cara merawat kencing kotor

Cara Merawat Kencing Kotor & Langkah Pencegahannya

Masalah kencing kotor atau Urinary Tract Infection atau lebih senang disebut sebagai jangkitan kuman pada saluran kencing ini berlaku apabila pundi kencing (bladder) atau buah pinggang (kidney) telah dijangkiti oleh bakteria yang biasanya ada pada saluran najis (anus) melintasi saluran penghubung di antara pundi kencing (urethra).

Walaupun kebanyakan masalah kencing kotor ini boleh dirawat dengan mudah, jangkitan kuman pada saluran kencing ini boleh meninggalkan kesan yang buruk pada buah pinggang.

Disebabkan ini, rawatan perlu dilakukan dengan segera.

Cara Merawat Kencing Kotor 1: Rawatan Antibiotik

Kebiasaannya rawatan antibiotik akan diberikan untuk jangka masa yang pendek.

Sekiranya simptom berulang, antibiotik dengan dos rendah akan diberikan untuk suatu jangka masa yang lebih panjang (6 bulan hingga 2 tahun)

  • Trimethoprim-Sulfamethoxazole (TMP-SMX): Antara kesan sampingannya adalah alergi pada kulit & ulcer pada perut. Kurang sesuai untuk ibu hamil
  • Nitrofurantoin – Kurang sesuai untuk ibu hamil
  • Fluoroquinolone (quinolones) – Kurang sesuai untuk ibu hamil
  • Fosfomysin: Antibiotik yang lemah, yang lebih sesuai diguna untuk merawat kencing kotor di kalangan ibu hamil.

Rawatan melalui antibiotik tidak menjanjikan pemulihan yang sepenuhnya. Kebanyakan kes, masalah kencing kotor ini akan terus berulang.

Cara Merawat Kencing Kotor 2: Minum Air Kosong

Air kosong membantu menyingkirkan bakteria.

Minum banyak-banyak ya… Banyak mana nak kena minum?

Ada pakar yang menyarankan untuk minum air kosong sebanyak 1/2 liter setiap 1 jam selama 4 jam. Ini bertujuan untuk mengurangkan simptom yang berlaku kepada mereka yang mengalami gangguan cystitis.

Untuk tujuan rawatan sepanjang masa, cuba untuk amalkan minum air kosong antara 2-3 liter sehari atau mengikut keperluan berat badan masing-masing.

25 kg berat = 1 liter air kosong

 

Cara Merawat Kencing Kotor 3: Makan Buah-buahan

Ia juga adalah suatu rawatan alternatif yang lebih selamat tanpa kesan sampingan. Antara buah-buahan yang bagus untuk membantu merawat kencing kotor adalah:

  • Cranberries
  • Blueberries
  • Nanas (jika anda hamil, elakkan dulu ambil sebarang nanas)

Ambil jus tanpa gula tambahan. Jus buah-buahan ini dapat membantu mengelakkan bakteria daripada melekat pada dinding permukaan pundi kencing.

Vitamin c yang terkandung di dalam buah-buahan juga dapat membantu menyediakan keadaan yang berasid kepada air kencing yang dapat membantu membunuh bakteria.

Cara Merawat Kencing Kotor 4: Minum Air Kelapa

Ini juga adalah rawatan alternatif yang menjadi pilihan ramai orang. Selain mudah didapati, rasanya juga sangat menyegarkan.

Khasiat air kelapa terutama di kalangan masyarakat orang melayu semestinya sudah tidak asing lagi.

Air kelapa sangat membantu mengelakkan jangkitan pada saluran kencing terutama di kalangan ibu hamil.

Cara Merawat Kencing Kotor 5: Ambil yoghurt

Yoghurt mengandungi bakteria baik (probiotik).

Bakteria baik ini dapat menentang kehadiran bakteria jahat punca kepada jangkitan saluran kencing.

Dr Kandis Rivers dari Hospital Henry Fort, Detroit, menyarankan untuk pesakit dengan masalah kencing kotor ini untuk mengambil yoghurt setiap hari.

Cara Merawat Kencing Kotor 6: Ambil Suplemen Antioksidan

Antara suplemen yang terbukti dapat membantu meningkatkan kesihatan pesakit yang mempunyai masalah kencing kotor adalah Vivix.

Saya ada kongsikan testimoni vivix membantu pesakit UTI di dalam entri ini.

4 Langkah Pencegahan Bagi Masalah Kencing Kotor

(1) Minum air 2-3 liter sehari.

(2) Buang air lebih kerap dengan lebih sempurna

(3) Jaga kebersihan diri. Pastikan setiap kali selepas membuang air besar, basuhan dilakukan dari depan ke belakang. Ini bertujuan mengelakkan bakteria dari saluran najis berpindah ke saluran kencing.

(4) Gunakan toiletries tanpa pewangi. Elak pewangi bagi vagina (untuk elak bakteria cystitis di kalangan wanita)

Semoga info yang dikongsikan dapat memberikan manfaat buat sesiapa saja  🙂

 

Klik saja untuk whatsapp saya & dapatkan vitamin Shaklee anda segera 🙂

pengedar shaklee AEON Taman Universiti

Rujukan:

  1. http://www.everydayhealth.com/urinary-tract-infections/helpful-home-remedies-for-urinary-tract-infections.aspx
  2. http://www.dmannose.co.uk/uti-urinary-tract-infections.php
  3. British Medical Association Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorling Kindersley, 2000)



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 thoughts on “Cara Merawat Kencing Kotor & Langkah Pencegahannya”

  1. Pingback: Pengedar Shaklee AEON Taman Universiti Yang Aktif & Dipercayai - ProVide Network

  2. Pingback: Pengedar Vivix Shaklee Skudai | Pengedar Shaklee Taman Universiti Johor |

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge