cara mengawal kencing manis

Cara Mengawal Kencing Manis Yang Lebih Berkesan Tanpa Kesan Sampingan

Masalah kencing manis atau diabetes ni dah menjadi antara penyakit paling besar melanda masyarakat di Malaysia.

Selain faktor genetik, faktor tabiat pemakanan yang kurang sihat adalah menjadi punca utama kenapa ramai orang mudah mendapat kencing manis.

Risiko Kencing Manis

Kenapa nurse & doktor marah sangat kalau bacaan gula sangat tinggi? Teruk sangat ke masalah kencing manis ni?

Antara risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit kencing manis adalah:

  • mata boleh jadi buta (penglihatan akan semakin kabur)
  • organ dalaman, seperti buah pinggang boleh rosak kerana terbeban
  • jari kaki & lain-lain organ seperti kaki juga boleh dipotong
  • hilang nikmat seksual (erectile dysfunction untuk lelaki, sexual dysfunction untuk wanita)
  • risiko mendapat sakit jantung & strok
  • kematian akibat sakit jantung & strok berpunca dari masalah kencing manis

Bukan saja-saja marah. Tu sebab diorang prihatin & nak kita semua cuba jaga kesihatan & elak risiko sakit yang lebih teruk.

Tanda Awal Masalah Kencing Manis

Antara tanda awal berlakunya masalah kencing manis adalah:

  • Mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes
  • Bacaan gula dalam darah ketika berpuasa adalah melebihi 5.6 mmol/L
  • Bacaan HDL (kolesterol baik) dalam darah kurang dari 1.1 mmol/L (lelaki) & kurang dari 1.5 mmol/L (wanita)
  • Bacaan tekanan darah berada pada 130/85 atau lebih
  • Mudah terasa penat, cepat letih
  • Kerap kencing

5 Cara Mengawal Kencing Manis Yang Berkesan Tanpa Kesan Sampingan

cara mengawal kencing manis

Sekiranya anda dah disahkan ada kencing manis yang kronik, mohon, ikutlah nasihat & rawatan doktor.

Tak boleh suka-suka hati tau nak skip makan ubat & ponteng appointment doktor.

Disamping mengikut perawatan doktor anda juga boleh mengusahakan kawalan kencing manis supaya tak melarat & beri mudarat yang teruk dengan ikut tips-tips ini:

(1) Makan Makanan Yang Sesuai

Ni memang sifir dia. Kena banyakkan serat & ambil makanan yang rendah index glisemik (GI).

  • Ambil 5-7 sajian sayur sehari

Kenapa kena makan sayur?

Sayur bukan sekadar membekalkan serat yang diperlukan, malah dalam sayur juga terkandung karbohidrat kompleks yang penting untuk membekalkan tenaga secara lebih perlahan & lebih lama dalam badan.

Orang yang ada diabetes ni, keadaan dia, gula banyak dalam darah yang ada kalanya tak sempat nak ditukarkan jadi tenaga sebab faktor kerintangan insulin dalam badan.

Insulin samada tak mampu/ keliru untuk bertugas tukarkan gula jadi tenaga.

Sebab tu, penting untuk pesakit kencing manis elak terus makanan yang ada gula ringkas & gula proses (glukosa, sukrosa & yang sewaktu dengannya). Buah-buahan yang kaya gula fruktosa memang kena elak/ kurangkan.

Pilih makan buah-buahan yang lebih masam.

  • Banyakkan sumber karbohidrat kompleks yang lain

Sebab tu, bila dah ada kencing manis ni, biasanya pakar pemakanan akan advise, tukar nasi putih kepada nasi beras perang/beras parboiled atau yang seumpama sebab faktor komposisi serat & karbohidrat pada beras tu.

Sumber lain karbohidrat kompleks:

  1. bijirin penuh serat
  2. roti serat penuh (contoh: Gardenia Purple Wheat Wholegrain)

(2) Elak Gula Putih, Lemak & Lemak Trans

Gula putih adalah antara culprit @ punca utama radang dalam tubuh kita. Sebab tu kena elak terus pengambilan sebarang makanan / minuman yang ada mengandungi gula putih ini samada secara terang atau tersembunyi.

Pemakanan yang tinggi kalori & lemak boleh mengakibatkan berlakunya spike/ kenaikan paras gula dalam darah.

Lemak menambahkan lagi risiko pesakit diabetes mendapat sakit jantung atau strok. Elak makanan yang tinggi kolesterol seperti telur kuning, daging merah & organ dalaman haiwan.

Bila dah macam ni, pilihlah untuk mengambil lauk dari kategori lean protein seperti:

  • ikan terutama ikan kaya asid lemak Omega 3 (salmon, tuna, mackerel)
  • ayam (buang kulit), terbaik di bahagian dada

Lemak trans banyak terdapat dalam pastri, marjerin & makanan yang diproses.

(3) Bersenam

cara mengawal kencing manis

Antara major faktor ramai orang mudah dapat kencing manis adalah kerana kurang aktif. Tidak banyak bergerak & kurang bersenam.

Tambah-tambah lagi jika pesakit kencing manis mempunyai berat badan yang berlebihan. Obesiti boleh meningkatkan risiko yang lagi teruk buat pesakit diabetes.

Bersenamlah secara lebih teratur & sederhana. Antara senaman yang bagus & mudah adalah:

  • jogging
  • berbasikal
  • berenang
  • senaman di rumah seperti senam robik, zumba & tabata

Bersenam membantu mengurangkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan paras sensitiviti tubuh terhadap insulin.

(4) Pantau Bacaan Gula Dalam Darah

cara mengawal kencing manis

Pesakit diabetes sangat disarankan untuk buat pemantauan tahap gula dalam darah setiap hari. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan simple finger-stick / blood-glucose meter.

Untuk pesakit diabetes tahap 1 & 2 yang bergantung pada insulin, perlu pemantauan darah yang lebih kerap, iaitu sekitar 3 – 4 kali sehari.

(5) Ambil Suplemen

Kenapa suplemen juga membantu?

Suplemen yang berkualiti tinggi bantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit diabetes dari segi:

  • menyokong kesihatan imun
  • meningkatkan stamina (supaya badan tak lemau, letih asyik nak tidur / baring saja)
  • meningkatkan paras sensitiviti insulin dalam badan
  • membekalkan serat larut yang diperlukan
  • membantu menghasilkan sel sihat dalam badan
  • membantu luka dalaman lebih cepat pulih.

Antara suplemen yang bagus & sesuai untuk pesakit diabetes amalkan adalah:

& yang paling unggul serta premium adalah Vivix kerana berbentuk larutan pekat & sangat mudah diambil.

Bacaan Gula Terkawal Dengan Vivix

Cara Merawat Luka Pesakit Diabetes | Luka Cepat Pulih Dengan Vivix 

Berminat nak ikhtiar dengan suplemen untuk pesakit diabetes ni? Boleh terus hubungi saya di 019-7646021 atau klik terus untuk whatsapp saya

pengedar Shaklee Skudai

 

Rujukan:

  1. Family Health Modern Diseases | Cause, Symptoms And Prevention; Dr Bruce Miller DD, CNS; 2016; Oak Publication
  2. Prescription for Nutritional Healing | A Practical A-to-Z Reference to Drug-Free Remedies Using Vitamins, Minerals, Herbs & Food Supplements; Phyllis A. Balch, CNC; 2010; Avery
  3. Nutrition for Life | The Definitive Guide to Eating Well for Good Health; Lisa Hark & Dr Darwin Deen; 2005; Dorling Kindersley
  4. Diabetes diet: Create your healthy-eating plan | https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes-diet/art-20044295



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

1 thought on “Cara Mengawal Kencing Manis Yang Lebih Berkesan Tanpa Kesan Sampingan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge