cara mudah dapat anak

Cara Mudah Dapat Anak – Ikhtiar Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Lanjutan kisah mak mertua yang tak senang duduk bila menantunya belum lagi ada tanda-tanda nak mengandung setelah bertahun-tahun anaknya berkahwin dengan menantunya itu.

Mak Besah pun cepat-cepatlah google cara mudah dapat anak buat membantu ikhtiar anak dan menantunya tadi.

Tips & Rahsia Cara Mudah Dapat Anak Untuk Pedoman Pasangan Moden

cara mudah dapat anak

(1) Banyakkan Makan Ulam-ulaman Segar

Zaman sekarang kita dah jarang dapat makan ulam-ulaman segar macam orang zaman dahulu kala.

Lagi pula kalau tinggal di tengah bandar.

Kat manalah nak jumpa ulam raja/ ulam pegaga bagai tu. Kalau ada pun entah sihat sangat entah tidak sebab tanahnya juga mungkin agak tercemar.

Kesimpulannya kenalah cukupkan nutrisi dari sayur-sayuran & buah-buahan setiap hari kalau boleh.

(2) Riadah & Senaman Berkala

Nampaknya zaman sekarang dah jarang orang berjalan kaki jauh-jauh. Naik tangga pun kalau terpaksa.

Parking kereta kalau boleh nak yang dekat jer.

Bertuahlah kalau boleh setiap minggu jogging. Bersyukurlah kalau dapat berjoget senaman depan TV.

Pokoknya, kena rajin bersenam. Barulah darah lancar. Darah lancar, oksigen pun dapat sampai ke seluruh tubuh. Sperma pun sihat nak berenang laju-laju.

(3) Pemeriksaan Doktor

Ada pasangan sangat rigid. Taknak gi jumpa doktor untuk check.

Sanggup lagi pegi berubat berurut tradisional. Katanya orang-orang gini “nampak” apa yang tak kena dalam badan dengan cara sentuhan. Wow sangat!

By right pegi jela scan apa yang patut. Check rahim isteri secara ultrasound. Buat test air mani untuk suami.

Then ikut panduan doktor pakar dalam bidang perbidanan sakit puan/ sakit tuan jika ada masalah khusus.

(4) Rutin Bersama Sepanjang Tempoh Subur Isteri

Pandai-pandailah adakan rutin tetap untuk bersama isteri sepanjang tempoh subur isteri. Tak reti kira hari subur isteri?

Baca sini cara kira waktu subur isteri

(5) Suplemen Untuk Tingkatkan Kesihatan

Memang perlu sangat suplemen sebagai vitamin khusus untuk bantu tingkatkan kesuburan suami isteri.

Lagi lah kalau si suami seorang perokok tegar.

cara-mudah-dapat-anak

Baca lanjut vitamin untuk suami yang perlu diikhtiarkan

Baca lanjut vitamin untuk isteri yang boleh diusahakan

Oh ya, jom tengok video ni.

Ada promosi best sepanjang bulan November ini khusus buat suami isteri yang fokus nak dapat anak

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge