cara buat roti john

Cara Buat Roti John Homemade Yang Lebih Sihat

Siapa suka makan roti John? Saya sebenarnya taklah berapa gemar sangat sebab mungkin bukan penggemar roti.

Tapi memandangkan sepanjang saya buat detox Ramadhan Challenge ni perlu pelbagai kan sumber karbohidrat, terfikir nak try menu roti untuk sahur/ berbuka. Seriously sedap!

Saya tak letak sos & gula dalam inti pun masih sedap rasanya  😉

Cara Buat Roti John Homemade Yang Sedap, Sihat & Senang

cara buat roti john

Nak tau tak, mudah giler buat roti John sendiri. Yang penting sihat! Resepi asal saya ambil dari sini & saya olah jadi lebih simple & healthy gitu.

Bahan-bahan perlu (untuk 2 keping roti)

Bahan Untuk Inti

  • 1 ulas bawang merah (kisar/cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (kisar/cincang halus)
  • 1 keping isi ayam bahagian dada (potong dadu)
  • 1 sudu besar rempah kari ayam/daging (bancuh sedikit dengan air)
  • 1/2 sudu rempah Mc Cormick untuk ayam (optional untuk garam & gula)
  • 1/2 biji tomato (potong dadu) – optional
  • daun ketumbar (hiris) – optional
  • 1 sudu besar minyak zaitun untuk menumis

Bahan lain

  • 2 keping roti serat penuh (saya pilih Canadian Purple Wheat sebab index GI paling rendah), dioles sedikit pure butter pada sebelah permukaan.
  • 1 biji telur
  • pure butter

Cara – cara membuatnya

Inti Roti John

cara buat roti john

 

  1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bahan kisar sehingga naik bau (bawang putih & bawang merah).
  2. Masukkan ayam. Kacau sedikit sehingga masak
  3. Tambah bancuhan serbuk kari & serbuk Mc Cormick
  4. Kacau lagi & tambahkan tomato serta daun ketumbar. Siap inti.
  5. Dalam satu mangkuk, pecahkan sebiji telur & dipukul gebu serta masukkan inti tadi bersama bancuhan telur ini.

Roti John

  1. Dalam kuali leper yang tidak melekat, calit sedikit pure butter.
  2. Tuang separuh bancuhan inti bersama telur tadi. Ratakan.
  3. Tekap roti di sebelah yang tiada butter pada inti. Tekan-tekan sedikit roti supaya inti & telur di bawahnya masak sekata.
  4. Dalam 2 minit, terbalikkan roti. Bakar sekejap dalam seminit. Siap!

cara buat roti john

cara buat roti john

cara buat roti john

Mudah je kan cara buat roti john ni? Boleh tukar letak daging pilih yang kurang lemak. Selamat mencuba.

Rujukan:

  1. https://resipicitarasawan.blogspot.com/2017/09/roti-john.html?m=1



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge