Pernah dengar/ baca/ tengok berita, elok-elok atlit sukan tu menang pingat, tiba-tiba pingatnya ditarik? Disqualified!
Pernah kan? Punca? STEROID!!!
Juga seperti kes Datuk Lee Chong Wei yang disahkan positif steroid. Ia mengakibatkan beliau digantung selama 8 bulan dari menyertai sebarang pertandingan.
Dikatakan juga rupa-rupanya steroid tersebut ada terkandung tercemar dalam ubat herba cina yang beliau dah biasa ambil selama bertahun-tahun. Wallahu alam.
Disebabkan kes ini, pihak Institut Sukan Negara (ISN) tak membenarkan lagi semua atlit sukan mengambil sebarang suplemen/ ubat-ubatan luar tanpa kebenaran mereka.
Kenapa Atlit Kena Cergas Tanpa Steroid?
Tak adil dan tak layak menang pun kalau cergas sebab ada dadah (steroid tu antara kategori dadah la; drugs)
Selain sebab tak layak, steroid tak bagus untuk kesihatan jangka panjang. Ada cerita panjang pasal sejarah steroid ni. Boleh baca sini kalau rajin. Panjang artikelnya.
Anabolic Steroid
Sebenarnya steroid yang diguna atlit tak sama tau macam steroid ubat untuk rawatan perubatan tu.
Steroid atlit guna khusus untuk tingkatkan prestasi maksimum yang dimaksudkan tu adalah anabolic steroid (sejenis ubat-ubatan yang boleh membina otot, yang disintesis secara kimia dari testosterone, hormon seks lelaki).
Penyalahgunaan anabolic steroid dikatakan berleluasa terjadi di kalangan mereka yang inginkan result yang luar biasa dalam kepejalan otot & untuk lebih agresif.
Kesan Jangka Panjang Steroid
Penyalahgunaan steroid ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada golongan lelaki/ wanita. Antaranya:
- ketidaksuburan
- risiko kanser prostat
- sakit ketika ereksi
- kecacatan pada bayi yang dikandung
- gangguan kitaran haid
dan banyak lagi masalah kesihatan yang berkaitan dengan hormon.
Ada Tak Cara Lain Atlit Boleh Cergas Tanpa Steroid?
Sudah tentu!
Selain usaha yang berterusan, nutrisi yang cukup sangat bantu badan kekal cergas aktif dan bertenaga. Tak payahlah cucuk steroid tu!
Contoh macam atlit ini, Najib Turano, memenangi 2 pingat emas dalam acara berbasikal Sukan Paralimpik tahun ini.
Beliau ada mengambil suplemen Shaklee (antaranya Vivix) atas inisiatif sendiri kerana diyakini selamat & bebas dari sebarang kimia berbahaya termasuk steroid!
Malah, suplemen Shaklee juga telah digunakan terlebih dahulu oleh beberapa jaguh sukan dunia termasuk atlit Sukan Olimpik.
Ish.. banyaklah kemenangan yang mereka dah raih. Bertanding dengan pelbagai cabaran suhu/ persekitaran.
Adakah anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang vitamin Shaklee yang bantu cergaskan atlit tanpa steroid ini?
Rujukan:
- Anabolic Steroids and Sports: Winning at any Cost https://www.health.ny.gov/publications/1210/1210.pdf
- Chong Wei positif dexamethasone http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/chong-wei-positif-dexamethasone-1.22545
- Herba Cina punca Chong Wei positif dadah http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/04/27/herba-cina-punca-chong-wei-positif-dadah/
- Atlit Yang Dikuasakan Oleh Suplemen Shaklee http://athletes.shaklee.com/
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit