Cara Menggunakan Whatsapp Di Komputer: Info Mudah Untuk Elak Phone Hanged

Hari ni nak share 1 simple tutorial!

Ada ketikanya saya lagi prefer guna komputer untuk membaca atau menaip mesej di Whatsapp.

Apatah lagi kalau nak tengok video/ gambar yang saya memang dah set disable auto download di smartphone bagi mengelakkan berlakunya “phone hanged” ni.  😀

4 Kelebihan Guna Whatsapp Di Komputer/ Laptop

(1) Praktikal: Cepat & Jimat Masa

Sangat praktikal terutama jika kita ingin sampai-sampaikan mesej yang hampir sama ke ramai penerima dalam senarai Whatsapp kita tu.

Nak pula kalau yang buat bisnes macam saya ni.

Banyak info yang dapat saya sebarkan kepada customer-customer saya pada masa yang singkat pada suatu masa yang terhad.

(2) Kurang Typo

Bahkan kurang typo juga jika menaip di komputer. Almaklumlah, di telefon skrinnya tidaklah sebesar mana. Melainkan jika anda menggunakan tablet atau smartphone dengan skrin yang besar.

Taip di komputer, ibarat macam kita mengarang dulu lah.

Leh save, edit & copy paste dengan mudah bila-bila masa.

(3) Jimat Mobile Data Plan

Hehehe…

Jangan tak tau, lagi banyak korang download @ upload sending video/ gambar guna mobile data kat smartphone tu, lagi banyak la duit akan digunakan untuk men’top up’ pada setiap bulan.

Sebaiknya guna je lah wifi/ broad band yang kadarnya unlimited tiap bulan tu ya. :mrgreen:

(4) Kurang Bebanan Pada Smartphone

Yang ni pun iye jugak.

Smartphone pun ada limit otak nya. Kalau nampak phone asyik “hanged” @ slow lembap semacam tu tandanya dia pun terbebanlah tu… nak demam.  😥

Lagi banyak mesej/ gambar/ video yang kita view / hantar, lagi terbebanlah smartphone kita ni.

Whatsapp adalah antara aplikasi yang menyimpan history/memori keluar masuk di dalam kuota memori smartphone kita (device storage), bukan pada external memori card.

Sebab tu antara perkara wajib yang saya buat adalah, meng “disable” kan auto download gambar & video di whatsapp.

Yang saya rasa urgent untuk view segera, barulah saya klik download thru smartphone saya tu.

Kat sini ada tutorial bagaimana nak set auto download media pada whatsapp ni

Tutorial & Cara Menggunakan Whatsapp Di Komputer (PC)

Langkah 1:

Wajib menggunakan komputer/ laptop yang ada talian internet. Kalau xde talian internet pada PC, pakai jela whatsapp kat smartphone tu ye… Hehehe…  :mrgreen:

Langkah 2:

Whatsapp di smartphone wajib aktif berhubung dengan talian internet serentak dengan masa kita nak guna Whatsapp di komputer ni.

Langkah 3:

Di PC anda, pergi ke laman sesawang ini :- https://web.whatsapp.com/

Langkah 4:

Di smartphone anda, pergi ke menu utama Whatsapp.

Jika anda pengguna android; macam saya ni pakai Samsung, boleh klik pada button kiri di permukaan skrin tu.

Nanti akan ada senarai pilihan.

Pilih/ Klik Whatsapp Web.

Langkah 5:

Nanti kita akan diminta untuk imbas/ scan barkod yang tertera pada https://web.whatsapp.com/ tu

Dah siap!

Senang je kan?  😆

Semoga tutorial mudah ni bermanfaat!

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Cara Menggunakan Whatsapp Di Komputer: Info Mudah Untuk Elak Phone Hanged”

  1. Pingback: Cara Elak Phone Hanged Dengan Disable Auto Download Pada Whatsapp - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge