DIY tudung instant 2 muka

Cara Mudah DIY Tudung Instant 2 Muka Bercorak Premium Pada Kos Rendah

Sejak dah bergelar mak anak tiga nih, saya memang sangat sibuk. Selain busy uruskan anak-anak keluar masuk sekolah & kerja-kerja rumah, saya urus bisnes online Shaklee saya sepenuh masa.

Sebab tu juga, saya memang memilih untuk ada tudung yang pemakaiannya ringkas & cepat. Cantik menawan tu bonus tau! Lagi pula sejak ada channel Youtube nih, kena lah berpenampilan menarik  :mrgreen:

Jemput Subscribe Channel Youtube Saya

Oh ya, tahu tak, ada cara mudah nak DIY tudung instant 2 muka? Ni saya baru je praktikkan malam tadi  😆

Cara Mudah DIY Tudung Instant 2 Muka Yang Cantik Bercorak

DIY tudung instant 2 muka

Saya tak pernah pun terfikir sebelum ni ada cara mudah DIY tudung instant 2 muka ni sehinggalah ada sahabat yang cadangkannya.

Bukan apa, recently payah betul nak jumpa tudung instant 2 muka yang bercorak cantik-cantik serta menepati tekstur yang tak jarang serta labuh.

Saya ada lah juga beli beberapa helai tudung Bokitta, tapi still macam rasa hmm… kalau lah boleh ada lebih banyak tudung pada kos yang lebih rendah… why not kan? :mrgreen:

Bahan Untuk Buat DIY Tudung Instant 2 Muka

Simple je bahannya.

  • Tudung shawl bercorak saiz panjang 2 meter
  • Pembaris
  • Jarum
  • Benang

Cara Buat DIY Tudung Instant 2 Muka Yang Mudah Tanpa Mesin Jahit

Kat rumah saya ni memang takde mesin jahit. Jadi, saya gunakan je jarum & benang.

Guna jahitan jelujur halus pun dah kemas.

Langkah 1 (Gambar 1)

Ukur pada muka, saiz bukaan untuk muka pertama. Do you get what I mean? hehe.. Ok, macam ni, letak shawl pada kepala, macam nak pasang kerongsang kat bawah dagu pada sisi pertama shawl.

Ukur berapa bukaan muka kita muat.

Kalau macam nak lagi mudah, kena ada extra bahan, 1  helai tudung instant 2 muka sedia jahit dah. Buat contoh.

Lipat kedua-dua sisi shawl. Pastikan ada 1 hujung lebih pendek dari yang sebelah.

Langkah 2 (Gambar 3)

Lipatan yang lebih pendek itulah untuk saiz bukaan muka kita (muka 1). Jahit jelujur penuh dari ukuran muka hingga ke hujung lipatan.

Langkah 3 (Gambar 2)

Yang lebih panjang, ukur dalam 28 cm dari lipatan sisi, tandakan.

Mulakan menjahit jelujur lagi pada tanda tersebut sepanjang kira-kira 5 cm ke depannya untuk kita buat flap tudung (muka 2).

Dah pun siap!

Mudah kan? Kos untuk keseluruhan untuk dapatkan tudung instant 2 muka bercorak premium ni hanya RM15+ saja  🙂

Selamat mencuba!

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Cara Mudah DIY Tudung Instant 2 Muka Bercorak Premium Pada Kos Rendah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge