bisnes atas talian

Cara Memulakan Bisnes Atas Talian (Online) Khusus Untuk Newbie

Mula-mula sekali nak ucap terima kasih untuk my dear hubby sebab bagi idea untuk saya tulis tentang ni.

Saya bukanlah orang yang hebat sangat nak cerita bab ni, tapi, sebagai seseorang yang pernah bermula dari kosong, dari tak pernah buat bisnes secara online, kepada seseorang yang dah pun ada customer seluruh Malaysia, terasa bertanggungjawab nak kongsi pada mereka yang mungkin memerlukan.

Artikel ini adalah tips memulakan bisnes atas talian untuk semua usahawan secara general ya. Tak khusus pada bisnes tertentu.

4 Perkara Utama Untuk Memulakan Bisnes Atas Talian

bisnes atas talian

(1) Ada Produk

Perkara paling penting & paling patut ada untuk buat bisnes atas talian adalah produk. Kita nak buat apa-apa bisnes pun mestilah ada benda yang kita nak jual. Tak kisahlah produk kita sendiri atau produk orang lain.

Katakan anda adalah seorang pembekal produk, anda bolehlah source out untuk ada ejen yang boleh bantu pasarkan barang anda itu.

(2) Strategi Pemasaran Secara Atas Talian

Bisnes tanpa iklan/ hebahan ibarat kedai yang kita tunggu je orang datang, tak datang datang. So, kena buat pengiklanan. Ada banyak cara untuk buat iklan. Dari murah sampai mahal.

Saya sendiri tak upah orang pun untuk iklankan produk Shaklee yang saya jual. Saya buat sendiri melalui medium seperti:

  • FB personal
  • FB fanpage
  • Youtube channel
  • instagram
  • group-group FB
  • personal blast di whatsapp
  • Google My Business

& banyak lagi cara seperti melalui email & lain-lain.

(3) Delivery

Memandangkan jual atas talian, mestilah kena fikirkan macam mana nak sampaikan produk yang kita jual tu kepada pelanggan.

Jadi, kena fikirlah strategi pembungkusan & apa jenis kurier yang kita boleh guna untuk hantar barang kita kepada customer

(4) Akaun bank

Kita berbisnes atas talian, maka kenalah active kan akaun perbankan atas talian kita tu. Kalau guna Maybank, pastikan kita boleh access akaun Maybank2u. Katakan guna CIMB, pastikan kita boleh access cimbclick

Penting sangat untuk aktifkan perbankan internet ni. Antara sebabnya untuk kita mudah pantau duit masuk dari customer.

Ok itu je buat masa ni.

Kalau ada apa-apa yang nak tahu lebih jelas, dpersilakan ya untuk drop komen kat bawah post ni.

Anda nak buat bisnes Shaklee? Nak jadi rakan bisnes saya? Saya jemput anda untuk contact saya kat wasap ni.

pengedar Shaklee Skudai

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge