cara mengurangkan perbelanjaan

Cara Mengurangkan Perbelanjaan Hanya Dengan Air Kosong Yang Anda Wajib Tahu

Wah di musim perayaan ni ramai yang dah mula rasa poket semakin kering. Ni bukan kerana banyak beri duit raya ya! No..no.. no.. bersedekahlah, ia akan memberi kekayaan yang lebih buat kita, in shaa Allah.

Poket jadi kering semasa perayaan kerana:

  • penggunaan petrol yang lebih tinggi dari biasa tiapkali menghadapi kesesakan lalulintas
  • ramai orang sakit sebab tak berpantang makan minum. Main redah je qada makan sedap-sedap setelah sebulan berpuasa.
  • kulit muka jadi semakin rosak sebab makeup tebal sangat. Nak melawa lah katakan..  :mrgreen:

Pagi tadi dapat info pasal manfaat air ni. Cara mengurangkan perbelanjaan dengan hanya memilih air kosong ini mungkin sangat bermanfaat untuk kita sepanjang musim perayaan ni.

cara mengurangkan perbelanjaan

6 Sebab Kenapa Air Kosong Sangat Membantu Kita Mengurangkan Perbelanjaan

(1) Kekal Langsing Dengan Air Kosong

Tahukah kita, air kosong dapat meningkatkan metabolisme & membantu membuatkan kita rasa lebih kenyang.

Wah.. sudah pasti ia adalah info yang paling membahagiakan bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan!
Tapi, bagaimana caranya?

  • Kita hanya perlu tukarkan minuman berperisa / minuman yang berkalori kepada air kosong!
  • Ambil segelas penuh air kosong setiap kali sebelum makan. Ia sangat membantu kita untuk lebih kenyang.
  • Minum air kosong sejuk. Tapi bukan betul-betul selepas makan makanan yang berlemak & berminyak ya!

Air kosong sejuk mendorong tubuh kita bekerja keras untuk menseimbangkan suhu air tersebut di dalam badan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat membakar sedikit kalori sepanjang proses pemanasan itu berlaku.

(2) Air Kosong Dapat Meningkatkan Tenaga

Tak payah nak keluar banyak duit beli minuman peningkat tenaga tu. Rata-rata daripadanya mengandungi kadar gula yang tinggi & hanya membahayakan kesihatan!

Dengan air kosong pun boleh sebenarnya.

Setiap kali kita berasa letih, itu antara tanda badan kita telah mengalami kehilangan cecair (dehidrasi). Maka sebelum kita mengalami dehidrasi yang lebih teruk,

  • Cepat-cepatlah minum air kosong tiap kali kita mula berasa letih atau dahaga.
  • Air yang mencukupi di dalam tubuh kita dapat membantu jantung mengepam darah dengan lebih efektif.
  • Air juga membantu darah mengangkut oksigen & nutrisi perlu ke setiap sel dalam tubuh badan kita.

(3) Kurangkan Stress Dengan Air Kosong

Kalau dalam drama TV, asal stress je minum arak. Pergh!

Sebenarnya arak atau alkohol lagi sangat membahayakan kerana telah terbukti arak dapat mengurangkan cecair dalam badan jauh lagi cepat berbanding kopi/ teh & juga minuman manis yang lain.

Fakta membuktikan 70 – 80 % daripada tisu otak adalah terbina daripada air.

Setiap kali kita berasa mengalami kehilangan cecair dari badan (dehidrasi), tubuh & pemikiran kita turut terganggu dan mengalami stress.

Berasa haus adalah tanda awal kepada dehidrasi.

Untuk terus membantu tubuh mengurangkan stress, pastikan kita sentiasa kerap minum air kosong pada setiap masa.

Ini dapat dibantu dengan memastikan bekalan air kosong sentiasa ada bersama-sama kita

Susah nak kerap minum air kosong? Saya kongsi di sini caranya.

(4) Air Kosong Dapat Mencantikkan Kulit

Wah.. tak payah keluar duit banyak-banyak untuk buat rawatan kecantikkan lagi! Minum air kosong adalah antara cara mengurangkan perbelanjaan kita terhadap pembelian bahan kosmetik yang mahal.

Kulit akan memperlihatkan garisan kedut pada wajah dengan lebih ketara apabila kita mengalami dehidrasi.

Percaya @ tidak, air kosong adalah krim kecantikkan yang semulajadi!

  • Minum air kosong dengan secukupnya membantu memenuhi keperluan cecair dalam sel. Keadaan ini mengakibatkan sel kulit menjadi segar.
  • Hasilnya, Kulit wajah akan kelihatan lebih muda!
  • Air juga membantu menyahkan sisa toksin dari liang roma kulit serta membantu peredaran darah yang lebih baik pada raut wajah.

Keadaan inilah yang menyebabkan kulit boleh tampak lebih berseri-seri secara semulajadi   😀

(5) Elak Masalah Sembelit Dengan Air Kosong

Bagaimana pentingnya serat untuk membantu sistem penyahtinjaan, begitulah juga pentingnya cukup minum air kosong untuk kita terhindar dari masalah sembelit.

  • Air kosong sangat membantu melarutkan sisa pepejal untuk melalui saluran usus dengan lancar.
  • Setiap kali tubuh kita mengalami dehidrasi (kurang air di dalam badan), tubuh kita akan menyerap semua air yang ada hingga akhirnya mengakibatkan usus besar menjadi kering.
  • Keadaan inilah antara punca mengapa kita mudah mengalami sembelit

Jadi, sebelum masalah sembelit menghantui lebih teruk hingga menyebabkan perbelanjaan merawatnya bertambah tinggi, pastikan kita cukup ambil serat & juga air kosong setiap hari terutama sepanjang musim perayaan ni!

(6) Air Kosong Mengurangkan Risiko Pembentukan Batu Karang

 

  • Batu karang terbentuk di dalam air kencing hasil daripada garam & mineral yang tidak terurai sepenuhnya di dalam pundi kencing.
  • Mereka yang kurang minum air kosong berpotensi tinggi mendapat risiko mempunyai batu karang di dalam buah pinggang nya.

Jadi, sebelum buah pinggang kita mudah rosak & parah dengan perbelanjaan dialisis, jom pastikan kita cukup minum air kosong setiap hari kerana air kencing yang cair kurang berisiko dalam pembentukan batu karang ini.

Semoga tips & cara mengurangkan perbelanjaan dengan memilih air kosong sepanjang musim perayaan ini dapat membantu kita bebas dari menambah hutang!

 

Rujukan:

  1. webMD.com
  2. http://blog.foodfacts.com/category/energy-drinks/

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge