Cara Mengatasi Masalah Kelemumur Yang Mudah

Fahami Kelemumur

Korang pun tahu kan, kelemumur tu biasanya yang duduk atas kulit kepala tu? Kalau tengok iklan syampu kat tv yang macam oats terabur atas rambut tu.. hehehe πŸ˜†

Mengikut definisi dari webMD, kelemumur adalah suatu kuping-kupingan putih yang berada pada permukaan kulit kepala yang tidak memudaratkan tapi cukup merimaskan serta membuatkan kulit kepala berasa gatal.

Ada pelbagai punca yang membawa kepada masalah kelemumur. Antaranya adalah sel kulit yang tumbuh & mati dengan sangat pantas. Kehadiran fungus seperti malassezia juga dikatakan mendorong kepada masalah kelemumur. Menurut howstuffworks.com, malassezia adalah fungus habitat biasa di permukaan kulit kepala orang dewasa. Makanan bagi fungus ini adalah minyak yang dirembeskan dari folikel rambut

Kelemumur akan menjadi bertambah teruk sekiranya seseorang dilanda stress.

Cara Tradisional Mengatasi Masalah Kelemumur

Dahulu masa saya kecik, mak saya buat macam-macam cara nak bantu menghilangkan masalah kelemumur saya. Antaranya adalah dengan menyapukan perahan limau purut terus ke atas kulitΒ  kepala. Memang pedih yang teramat terutama kalau permukaan kulit tu dah sedikit luka akibat digaru ketika gatal.

Selain itu, mak juga ada meletakkan santan kelapa ke permukaan kulit kepala. Yang ni sejuk sket tapi kalau dibiarkan lama-lama memang masam giler bau kepala.

Dua-dua cara pun ada memberikan kesan penyelesaian yang baik. Ambik masa jugak untuk kelemumur nak hilang & sudah tentu kena konsisten. Yang jadi masalah adalah cara tradisi ni sukar untuk dibuat dengan konsisten atas sebab sukar untuk mendapatkan sumber bahannya.

5 Cara Mengatasi Masalah Kelemumur Dari Rumah (info dari http://health.howstuffworks.com/skin-care/scalp-care/tips/home-remedies-for-dandruff)

  1. Bersyampu setiap hari
  2. Bertukar kepada syampu yang lebih tepat
  3. Bilasan selepas bersyampu
  4. Hentikan menggaru kelemumur menggunakan kuku/jari
  5. Mandi & syampu segera selepas berpeluh

Saya tertarik kepada cara mengatasi masalah kelemumur dengan bertukar kepada syampu yang lebih tepat. Sebelum ni saya ada guna pelbagai jenis syampu di pasaran. Tapi tak ada satu pun yang dapat menyelesaikan masalah kelemumur saya. Saya adalah wanita bertudung yang aktif. Ketika menjalani aktiviti lasak yang membuatkan saya berpeluh, kulit kepala saya mudah sungguh berasa gatal & kelemumur sangat mudah hadir selepas itu.

Apabila mengenali produk Shaklee, saya mencuba-cuba untuk bertukar kepada ProSante sejak 6 bulan yang lalu.Β  Alhamdulillah belum pun sampai sebotol syampu nya dihabiskan, kelemumur saya sudah hilang.

 

 

Peranan ProSante Shaklee dalam Mengatasi Masalah Kelemumur

Produk penjagaan rambut Shaklee ProSante mempunyai 3 produk utama yang khusus bagi mengatasi masalah kelemumur ni

  1. Syampu Purifying
  2. Replenishing Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment

(1) Syampu Purifying ProSante

  • Tidak mengandungi Sodium Laureth Sulfate
  • Tidak ada Cocamide DEA ataupun Lauramide DEA
  • Tiada Propylene Glycol
  • Tiada Quarternum 15
  • Tiada pewarna
  • Diuji oleh ahli dermatologi & secara klinikal tidak ke atas haiwan
  • pH yang seimbang
  • Mengandungi Zinc PCA (Pyrrolidone Carboxylic Acid) yang bertindak sebagai anti-microbial
  • Mengandungi ekstrak akar Ginseng
  • Mengandungi vitamin B5 & B6

Ramuan syampu ini dapat mengimbangi mikroflora pada permukaan kulit kepala disamping dapat membersihkan lebihan minyak dan kotoran (kelemumur) pada kulit kepala.

(2) Replenishing Conditioner

  • Bebas dari Paraben
  • Tiada pewarna
  • Diuji oleh ahli dermatologi & secara klinikal tidak ke atas haiwan
  • pH yang seimbang
  • Mengandungi Zinc PCA (Pyrrolidone Carboxylic Acid) yang bertindak sebagai anti-microbial
  • Mengandungi ekstrak akar Ginseng

Ekstrak herba yang terkandung di dalam perapi yang pekat ini dapat menambahkan kelembapan serta melicinkan permukaan rambut menjadikan rambut lembut seperti sutera.

(3) Nourishing Scalp Treatment

  • Tanpa pewangi
  • Tanpa pewarna
  • Diserap dengan segera tanpa kesan berminyak
  • Berasaskan ekstrak teh hijau & antioksidan dari Superoxide Dismutase (SOD)
  • Ramuan ekslusif semulajadi Shaklee Scalp Health Complex yang digabungkan dari 10 vitamin, mineral & herba
  • Formula tanpa membilas membuatkan serum ini dapat dipakai ketika rambut basah ataupun kering
  • Ia membantu mengurangkan minyak & pengelupasan pada kulit kepala dengan khasiat zinc PCA, vitamin B6 dan saw palmetto (ekstrak buah Serenoa Serrulata)

Semoga artikel ini bermanfaat πŸ™‚

Sekiranya ada komen/ soalan lanjut berhubung topik ini, silalah meninggalkan jejak anda di ruangan komen. Terima kasih atas kunjungan anda ke laman ini. πŸ˜€

Saya pernah mengalami masalah kelemumur & kegatalan kulit kepala yang teruk. Alhamdulillah kini saya sudah bebas dari masalah itu. Izinkan saya untuk membantu anda pula.

KLIK di bawah untuk:

Senarai harga produk Shaklee ProSante

Senarai harga produk vitamin Shaklee

Senarai harga produk kecantikan kulit Shaklee

Bagi urusan terus seperti untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya Zaleha seperti maklumat berikut:

019-7646021 (sms/whatsapp/telegram)

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Izinkan saya membantu anda kerana saya adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah! πŸ™‚

Saya juga boleh COD ke Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Penghantaran secara poslaju/courier seluruh Malaysia, Singapura & Brunei

ubat kuat lelaki

 

3 thoughts on “Cara Mengatasi Masalah Kelemumur Yang Mudah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge