cara buat google form

Cara Buat Google Form – Hasilkan Borang Online Mudah Hanya Di Hujung Jari

Apabila anda perlukan data yang dikumpul secara banyak & berterusan serta ingin merekodnya dengan cara yang sistematik tanpa perlu banyak kali kerja,

anda boleh menggunakan Google Form.

Google Form ni dah lama wujud. Saya pun dah biasa gunakannya sejak beberapa tahun yang dulu.

Kali ni saya share tutorial cara buat Google Form yang mudah

Cara Buat Google Form Yang Pantas & Mudah

Langkah 1


Pergi ke google.com

Pilih Google Forms – Create And Analyze For Free

Langkah 2

Klik “Go to Google Forms”


Pilih Blank / Template yang sesuai

Langkah 3

  1. Untitle Form – Isikan tajuk borang yang diinginkan. Contoh: Rekod Pelanggan Vitamin
  2. Form Description – Isi apa tujuan borang dibuat
  3. Untitle Question – Isikan apa butiran yang kita perlukan. Contoh: Nama Pelanggan
  4. Pilih dalam bentuk apa jawapan bagi soalan/ butiran yang kita perlu tadi. Contoh: short answer

Langkah 4

Ada item seperti nama & nombor telefon yang kita patut wajib isi. Jadi set kan kepada “required”

Langkah 5

Untuk tambah butir-butir seterusnya yang lain, boleh klik pada gambar kotak bertindih untuk duplicate/ copy format/ bentuk soalan untuk butir-butir lain yang kita nak.


Langkah 6

Option Latar Belakang.

Katakan tak berminat warna ungu ni sebagai latar belakang, boleh klik pada icon colour palette untuk pilih warna yang diingini.

Katakan nak warna hijau. Pilihlah warna hijau. Boleh tukar balik warna yang kita suka tadi juga.

Langkah 7

Lihat preview untuk tengok OK ke borang ni? Klik icon macam mata tu untuk lihat preview.

Preview menunjukkan rupa bentuk borang apabila kita klik link borang ni nanti


Langkah 8

Dah siap semua butir-butir yang perlu, bolehlah klik “Send” untuk dapatkan url link bagi borang ini.


Seterusnya klik “Shorten url” untuk dapatkan url link yang lebih pendek.

Inilah hasil link nya.

Link ni dah boleh guna untuk simpan dalam notes. Lepas tu gunalah untuk tujuan rekod/ kumpul data apa-apa.

Untuk lihat data selepas merekod butir-butir tadi, pilih klik pada response (sebelah borang yang telah dilihat)

Selamat mencuba  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

3 thoughts on “Cara Buat Google Form – Hasilkan Borang Online Mudah Hanya Di Hujung Jari”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge