Cara Hilangkan Sakit Gigi Supaya Lebih Ceria Bersama Pasangan

hilangkan sakit gigi

Kalau anda pernah mengalami sakit gigi, anda mesti tahu betapa azabnya kesakitan itu bukan?

Saya pun pernah. Nak senyum memang payah.

Masa tu saya sakit gigi sebab kesan plaque/ tartar yang mencengkam pada permukaan gusi. Kebetulan masa tu masih berpantang di kampung. Ayah membawa saya ke klinik gigi berhampiran untuk mengambil tarikh temujanji bagi membuat scalling (proses mencuci plague pada gusi/gigi).

hilangkan sakit gigi
proses scalling

Disebabkan temujanji yang diberi memaksa saya menunggu sehingga hampir 2 minggu lamanya, saya yang tidak dapat menahan rasa sakit pada ketika itu terpaksa mengambil paracetamol sementara mencari cara hilangkan sakit gigi yang lebih baik tanpa kesan sampingan.

Dalam carian saya, akhirnya terjumpa juga rahsia cara hilangkan sakit gigi yang berkesan tanpa perlu menelan ubat tahan sakit.

Petua Hilangkan Sakit Gigi Yang Mudah Diamalkan

Untuk anda yang sedang bertarung dengan sakit gigi yang mengazabkan itu, bolehla cuba beberapa tips yang saya amalkan ni.

  • Berkumur dengan ubat kumur seperti Listerine/ Colgate Plax & yang sewaktu dengannya. Buat sekurang-kurang 3 kali sehari setiap kali selepas memberus gigi. Walaupun sakit gigi masih ada, sekurang-kurangnya kita dah cegah pertumbuhan plague yang baru ke atas plague/ tartar sedia ada.

  • Letak minyak gamat pada permukaan gusi menggunakan putik kapas. Cara yang ni mungkin buat lidah rasa tidak selesa. Tapi bolehla bantu kurangkan rasa sakit.

  • Kemam vitamin C. Yang ni saya lebih suka sebab kecur-kecur je liur bila kemam benda masam manis ni.

Kebetulan, saya memang ada ambik Chewable Vita-C Plus 100 mg ni sepanjang saya berpantang sambil menyusukan Auni ketika itu.

hilangkan sakit gigi

Apabila datang je rasa sakit gigi tu, saya terus ambik sebiji vitamin C chewable ni untuk dikemam & dikunyah dengan perlahan-lahan. Alhamdulillah dengan pengambilan yang konsisten selama 3 hari, rasa sakit gigi itu menghilang dengan mudah.

Nampaknya bukan saya sorang yang guna vitamin C untuk bantu hilangkan sakit gigi ni.

Ada rakan saya, Puan Nordiana Omar, berkongsi testimoninya ambik vitamin C untuk hilangkan sakit gigi yang dia alami sepanjang malam.

hilangkan sakit gigi

Kenapa vitamin C membantu menghilangkan sakit gigi?

Sakit gigi biasanya berkait rapat dengan kesihatan gusi. Sebab tu kalau gusi dah penuh dengan masalah plague/ tartar & yang sewaktu dengannya memang gigi pun akan sakit sama.

Menurut NatureHealth365.com, vitamin C adalah bahan semulajadi yang paling berkesan membunuh bakteria tidak baik.

Kekurangan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan juga boleh merangsang pembentukan plaque.

Lihat contoh dalam satu kajian yang disebut di dalam Journal of Orthomolecular Medicine ini.

A: Orang yang memberus gigi lebih 2 kali sehari tapi kurang mengambil vitamin C

B: Orang yang memberus gigi sekali sahaja sehari tetapi konsisten mengambil vitamin C setiap hari.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa A (orang yang memberus gigi lebih kerap sehari tetapi kurang mengambil vitamin C yang secukupnya) mempunyai kadar plaque yang lebih tinggi berbanding B (orang yang hanya memberus gigi sekali sehari tetapi mengambil vitamin C yang cukup).

Baca maklumat yang lebih lanjut kaitan antara vitamin C & kesihatan gusi di sini.

Vitamin Untuk Gusi & Gigi Yang Sihat

Baru-baru ni, nutritionist, Puan Siti Sarah ada berkongsi tentang beberapa suplemen yang boleh diamalkan untuk membantu mengatasi atau menghilangkan sakit gigi ni.

Suplemen yang pakar nutrisi Shaklee cadangkan adalah:

  • Vitamin C
  • OsteMatrix (Kalsium, Vitamin D, Magnesium & banyak lagi)
  • B Complex

hilangkan sakit gigi

Dalam Set Vitamin Untuk Gusi & Gigi

  • OsteMatrix
  • B Complex
  • Sustained Released Vitamin C 500 mg
  • Chewable Vita-C Plus

Klik Di Bawah Untuk Dapatkan Vitamin Untuk Gigi & Gusi Dengan Lebih Pantas

hilangkan sakit gigi

Sakit Gigi & Peranan OsteMatrix

OsteMatrix memang terbaik untuk kesihatan gigi sebab ada kandungan kalsium disamping pelbagai zat mineral yang lain untuk serapan kalsium yang lebih baik.

Sakit Gigi & Peranan B Complex

B Complex pula sangat membantu dalam memberikan mood & perasaan yang lebih tenang walaupun sedang mengalami kesakitan. Secara tak langsung, walau diserang sakit gigi, kita masih boleh tersenyum gembira melayan pasangan masing-masing :mrgreen:

Sakit Gigi & Peranan Chewable Vita-C Plus 100 mg

Seperti pengalaman saya mengatasi masalah sakit gigi, saya memang cadangkan vitamin C chewable ni jugak khusus untuk membantu meredakan rasa sakit gigi yang “ngap ngap” tu.

Sakit Gigi & Peranan Vitamin C 500 mg Sustained Release

Untuk membantu meningkatkan kesihatan gusi & gigi dalam tempoh yang lebih lama, saya sangat syorkan untuk pengambilan vitamin C 500 mg sustained released ni kerana bekalan vitamin C nya yang lebih berpanjangan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen untuk hilangkan sakit gigi ini mahupun sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi yang lain, beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

3 thoughts on “Cara Hilangkan Sakit Gigi Supaya Lebih Ceria Bersama Pasangan”

  1. Pingback: Promosi Shaklee November 2015: Jom Lagi Sihat & Cantik! - ProVide Network

  2. Pingback: 11 Testimoni Garlic Complex Shaklee Terbukti Terbaik Untuk Kesihatan - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge