yang mesra keluarga & banyak membantu perkara bermanfaat yang lain.

Bisnes Shaklee banyak meng’upgrade’ ilmu saya

Kalau memang dulu saya kurang rajin membaca buku tebal cenggini, sekarang saya tak perlu tunggu untuk sambung Master baru nak borong beli buku-buku ilmiah macam ni. Dulu paling koman pun beli majalah jelah tiap bulan.

bisnes Shaklee

Saya yang dari dulu tak tahu nak menulis blog, tapi sekarang dah ada sedikit kemahiran bukan setakat tulis blog di kedua-dua platform Blogger & WordPress saja, malah saya jugak telah celik ilmu SEO & SEM, antara strategi pemasaran online yang penting.

bisnes Shaklee

kelas MiRC ni diusahakan oleh super upline kami dari iReach Family.

Memang kalau nak cerita lagi lanjut kenapa saya sayang sangat bisnes Shaklee ni, takkan habis entri ni. Cukup untuk mengatakan saya happy dengan bisnes yang mesra keluarga sebegini. Produk pun bagus, pelan marketting pun bagus & syarikat yang sangat kukuh pula. Tak seperti kebanyakan syarikat yang lain, gahnya hanya sementara. Ntah bagus ntah tidak produk kesihatannya. Berbeza sungguh dengan produk Shaklee yang telah ada di pasaran dunia lebih dari 50 tahun sampai sekarang.

Kalau produk bagus buat kita lebih sihat why not? Bila badan sihat, ibadat pun terbuat.

Seperti biasa, jika anda ada komen atau soalan, jemput tinggalkan jejak di ruangan komen.

Jika ada sebarang soalan lanjut berkenaan bisnes Shaklee atau produk Shaklee, saya merupakan pengedar Shaklee sah Skudai yang bertauliah, sedia membantu anda. Hubungi saya:

019-7646021 (sms/whatsapp/telegram)

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

COD sekitar Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Pos seluruh Malaysia, Singapura & Brunei

bisnes Shaklee

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

1 Response

  1. November 8, 2014

    […] mendapatkan sebarang tips & info terkini dari kami, sila layari laman web rasmi kami di sini. Boleh follow blog ni untuk sebarang update […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.