Cara Membeli Tiket Bas Online Supaya Pantas Kembali Ke Destinasi Asal

Assalamu’alaikum & salam sejahtera,

Penghujung bulan 12 nanti saya akan menyertai satu kursus intensif untuk perbaiki & pertingkatkan lagi ilmu blog & strategi pemasaran online yang dianjurkan oleh Team iReach & ASB (Aku Sayang Bini) di Pulau Pinang.

Lokasi kelas/ kursus selama 2 hari (Sabtu & Ahad) ini bakal dibuat di Bertam.

[Kelas ini sangat ekslusif hanya untuk ahli Shaklee Team ProVide Network >> Team IbuCergas >> Team iReach]
Memandangkan saya akan datang ke kelas ni seorang diri dari Johor, saya membuat beberapa tinjaun untuk mengenalpasti laluan perjalanan saya nanti.

Dalam kepala masa tu ingat Pulau Pinang je, terus terbayang Airport kat Bayan Lepas dengan Hentian Bas kat Butterworth.

Saya tercari-cari juga kot-kot ada cara membeli tiket bas online ala-ala macam beli tiket kapal terbang tu.

Hasil tinjauan di Google Map & Google Search mendapati:

  • Bertam paling hampir dengan Butterworth (kenderaan awam yang difikirkan: BAS)  jika dibandingkan dengan Bayan Lepas (kenderaan awam yang difikirkan: KAPAL TERBANG)
  • Butterworth ke Bertam lebih kurang 30 – 1 jam perjalanan
  • Laluan bas dari Johor Bahru ke utara hanya ada 2 pilihan. Samada memilih perjalanan terus JB-Butterworth (hanya ada pada perjalanan malam sahaja) atau JB – KL (Terminal Bandar Tasik Selatan) – Butterworth (untuk alternatif perjalanan seawal jam 9.00 pagi)

Nak dipendekkan cerita, upline saya, Puan Farha Maskuriy & Tuan Hafeez Jamil ni memang bermurah hati nak tumpangkan saya dari Shah Alam.

Maka, saya pun menukar plan laluan; JB-Shah Alam (BAS).

Memandangkan nanti kami sama-sama telah merancang penginapan homestay di Bertam bermula pada Jumaat malamnya, maka perjalanan kami dari Shah Alam akan terus ke Bertam sekitar pada jam 8 malam.

Pada kiraan saya, Shah Alam, Selangor ke Bertam, Pulau Pinang akan mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam

Maka kami mungkin akan tiba di Bertam sekitar jam 12 tengah malam dengan trafik yang lancar.

Maka disebabkan itu juga, saya nak share bagaimana saya membeli tiket bas online yang diyakini supaya tak perlu risau dah ada tiket ke tak masa balik dari Butterworth ke JB nanti.

Cara Membeli Tiket Bas Online

Dalam banyak-banyak carian, saya pilih menempah tiket bas secara online di Easybook.com

Kenapa?

Sebab saya dah telefon sendiri terlebih dahulu ke nombor customer service Easybook.com ni (04-3327718). & saya juga telah survey dulu harga tiket di kaunter tiket. Memang betul la tiada extra caj untuk destinasi yang saya pilih.

Perkara penting yang perlu ada untuk beli tiket bas secara online:

  • Ada kad debit /
  • Ada kad kredit

sudah tentula mesti kad yang valid & kalau guna kad debit tu, pastikan ada duit di dalamnya.. :mrgreen:

& pastikan kad debit/ kad kredit yang nak diguna tu telah didaftarkan nombor telefon nya untuk terima sebarang kod pengesahan ala-ala TAC/ MSOS kod.

Langkah 1 :

Log masuk ke Easybook.com

cara membeli tiket bas online
Langkah 1

Langkah 2:

Masukkan butir-butir destinasi yang kita nak. Boleh pilih tiket pergi balik atau sehala. Sama je ala-ala nak beli tiket flight secara online.

cara membeli tiket bas online
Langkah 2

Untuk contoh & rujukan, saya pilih untuk 1 destinasi saja. Iaitu dari Butterworth ke Johor Bahru. Saya pilih all je bagi item coach company sebab nak luaskan pencarian & skop pemilihan.

Langkah 3:

Ok. Masa ni, akan ada semua senarai bas yang beroperasi pada masa &  tarikh yang kita pilih tu. Tiket pun tinggal dah tak banyak.

Oleh sebab saya nak pastikan saya tiba di JB sekitar awal pagi sebelum jam 8 am hari Isnin, (sebab suami yang akan ambil saya, & beliau akan terus ke tempat kerja) saya pilih bas yang agak awal.

Cara membeli tiket bas online
Langkah 3

Langkah 4:

Pemilihan tempat duduk.

Sudah tentu saya pilih single seat & kalau boleh bukan duduk atas tayar 😆

Dah siap pilih tempat duduk, nanti tinggal klik je OK kat bawah tu.

Langkah 5:

Isi butir-butir penumpang.

Kalau nak senang register je dengan Easybook.com ni. Nanti mudah kalau nak guna lagi pada masa akan datang. Manatau internet slow, semua maklumat kita dah isi. & ada point yang kita boleh collect juga.

Langkah 5

Langkah 6:

Pilih cara pembayaran.

Saya pilih option 1 sebab memang takde kos sampingan. Option 1 ni boleh untuk pemegang kad debit atau pun kad kredit.

Cara Membeli Tiket bas Online
Langkah 6

Langkah 7:

Klik je maklumat yang diminta beserta masukkan kod yang menunjukkan kita ni bukan robot.

Langkah 7

Then terus je klik Pay Now untuk teruskan membuat pembayaran.

Langkah 8:

Kita akan terus di bawa masuk ke ruang pembayaran yang memang dah ada sekuriti.

Langkah 8

Bagi yang baru pertama kali guna kad debit untuk bayar secara online, 16 digit tu adalah nombor pada hadapan kad. Kat depan kad juga ada details untuk expiry date.

Pilih submit untuk proses yang seterusnya.

Langkah 9:

Nanti tunggu je kod yang akan dihantar ke telefon yang kita dah daftarkan tu. Kod ni sah dalam tempoh 4 minit lebih saja. Pastikan kalau pakai kad kredit/ kad debit suami ke, telefon yang didaftarkan tu ada bersama-sama sekali.

cara membeli tiket bas online
Langkah 9.1

Lepas dah masukkan 6 digit nombor kod tu, tunggu saja dengan penuh sabar. :mrgreen:

cara membeli tiket bas online
Langkah 9.2

Langkah 10:

Selepas dah berjaya membuat pembayaran, kita akan dapat notis maklumat/ invoice bagi tiket yang kita dah tempah tadi tu.

cara membeli tikdet bas online
Langkah 10.1

Boleh simpan sebagai fail PDF juga untuk memudahkan kita cetak slip tiket ni untuk semakan & rujukan akan datang.

Langkah 10.2
Langkah 10.3

Semoga perkongsian cara membeli tiket bas online ini memberi manfaat kepada carian anda 🙂

Sekiranya ada pertanyaan/ maklum balas, sila tinggalkan ke ruangan komen. Terima kasih 😀



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge