cara mengatasi loya ibu hamil

Cara Mengatasi Loya Ibu Hamil – Morning Sickness Berjaya Di Hadapi Cara Ini

Saya teringat masa mengandungkan ketiga-tiga anak kami, memang saya akui tiap kali mengandung pun ada rasa loya & morning sickness tu dalam trimester pertama.

Masa abg Din, 3 bulan pertama, saya tak lalu nak memasak. Bau-bauan dari minyak masak, ikan & yang kat dapur tu memang meloyakan. Pernah gak pening bila terbau gulai daging.

Saya tak pernah terfikir ada cara mengatasi loya ibu hamil yang mudah dari pemakanan sebab masa tu memang tak banyak sangat ada info & tak sebanyak membaca seperti yang sekarang.

cara mengatasi loya ibu hamil

Cara Mengatasi Loya Ibu Hamil – Nyahlah Morning Sickness

Dari pembacaan, untuk ibu-ibu lebih bersedia menghadapi morning sickness, amalkan gaya pemakanan & cara hidup yang lebih sihat. Cukupkan semua keperluan nutrisi seawal yang mungkin. Seawal yang mungkin tu merujuk kepada sebelum nak hamil.

Antara keperluan nutrisi penting yang boleh dipraktiskan:

  • asid folik & lain-lain vitamin B
  • protein
  • vitamin-vitamin & mineral

Cara Mengatasi Loya Ibu Hamil – Minum Lebih Air

Apabila terlalu kerap muntah, badan akan mudah mengalami dehidrasi (kurang air). Pastikan ibu-ibu menggantikan cecair yang hilang ini dengan kerap minum air.

Jika tak lalu minum air kosong cuba tips berikut:

  • tambah hirisan lemon dalam air kosong
  • buat jus buah
  • minum minuman isotonik tanpa karbonat
  • hirup lebih banyak sup

Cara Mengatasi Loya Ibu Hamil – Cukupkan Keperluan Vitamin B

Terdapat dalam suatu kajian, vitamin B6 yang mencukupi diambil setiap hari sangat membantu ibu-ibu mengatasi masalah loya & morning sickness ni.

Cara Mengatasi Loya Ibu Hamil – Makan Lebih Protein

Kajian juga mendapati ibu hamil perlu mengambil lebih protein & mengurangkan lemak dalam diet harian.

Dalam aspek lain pula, pakar nutrisi menyarankan keperluan protein buat ibu hamil adalah sekitar 75-100 mg sehari. Ini berikutan protein adalah antara komponen penting dalam tumbesaran tisu fetus termasuk otaknya.

cara mengatasi loya ibu hamil

Macam mana kita nak sukat berapa gram protein yang boleh dapat dari makanan?

Boleh lihat dari carta-carta yang terdapat dalam carian online. Contohnya seperti dalam website ini, protein boleh dinilai dengan pengambilan:

  • ayam tanpa kulit  (3 oz): 28 gm protein, 141 kalori
  • daging steak (3 oz): 26 gm protein, 158 kalori
  • telur (1 biji gred A): 6 gm protein, 71 kalori
  • ikan salmon (3 oz): 22 gm protein, 155 kalori
  • udang (3 oz): 20 gm protein, 101 kalori
  • bayam (1/2 cawan): 3 gm protein, 41 kalori
  • badam (1 oz): 6 gm protein, 163 kalori
  • yoghurt greek (6 oz): 18 gm protein, 100 kalori

Protein ESP Membantu Atasi Loya Ibu Hamil

Selain mencukupkan keperluan protein dari pemakanan, pengambilan protein dari suplemen sangat membantu. Tahu tak kenapa?

Makanan menyediakan bukan sahaja protein semata-mata, malah mengandungi tinggi kalori & pastinya lemak juga!

Pilih suplemen protein yang rendah lemak & rendah kalori seperti Energizing Soy Protein ni.

1 hidangan ESP (28gm) lengkap dengan 14 gm protein & 105 kalori

Respon Pengguna ESP

” Saya dulu sickness muntah-muntah sampai terkencing, sudah tu pilih makan.. Nasib ada ESP.. kalau tak entah dari mana mau dapat tenaga.. ” – Puan Jenny.

cara mengatasi loya ibu hamil

” Syukur.. selama 2 minggu saya morning sickness, ESP banyak membantu saya & bayi dalam kandungan..” – Puan Felisih.

” Alhamdulillah, kandungan ke 4 & 5 ni, saya memang konsisten ambil ESP. Kandungan pertama, kedua & ketiga dulu belum kenal ESP. Selalu muntah, pening & loya.

Akhirnya bila dah awal-awal lagi biasakan minum ESP ni, serius tiada langsung masalah muntah sampai tak bertenaga tu. Pening & loya biasa tapi masih boleh dikawal…” – Puan Endang

cara mengatasi loya ibu hamil

JIka ada ibu-ibu yang berminat nak ikhtiar cukupkan keperluan protein & atasi masalah morning sickness ni dengan ESP ataupun mana-mana vitamin Shaklee, boleh wasap saya terus di sini.

Atau boleh juga terus beli ESP guna kad debit/ kredit tanpa caj tambahan dengan klik pada gambar di bawah:

ESP

Semoga membantu ibu-ibu. Take care ya  🙂

 

Rujukan:

  1. https://www.webmd.com/baby/managing-morning-sickness
  2. http://www.todaysdietitian.com/pdf/webinars/ProteinContentofFoods.pdf



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge