cara cuci mekap

Cara Cuci Mekap Terutama Untuk Pengantin Supaya Kulit Lebih Bersih & Sihat

Hihi.. Musim kenduri-kendara & jemputan kahwin semakin tiba.

Untuk bulan September & Oktober ni saja kami dah penuh dengan 3 undangan yang kami dah marked siap-siap kat Google Calendar.

Mengenangkan hal ini, pastinya bakal pengantin lah yang makin sibuk & nervous untuk menyediakan persiapan akhir mereka. Tak gitu? Hihihi  😆

Oh ya, nanti pada hari bahagia, pastinya semua pengantin akan disolek & dimekap rapi kan? Sebab tu juga saya nak kongsikan cara cuci mekap yang terbaik supaya kulit kita ni tak mudah rosak. Nak pakai lama lagi kan…  :mrgreen:

 

 cara cuci mekap

Cara Cuci Mekap Tanpa Jejaskan Kehalusan Kulit Wajah

1) Guna Air Suam

cara cuci mekap

 

Apa-apa pun, mulakan dengan basahkan raut wajah dengan air suam.

Air suam membantu membuka liang roma untuk mudahkan kita mencuci & menyediakan ruang yang lebih baik untuk penyerapan bahan-bahan nutrisi untuk kulit yang kita ingin serapkan selepas pembersihan.

2) Guna Span

Saya lebih sarankan penggunaan span macam ni (facial sponge) berbanding kapas.

cara cuci mekap

 

Sebab tekstur kapas tu macam halus sangat. Serpihan kapas berisiko untuk sumbatkan liang roma lebih tinggi berbanding penggunaan span macam ni.

Lagi pula span ni kita boleh basuh & keringkan.

3) Cuci Wajah Dengan Betul

Pastikan cuci muka dari arah bawah menghala ke atas ya.

Satu lagi, ingat untuk pastikan sebelum tidur malam, wajah kita mesti telah bersih dari sisa mekap walau macam mana penat pun kita masa tu. Jangan tunggu bangun pagi baru nak cuci muka ya!

Menurut Dr Oz dalam artikelnya, wajah kita menyerap lebih antioksidan & bahan lembapan ketika kita tidur. Hasilnya, wajah akan lebih cerah & berseri-seri pada keesokkan hari… Yeay! 😀

4) Guna Gentle Action Make-Up Remover

makeup remover

 

Banyak juga pencuci mekap/ alat solek yang ada kat pasaran. Cuma, saya nak kongsi pencuci alat solek yang diperbuat dari bahan yang berkualiti & dari sumber tumbuh-tumbuhan ini.

Bahan utama dalam NutriWhite Gentle Action Make-Up Remover:

  • Tunas pokok bic (Beech Tree) – membantu meringankan & meningkatkan proses semulajadi serta melegakan kulit wajah
  • Aloe vera – membantu melegakan, melembapkan & anti-keradangan

Lagi pula, selain bantu bersihkan sisa mekap, Nutriwhite make-up remover ni jugak bantu membersihkan bintik hitam & bintik putih yang sedia ada di kulit muka.

Ni antara testimoni seorang pengguna Gentle Action Make-Up Remover

 

cara cuci mekap

Saya masih teringat 7 tahun dulu ketika saya diandam untuk hari walimah kami. Pergh.. memang rasa muka macam keras gitu..kihkihkih..

Nampak di gambar memang lawa. Tapi yang sebenarnya, muka ni masa tu terasa macam nak senyum pun payah..hihi  :mrgreen:

cara cuci mekap

 

Almaklumlah saya ni antara wanita yang kurang gemar bersolek. I like the natural way I am..hehehe. So lepas siap je majlis tu, cepat-cepatla saya cuci muka ni. Alhamdulillah ada adik yang memang tolong bekalkan make-up remover.

So korang.. bakal-bakal pengantin bolehlah buat persediaan yang lebih rapi. Dalam list to do tu, bolehlah tambah facial sponge & gentle action make-up remover gak.

Nak dapat kat mana make-up remover ni?

Hubungi je 019-7646021.

Kami adalah pengedar Shaklee yang bertauliah. Barang dapat, konsultasi yang eksklusif selepas pembelian pun dapat juga  😉 !

Untuk yang nak terus je order dari pihak Shaklee, boleh terus klik kat gambar troli ni. Boleh bayar guna kad kredit/ kad debit jugak  😎

make-up remover

Semoga artikel tips & cara cuci mekap ini memberi manfaat. Happy sharing  😀

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge