cara elak phone hanged

Cara Elak Phone Hanged Dengan Disable Auto Download Pada Whatsapp

Tak semua telefon pintar kita ni dah ready di setupkan ikut apa keperluan kita.

Malah boleh dikatakan tak semua orang tahu selok belok dalam telefon pintarnya tu melainkan hanya tahu untuk guna call/ sms/ whatsapp/ FB & lain-lain yang tertentu saja.

Lagi parah kalau main belasah je smartphone nya tu sampai satu tahap, telefon pun asyikla “hanged” @ “jammed” @ slow giler nak loading semua hingga akhirnya asyikla kena hantar kedai…. 😥

Pastu kuar duit banyak-banyak untuk repair padahal kalau kita tahu caranya, pasti duit pun leh dijimatkan untuk perbelanjaan yang lain kan?

Eh..eh..eh..! Ni saya bukan nak sibuk hal korang belanja duit ke mana… tau! Saya just nak share antara cara elak phone hanged ni melalui aplikasi Whatsapp.  :mrgreen:

Cara Elak Phone Hanged: Kenapa Whatsapp?

1) Aplikasi Popular

Whatsapp adalah antara aplikasi dalam telefon pintar yang boleh dikatakan dah jadi medium komunikasi berinternet yang paling famous di abad ini jika dibandingkan dengan MMS / telegram / lain-lain yang sewaktu dengannya tu.

Malah jika untuk sembang-sembang dalam kumpulan / untuk tujuan bisnes sekalipun, Whatsapp adalah antara yang paling popular digunakan.

2) Memori Dalam Telefon

Setiap in & out data melalui Whatsapp adalah disimpan dalam memori telefon pintar kita, bukan pada extenal memory card.

Cara Elak Phone Hanged: Langkah-langkah Untuk Tidak Auto-Download Pada Whatsapp

Haaa… malam ni saya rajin nak share step by step yang simple ni.

Haritu pun saya ada kongsikan, kalau kita nak jimat mobile data / space storage pada smartphone, jika boleh view je Whatsapp ni kat komputer.

Cara Menggunakan Whatsapp di Komputer/ PC

So, dengan ini, bolehlah kita limitkan @ hadkan media tertentu je yang kita nak download. Dengan erti kata lain, kuranglah beban mobile data & juga kurang bebanan pada memori smartphone kita.

Langkah 1:

Pergi ke menu utama pada Whatsapp di smartphone kita. Daripada senarai menu utama, pilih setting.

cara elak phone hanged

Macam contoh ni, saya guna telefon Samsung.

Langkah 2:

Dari setting, kita pilih pula chat settings

cara elak phone hanged

Langkah 3:

Daripada senarai chat settings, klik pula pada media auto-download

cara elak phone hanged

Langkah 4:

Semak/ lihat status auto-download media kita.

Jika phone kita memang dah set auto download semua media, tak kiralah samada dalam keadaan kita guna internet dari mobile data atau wifi, semua kotak ni akan “checked”

cara elak phone hanged

Langkah 5:

Uncheck semua kotak jika kita tak nak auto-download ni pada whatsapp kita.

cara elak phone hanged

Dengan ini, kita boleh pilih media (gambar/ video) tertentu saja untuk kita download pada bila-bila masa yang kita nak.

cara elak phone hanged
Keadaannya macam ni jika kita dah berjaya set kat semua media tidak auto-download

Mudah kan tutorial cara elak phone hanged ni dengan adjust setting auto-download pada Whatsapp jer? 🙂

Selamat mencuba & semoga bermanfaat.

Kongsilah jika suka & bermanfaat kepada yang lain ya  😉

 

Yang Menulis:

SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

4 thoughts on “Cara Elak Phone Hanged Dengan Disable Auto Download Pada Whatsapp”

  1. Pingback: Cara Menggunakan Whatsapp Di Komputer: Info Mudah Untuk Elak Phone Hanged - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge