caj tambahan prepaid poslaju

Caj Tambahan Prepaid Poslaju: Peniaga Online Wajib Tahu Ni

Semalam baru sempat jengah ke Pejabat Poslaju Skudai.

Biasanya kalau saya tak COD (cash on delivery) vitamin Shaklee yang kami jual, saya orderkan secara online saja & pihak Shaklee akan uruskan penghantaran pos secara courier Citylink atau GDEX.

Nampak notis caj tambahan prepaid poslaju ni.

Bermula 1 Oktober 2015, semua penghantaran menggunakan prabayar Poslaju yang melebihi had berat akan dikenakan caj tambahan.

RM3.18  bagi setiap 1kg / sebahagiannya (Prabayar Warna Oren)

RM7.42 bagi setiap 1kg/ sebahagiannya (Prabayar Warna Biru)

caj tambahan prepaid poslaju
berkuatkuasa 1 Oktober 2015

Seperti sedia maklum, kadar poslaju prabayar adalah:

Prabayar Oren (Semenanjung – Semenanjung/ Sabah – Sabah/ Sarawak – Sarawak)

  • RM6.35 untuk 500 gm
  • RM9.55 untuk 1 kg

Prabayar Biru (Semenanjung – Sabah/ Semenanjung – Sarawak/ Sabah – Sarawak)

  • RM10.60 untuk 500 gm
  • RM15.90 untuk 1 kg

So, dengan penguatkuasaan caj tambahan prepaid poslaju ni, dah tak bolehlah nak tinggal-tinggalkan lagi bungkusan penghantaran prabayar kita ni kat kaunter macam sebelum ni.

Sebab diorang nak kena check 1 persatu berat bungkusan tu.

Maka nya agak sesak sikitlah kaunter poslaju ni.

caj tambahan prepaid poslaju

Ada kawan yang turut sama baru menjengah ke pejabat poslaju semalam bagitau, berat bungkusan prepaid 1 kg yang dia guna 1.2 kg, dia dikenakan caj RM3.20 (bundarkan) untuk lebihan yang 200 gm tu.

So, apa-apa pun, better kita sebagai peniaga, timbang dululah sendiri & stanby extra caj untuk ini.

Faktor Caj Tambahan Prabayar Dikenakan

Mungkin juga penguatkuasaan ni berlaku atas sebab terlalu banyak bungkusan prabayar yang pihak Poslaju uruskan didapati melebihi had berat.

& bertambah malang lagi, jika bungkusan yang melebihi had berat ini antara faktor yang menyumbang kepada barang-barang yang diposkan tu rosak.

Apa-apa pun, hal ini macam win-win situation la.

Kita sebagai peniaga, just follow the rules. Ikut had timbangan yang ditetapkan. Let say kalau kita dah bayar lebihan caj ni pun barang jadi rosak (atas faktor-faktor handling @ yang seumpamanya), barulah layak kita nak claim kan..

Alternatif Kepada Caj Tambahan Prabayar

Saya rasa peniaga-peniaga online yang lain rata-rata dah expert bab ni.

Tapi xpe, mungkin sebagai panduan kepada mana-mana peniaga online yang baru, bolehlah fikirkan alternatif seperti:

  • guna flyers + bubble wrap sendiri
  • perkhidmatan kadar rata courier seperti GDEX
ni maklumat prepaid GDEX. kalau ambik yang large (1.5kg) nampak murah sikit dr prepaid 1kg Oren poslaju

Harap info ni dapat membantu kita plan pengeposan barang kita lepas ni.

 

Zaleha 
SID: 962548 (Shaklee Products & Consultation)
019-7646021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge