Cara Merawat Gout Secara Konvensional & Alternatif Yang Mudah Diamalkan

Sebelum hadir ke kelas Dr Anya Tay ni, saya sendiri memang banyak korek sendiri lebih pasal penyakit gout melalui pembacaan buku-buku perubatan & buku nutrisi sebab ayah saya adalah salah seorang yang ada masalah gout ni kira-kira lebih 5 tahun dah.

Saya pernah kongsi kisah ayah dan gout kat entri ni.

Dr Anya Tay adalah salah seorang ahli SAHAMM (Society for the Advancement of Hormones & Healthy Aging Medicine, Malaysia)

Cara Merawat Gout Secara Konvensional

Seperti entri lepas, gout ni adalah masalah dari asid urik yang berlebihan.

Kebiasaannya ubat-ubatan yang diberi adalah:

  • NSAID (nonsteroidal anti-inflammatory drugs) & COX-2  inhibitor untuk elak gastrik akibat pengambilan ubat tahan sakit tadi.

NSAID ni diberi untuk melegakan kesakitan & mengurangkan keradangan

  • Colchicine diberi apabila serangan gout berlaku secara tiba-tiba (akut)

Colchine membantu surutkan bengkak & mengurangkan pembentukan kristal asid urik daripada terkumpul di antara sendi

cara merawat gout

Cara Merawat Gout Secara Alternatif & Lebih Praktikal

Sebenarnya, tips ni lebih sesuai untuk kita sebut cara kurangkan masalah kesakitan akibat gout, bukan merawat atau menyembuhkan gout secara total.

(1) Kawal Berat Badan

  • Berat badan yang ideal adalah BMI [Berat dalam kilogram/ (Tinggi dalam meter x Tinggi dalam meter)] di antara julat 18.5 – 24.9
  • Cuba amalkan makan secara sederhana. Buat portion hidangan makan berat suku-suku separuh adalah antara yang terbaik.
  • Diet seperti eat clean adalah contoh yang bagus untuk kurangkan berat badan secara selamat.
  • Bersenam secara berkala

(2) Elak Pengambilan Arak

Rasanya ini bukan masalah jika di kalangan orang Islam.

(3) Disiplin Memilih Makanan Yang Mengandungi Purin

Terpaksa makan tu seperti meraikan undangan jemputan kenduri tau.

(4) Kawal Pengambilan Gula

  • Elak karbohidrat bertapis seperti: gula putih, nasi putih, roti putih
  • Elak minuman berperisa

(5) Pengambilan Cecair Yang Cukup

  • Cukupkan keperluan minum/makan cecair sekurang-kurang 3 liter sehari
  • Ini bertujuan memastikan air kencing yang dikumuhkan tidak pekat & untuk elak pembentukan batu karang

Cuba resepi minuman kesihatan buat pesakit gout ini

(6) Alkalikan Tubuh

  • Ambil makanan/ minuman yang boleh mengalkalikan tubuh
  • Ini kerana asid urik adalah lebih mudah larut dalam tubuh yang beralkali (pH lebih dari 7)

Contoh makanan/ minuman beralkali 

(7) Suplemen Untuk Kurangkan Keradangan

Amalkan suplemen untuk gout berkualiti tinggi yang berkebolehan membantu mengawal/ mengatasi keradangan.

(8) Detox Tubuh Secara Rutin

  • Proses detox ni bagus untuk memperbaiki/ refresh balik keupayaan hati & buah pinggang
  • Detox melalui mesin seperti dialisis
  • Detox melalui pemakanan/ minuman

(9) Mengelakkan Risiko Penyakit Kronik Yang Lain

Cuba untuk elak dari mendapat risiko penyakit kencing manis, masalah buah pinggang & masalah jantung yang berpunca dari amalan pemakanan yang kurang sihat.

Tips Mengawal Penyakit Gout

Menurut Dr Anya lagi, cara yang terbaik untuk menangani gout adalah amalkan gaya hidup sihat. Antaranya:

  • mendapatkan berat badan yang ideal (BMI: 18.5 – 24.9)
  • elak dari berlaku serangan gout secara tiba-tiba
  • memastikan serum urate dapat dikurangkan dalam julat < 0.42 mmol/L @ < 7 mg/dL apabila menggunakan ubat

Semoga perkongsian ini membantu  😉

Rujukan:

  • Dr Anya Tay, member of SAHAMM (Society for Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine, Malaysia)



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

7 Responses

  1. Farah says:

    Terima kasih untuk pengisian yg bermanfaat ni…moga dapat dipraktikkan… ..In Shaa Allah…😘

  2. Sang penulis says:

    Saya pun tak familiar dengan penyakit gout ni. Dulu rasa lucu dengar nama penyakit ni. Tapi bila dah jumpa kawan yang tengah kena gout, terus rasa kesian pulak.. huhu.

  1. September 1, 2017

    […] Rawatan Intensif Pesakit Gout Yang Praktikal […]

  2. September 3, 2017

    […] Rawatan Intensif Untuk Pesakit Gout […]

  3. September 3, 2017

    […] Rawatan Intensif Untuk Pesakit Gout […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.