Cara Kira Waktu Subur Untuk Memudahkan Kehamilan

Saya masih teringat, ketika mula mempelajari subjek Sains di sekolah menengah rendah sekitar 17 tahun yang lalu, topik pertama yang kami belajar adalah tentang Organ Pembiakan Seks. Wah.. bukan main excited lagi satu kelas masa tu. Seingat saya, ketika ujian penilaian dibuat, pertama kali saya dapat score 90 markah untuk topik ini sahaja… :mrgreen:

Amboi minat sungguh… 😆

Eh bagus tau minat topik ni untuk bekalan ilmu kekeluargaan pada masa akan datang terutama bab kiraan dalam kitaran haid. Memang penting sangat untuk kita faham & mahir bab ini terutama bagi wanita lah.

Untuk mudah hamil, penting bagi kita mengetahui cara kira waktu subur yang tepat.

Bagaimana caranya? Lihat gambarajah di bawah.

cara kira waktu subur
ini adalah contoh kiraan normal kitaran 28 hari

(A) Kawasan Merah

  • ini adalah tempoh kedatangan haid yang normal sehingga 7 hari
  • pada fasa ini, dinding uterus terurai menghasilkan darah haid

(B) Kawasan Hijau

  • fasa di mana dinding uterus kembali bermula untuk menebal sementara pembentukan telur di dalam ovari bermula
  • separuh fasa awal ketika tempoh ini adalah selamat bagi pasangan yang ingin menjarakkan kehamilan secara semulajadi
  • separuh fasa akhir tempoh ini berpotensi menyediakan peluang cerah bagi pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata

(C) Kawasan Biru

  • fasa pengovulan berlaku
  • ini adalah tempoh subur normal
  • peluang hamil adalah sangat cerah jika pasangan suami isteri bersama sepanjang fasa ini terutama pada hari ke 14 (hari 1 = hari pertama kedatangan haid)

(D) Kawasan Jingga

  • fasa pembaikian
  • sekiranya kehamilan tidak berjaya, dinding uterus bersedia untuk terurai

(E) Kawasan Coklat

  • fasa-fasa terakhir pembaikian
  • bersedia untuk penguraian dinding uterus

Peluang Kehamilan

Menurut webMD.com peluang untuk seorang wanita hamil sepanjang tempoh 1 bulan kitaran haid nya adalah hanya 6 hari (5 hari sebelum berlaku pengovulan & 1 hari tepat pada berlakunya ovum matang dilepaskan – pengovulan)

3 Kaedah Mudah Menentukan Hari Subur Seorang Wanita

(1) Pengiraan Kalendar Kitaran Haid

Secara purata hari subur seorang wanita adalah seperti ringkasan di bawah:

Ktaran Haid WanitaHari Subur
24 hari10
28 hari14
35 hari21

Perhatikan bahawa; hari 1 adalah hari pertama kedatangan haid. Dengab merujuk jadual ini, pasangan suami isteri dapat menentukan masa yang tepat untuk bersama.

Memandangkan tempoh hayat sperma suami adalah di antara 3 hingga 5 hari, persetubuhan boleh dilakukan pada 2 hingga 3 hari sebelum berlakunya hari subur.

(2) Penentuan Suhu Badan

  • Kaedah ini dipanggil Basal Body Temperature (BBT)
  • BBT adalah suhu ketika seseorang sedang berehat
  • Sebelum berlakunya pengovulan, BBT seorang wanita adalah di antara 36.1 sehingga 36.4 darjah Celcius
  • Selepas berlakunya pengovulan, BBT seorang wanita meningkat di antara 36.4 hingga 37 darjah Celcius
  • Secara normalnya, ketika pengovulan berlaku (telur; ovum yang matang dilepaskan), suhu badan akan meningkat & mendatar pada kenaikan tersebut untuk beberapa hari.

Apa kaedah untuk menyukat BBT?

  • Periksa suhu setiap pagi selepas bangun pagi. Pastikan masa yang sama setiap kali suhu diperiksa
  • Gunakan termometer khas yang boleh membaca antara 1 hingga 2 titik perpuluhan suhu
cara kira hari subur
Basal Thermometer & Carta Suhu

(3) Penentuan Status Lendiran Pada Vagina

  • Kebiasaannya sejurus selepas berakhirnya tempoh haid, lendiran pada vagina adalah sedikit dengan tekstur yang sedikit tebal , keruh dan bewarna seakan-akan coklat
  • Namun, sebelum berlaku pengovulan sehingga pada hari pengovulan berlaku, lendiran pada vagina adalah banyak dengan tekstur yang agak halus, jernih serta agak bertali-tali.
cara kira hari subur
mukus vagina menandakan hari subur (pengovulan berlaku)
cara kira waktu subur
ni lagi terperinci untuk kenal mukus vagina yang tepat dengan masa subur (fertile)

Rasanya mudah kan apabila kita tahu cara kira hari subur yang betul seperti 3 kaedah di atas tadi?

Inshaa Allah sangat mudah nak pantau. :mrgreen:

Semoga artikel ini membantu & memudahkan urusan kalian suami isteri berusaha untuk mendapatkan zuriat yang diidam-idamkan. 😀
Sekiranya anda berminat untuk berikhtiar meningkatkan tahap kesuburan suami/ isteri melalui Set Mudah Hamil Shaklee mahupun sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge