buat cookies sedap

Cara Buat Cookies Sedap & Berkhasiat Gred Premium Ala Famos Amos

Oh lama nya tak baking. Setahun sekali rasanya nih 😆

Tapi kalau sekali dah mula, pergh! Tak leh stop sampailah semua bahan mahal yang dibeli siap digunapakai.. hehe..

Alkisahnya saya teringin nak cuba buat cookies sedap resepi sifu saya nih, kak Eray (FB: Suriya Majid). Beliau pernah buat bisnes juga jual cookies ni.

Kebetulan masa balik kampung suami sempena PRU 14 aritu, mood mem”baking” datang tiba-tiba, terus lajak kedai beli bahan bakeries kat sana.

Cara Buat Cookies Sedap, Premium Mudah & Berkhasiat

buat cookies sedap

Ok, ni antara bahan-bahan yang kak Eray share.

Bahan-bahan Untuk Buat Cookies Sedap

Bahan A:

  • 1/4 cawan gula kaster
  • 1/2 cawan brown sugar (bukan gula merah ye)
  • 1/2 cawan @ 1/2 buku mentega unsalted (guna pure butter jenama Anchor)
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 biji telur Gred A
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 sudu besar susu segar / susu tepung
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla

 

Bahan B1:

•3/4 cawan tepung gandum (diayak)
•3/4 cawan tepung jagung (diayak)
•3/4 serbuk koko (diayak)
•1/2 sudu kecil soda bikarbonate (diayak)
•1/2 sudu kecil cream of tar tar (diayak)

Nota cikgu: semua bahan B1 diayak bersama

Bahan B2:

• 1 cawan serbuk oat (kisarkan rolled oat sampai dapat satu cawan)
• 1 cawan chocolate chip (guna semi-sweet jenama Hershey’s)
• 1/2 cawan rolled oat
• 1/2 cawan almond nib (bakar sekejap dalam 3-5 minit)

Nota saya:

  • Saya pakai butter Anchor (salted). Maka tak perlu lagi tambah garam.
  • Saya guna almond nib 2 peket yang dijumpai kat kedai untuk 2 adunan resepi ini. 1 peket berat 70gm. Mungkin ini sebab juga bila tuang minyak ikut sukatan asal, jadi bergenang sangat. Kena letak banyak badam/ kurangkan sukatan minyak masak.
  • Gunakan sudu & cawan penyukat yg sama khusus untuk sukat isipadu bahan serbuk/ bahan cecair
  • Minyak masak 3/4 cawan tu bagi saya banyak sangat (mungkin sebab faktor badam tadi). Bergenang adunan dengan minyak jadinya. Maka, cadangan saya, try kurangkan, jadikan 1/2 cawan saja
  • Saya tak jumpa Hersheys semi sweet choc chip kat pasaraya masa try baking kat kampung aritu, maka saya guna coklat cip brand Meriah jer.

 

Cara-cara Untuk Buat Cookies Sedap

 

1) Panaskan oven 160 degree Celcius.

2) Campurkan semua bahan A dan gaul menggunakan whisker. Pukul sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang.

3) Masukkan sedikit demi sedikit bahan B1 yang telah diayak tadi. Boleh gaul guna tangan juga sebab berat kalau guna whisker. Ingat untuk pastikan tangan kita dibasuh sebersih-bersihnya.

4) Apabila dah sebati, masukkan bahan B2 (serbuk oat, chocolate chip, rolled oat dan almond nib). Dan gaul rata.

5) Tutupkan adunan dan masukkan sekejap dalam peti sejuk. Dalam 10 minit camtu supaya adunan senang dibentuk.

6) Boleh guna ice cream scoop yang kecil untuk dapatkan saiz yang sama.

Alternatif, cubit adunan sebesar syiling 20 sen lama dan bulatkan sedikit. Dan susun atas loyang. Ingat jarakkan ye sebab nanti biskut ni mengembang.

(Nota saya: saya tekan-tekan guna garfu untuk dapatkan sedikit tekstur pada cookies tu)

7) Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160 degree Celcius selama 20 minit.

Satu adunan boleh dapat anggaran dalam 90 biji biskut.

Kalau macam saya aritu buat bite-size anak-anak, 2 adunan (sebijik butter) boleh dapat lebih dari 200 bijik.

Saya suka katakan biskut ni biskut premium & berkhasiat sebab kita buat sendiri guna pure butter & rolled oat. Nak lagi premium & berkhasiat, boleh guna 100% bahan seperti gula & tepung yang dari sumber organik. Nak lagi sihat, makan kadang-kadang.

Kihkihkih.. Oklah harapnya resepi & cara buat cookies sedap ni memang mudah untuk uolls. Saya yang baking setahun sekali pun boleh buat, u olls yang memang terer & rajin apatah la lagi kan  🙂

By the way, ni kudapan untuk anak-anak sepatutnya. Tapi maknya pula yang terlebih makan, ops! :mrgreen:

Selamat mencuba!

Lagi gambar ada kat sini

Perlukan Tips Kekal Cergas Di Bulan Puasa?



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Cara Buat Cookies Sedap & Berkhasiat Gred Premium Ala Famos Amos”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge