backpack ke Sabah

Catatan Kembara : Trip Family Backpack Ke Sabah (Part 1)

Backpack ke Sabah: Day 1 Sabah

backpack ke Sabah

Airport KK – Tamparuli – Kundasang – Ranau – Kundasang

 

Kami sewa kereta dengan Green Matrix Car Sabah. PIC: Encik Hasbi (018-3802009)

Bagus perkhidmatan diorang. Siap dapat banyak diskaun juga. Masa booking 4 bulan sebelum dah dapat diskaun. Lepas GST zero pun dapat lagi diskaun. Rezeki sangat  🙂

Kereta dah siap tunggu kat parking airport at 9am. Petrol pun full tank lagi. So masa return, memang kitorang pulangkan balik dalam keadaan yang sama lah. Win-win situation gitu.

Overall kos petrol tak sampai pun RM200 untuk total 4 hari kami bergerak ke sana- sini. Exact kos nanti saya update di lain entri.

Kami bertolak kul9:30 am dari KK Airport menuju ke Ranau.

In the middle singgah Giant beli stok air mineral & tisu.

Plan asal nak lunch di Sabah Tea.

Since jalan agak slow, drag masa sikit dari airport & Giant tadi, semua dalam kereta dah kelaparan.

Terpaksa la juga singgah KFC tepi Pekan Kundasang untuk alas perut & jadi lunch terus.

Ladang Teh Sabah, Ranau

backpack ke Sabah

Jauh juga perjalanan ke Sabah Tea dari Pekan Kundasang sebenarnya.

Bukan apa, sebab bersusun dengan lori yang slow + jalan selorong sebab ada construction in the middle.

As expected sepanjang jalan agak berliku & yang bestnya dapat melihat Gunung Kinabalu sepanjang perjalanan.

Sampai je Sabah Tea, di Ranau, tak sangka suhunya tak sesejuk seperti yang dibayangkan. Elok sangatlah singgah minum teh & makan aiskrim teh kalau datang sini. Sedap-sedap semuanya termasuklah waffle green tea nya.

Dari pembacaan memang ada yang komen Ranau dah tak sesejuk dulu.
So untuk yang nak menginap rasa nyaman, eloklah pilih untuk menginap di Kundasang saja.

(macam dalam video saya di bawah ni)

Tempat Solat Di Ranau

Asal usul nak buat jamak taqdim di Sabah Tea, tapi sebab tak jumpa surau sekitar, kami decide untuk teruskan perjalanan ke next destination (fish spa).

Alhamdulillah ada surau berdekatan sangat dengan Kg Luanti tu.

Bila tengok keadaan keseluruhan kawasan surau tu, baru teringat pernah baca tentang satu-satunya surau ini di situ

Di sekitar sini, gereja memang banyak sangat. Rasa macam tiap 1 kilometer jumpa sebuah😅

Memang masyarakat Islam agak minoriti kat sini. Sebab tu, bila travel ke tempat orang, kita kena open minded & usahakan alternatif untuk ibadat.

Tagal Morolli Fish Spa Kg Luanti, Ranau

backpack ke Sabah

Dari Sabah Tea, kami ke Tagal Sg Moroli, Kg Luanti untuk aktiviti fish spa.

Bayar sorang RM5 (adult), hanya untuk menjerit🤣. Saya lah tu.
Geli bila ikan tu menghampiri kaki & mula menggigit-gigit

Dikatanya untuk tempoh 15minit, tapi mungkin sbb tak ramai orang sepanjang hari weekdays tu, kami di sungai tu macam lebih dari setengah jam pula😅

 

Rabbit Village, Ranau

backpack ke Sabah

Selesai fish spa, kami teruskan ke Rabbit Village.

Memang comel sangat semua arnab dalam tamannya itu.

Jinak-jinak belaka.😁
Diam je bila kita datang sentuh.

=================    Bersambung ke Part 2         ==========

TQ sudi baca. Gambar & video akan saya update dari semasa ke semasa. Thanks follow & baca entri saya ni.

Saya sambung lagi destinasi kami seterusnya & share lebih banyak tips & video sepanjang trip kami ke Sabah secara backpackers😁

Antara yang bakal di update:



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Catatan Kembara : Trip Family Backpack Ke Sabah (Part 1)”

  1. Pingback: Review Homestay Mesilau Kundasang | Trip Sabah 2 Keluarga

  2. Pingback: Tips Makan Seafood di Sabah | Tempat Makan Seafood Sedap di Sabah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge