Cara Banyakkan Susu Badan Supaya Anak Tidak Menangis Kebuluran

cara banyakkan susu badan
Gambar sekadar hiasan

Seawal jam 6 pagi lagi si kecil Atif meraung-raung tanpa henti seolah-olah ada yang tidak kena.

Ibu kepada Atif, Hani memeriksa lampin si Atif, kot-kot Atif berak-berak sampai tak selesa… tapi tak de pun..

Hani cuba nak menyuapkan susu badan ke mulut si Atif… Atif bertambah kuat nangisnya…

Hani menjadi bingung..

Ni adalah antara kisah sebenar yang terjadi di kalangan para ibu yang baru sahaja melalui pengalaman pertama melahirkan anak.

3 Faktor Utama Bayi Menangis

  • Tidak Selesa
  • Perut berangin
  • Lapar

Anak yang baru dilahirkan perlu mendapatkan susu ibunya seawal mungkin.

Susu Sikit & Cara Banyakkan Susu Badan

Sebelum kita memikirkan untuk memberi susu formula, semasa hamil lagi, sebagai ibu, kita kena terus berniat untuk menyusukan anak kita sendiri.

Kita mampu.

Saya ada ceritakan sebelum ni kelebihan memberi susu ibu kat sini

Ada juga yang runsing apabila susu badan tak keluar & tak banyak sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Ya. Susu pertama yang keluar dari payudara ibu memang tak keluar menderu-deru macam air paip.

Ia dikenali sebagai kolostrum.

Cecair emas ini mengandungi zat yang tidak terhitung serta membantu memberikan antibodi yang terbaik buat bayi.

Sesuai dengan perut bayi yang masih sebesar saiz kacang pea sewaktu dilahirkan, kuantiti susu yang hadir dari payudara ibu memang mencukupi untuknya.

Oh ya.

Sebenarnya bayi perlu disusukan dengan sangat kerap. Bayi juga perlu disusukan sebelum mereka menangis kelaparan. Lihat tanda-tanda bayi seperti menghisap jari/ melalukan tangan ke mulut .

Sewaktu kelahiran anak sulong saya, Rafiuddin Afiq kira-kira 5 tahun yang lalu, jururawat banyak membantu mengajar saya untuk menyusukan Rafiuddin.

Setiap sejam saya akan susukan Rafiuddin sepanjang selepas melahirkannya.

4 Cara Banyakkan Susu Badan cukup sehingga anak berumur 2 tahun

Mak saya juga ada kongsikan saya petua tambah susu badan secara tradisi ni.

Makan makanan berkhasiat

Kebanyakannya hanya perlu makan makanan berkhasiat & seimbang walaupun sedang berpantang.

Selain untuk elak sembelit, makan sayur tertentu (ada sayur seperti kangkung tidak berapa baik untuk ibu menyusukan sebab boleh mengundang angin dalam badan) juga baik untuk tambahkan susu badan.

Antara sayur-sayuran yang membantu tingkatkan penghasilan susu ibu:

  • Sayur kucai
  • Sayur lobak putih
  • Sayur sawi
  • Sayur bayam

Kalau dah tak lalu sangat makan sayur, ada lagi cara yang lagi best. Boleh juga bancuh horlicks sebab dalam horlicks terkandung khasiat dari bayam & juga susu.

Minum air kosong 3 liter sehari

Bagi suri rumah sepenuh masa, menyusukan bayi secara terus mungkin bukanlah suatu masalah. Cuma, ia menjadi kesukaran sekiranya ibu menyusukan kurang mengambil makanan seimbang & kurang minum air kosong yang secukupnya.

1 liter = 25kg berat

Untuk ibu menyusu, sebaiknya disarankan untuk minum 3 liter sehari.

Ramai juga customer saya bagitau.. “Dah banyak dah minum…”

Tapi sebenarnya tidak pula disukat betul ke banyak & cukup.

Gunakan water tumbler untuk mudah kita minum ke mana-mana saja & untuk membantu disiplinkan diri.

cara banyakkan sus badan
water tumbler

Kerap Kosongkan Payudara

cara banyakkan susu badan
guna pam yang sesuai & memudahkan tugas harian

Sebenarnya kita kena faham konsep pnyusuan susu ibu dengan lebih mendalam.

Penyusuan susu ibu adalah berkonsepkan “Supply Versus Demand” (penghasilan susu badan bergantung kepada permintaan)

Tidak kira suri rumah atau ibu bekerjaya, kekerapan mengosongkan payudara adalah sangat penting untuk membantu merangsang hormon supaya menghasilkan lebih lagi susu.

Panduan untuk ibu bekerjaya:

  • Lakukan sesi perahan sekurang-kurangnya 3 kali sehari sepanjang 8 jam waktu bekerja
  • Kurangkan masa bersosial terutama ketika masa rehat di pejabat. Gunakan masa ini untuk memerah susu.
  • Dapatkan pam menyusu yang menggunakan kuasa elektrik/ bateri untuk memudahkan pengepaman dibuat sambil bekerja.
  • Bangun juga di tengah malam sekitar antara jam 1-6 pagi untuk kosongkan payudara samada secara penyusuan terus mahupun dengan sesi perahan
  • Lakukan power pumping terutama ketika awal pagi kerana hormon prolaktin adalah sangat tinggi sepanjang masa ini.

Apa itu power pumping?

Sekiranya anda menggunakan single breast pump, perah selama 10 minit berterusan di sebelah payudara sambil sebelah payudara lagi direhatkan. Kemudian lakukan yang sebaliknya.

Bagi double breast pump pula, lakukan serentak 10 minit perahan tanpa henti.

Ambil Suplemen Penyusuan

Walaupun suplemen bukanlah faktor utama susu badan melimpah ruah, tapi fungsi suplemen terbaik untuk membantu menambah nilai nutrisi dalam makanan harian.

3 sebab kenapa ibu bekerjaya mampu susukan anak sehingga 2 tahun

  1. bertenaga bangun tengah malam
  2. cergas walaupun tidur kurang 6 jam sehari
  3. ceria & emosi yang stabil walaupun dibebani tugas 24 jam sehari

Nak tahu apa suplemen yang ibu bekerjaya ambil untuk capai 3 sebab di atas?

Meh tonton video ni

Puan Dilla Jalil adalah peer counselor laktasi yang membantu ramai ibu untuk berjaya dalam penyusuan anak-anak mereka.

Sungguhpun pakar dalam bidang penyusuan, tidak dapat tidak, beliau juga menghadapi bebanan tugas lain di rumah termasuk perlu cergas bangun malam untuk menyediakan stok susu buat anaknya sendiri.

6 Suplemen Bantu Penyusuan

  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Alfalfa Complex
  3. OsteMatrix
  4. Vitalea
  5. Vitamin B Complex
  6. Vitamin C 500 mg Sustained Release
SuplemenFungsi Dalam PenyusuanGambar Produk
ESP
– Protein yang tinggi
– Sumber kalsium
– Membantu memberi tenaga
– Menganjalkan payudara
Alfalfa
– Kaya dengan serat, galian & zat mineral
– Khasiat segelas susu
– Susu ibu lebih pekat
– Payudara lebih tegang
 
OsteMatrix
– Sumber kalsium yang penting sbg komponen utama dalam susu
– Mengandungi Magnesium & vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium yang optimum
– Membantu memberi tidur yang lebih lena & berkualiti
– Membantu ibu lebih selesa menyusukan tanpa gangguan lenguh badan & sakit pinggang
Vitalea
– Multivitamin dengan 28 zat perlu
– Sumber zat besi
– Membantu ibu lebih bertenaga
Vitamin B Complex
– Komponen 8 vitamin B dgn asid folik & biotin
– Metabolisme makanan kpd tenaga
– Membantu meredakan stress
– Memberi mood yang lebih baik untuk ibu
SR Vitamin C
– Sumber asid askorbik 100mg bagi setiap jam selama 5 jam
– Melindungi ibu dari alahan & serangan demam/ selesema
– Membantu meredakan stress
 

Sekiranya anda ibu bermasalah yang masih runsing memikirkan cara banyakkan susu badan sepertimana Puan Hani tadi, izinkan saya membantu anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen untuk bantu penyusuan mahupun sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

cara banyakkan susu badan

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

 

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge