set hamil Shaklee

Cerita Saya Amalkan Set Hamil Shaklee Sepanjang Hamilkan Lutfi

Ketika hamilkan anak sulong, saya konsisten vitamin 4 serangkai yang Klinik Kesihatan supply tu. Ada B Complex, Asid Folik, Ferrous Fumarate & Vitamin C 100mg. Masa tu, saya adalah suri rumah sepenuh masa.

4 tahun lepas tu, bekerja dalam lab, hamilkan si kakak, pun sama. Konsisten 4 vitamin serangkai ni.

3 tahun kemudiannya, saya pilih untuk amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi. Nak tahu kenapa? Boleh teruskan pembacaan ya  🙂

Kenapa Saya Pilih Set Hamil Shaklee Ketika Hamilkan Lutfi?

Saya dah kenal vitamin Shaklee betul-betul lepas bersalinkan kak Auni. Dengan erti kata lain, lepas dah start guna vitamin Shaklee ketika berpantang bersalin & menyusu, terus jatuh cinta dengan kesan positif terhadap kesihatan diri masa tu.

Oh ya, bagi yang belum tahu, set hamil Shaklee adalah set yang hampir sama dengan set penyusuan Shaklee & set berpantang Shaklee.

Beza hanya pada 1 atau 2 item saja  :mrgreen:

Set Hamil Shaklee Premium (Lengkap):

  • Vitalea (multivitamin 28 jenis termasuk zat besi & asid folik)
  • B Complex (8 vitamin B penting termasuk asid folik)
  • Sustained Release Vitamin C Plus (vitamin C 500 mg larut secara berperingkat)
  • Ostematrix (kalsium, vitamin D, magnesium & beberapa mineral surih)
  • ESP (Energizing Soy Protein – protein soya non GMO)
  • Omega Guard (minyak ikan tulen – DHA & EPA)

Set Hamil Shaklee – Vitamin Yang Mudah Diserap

Saya perasan, untuk zat besi, dulu-dulu masa hamilkan abg Din & kak Auni, najis saya tak sah tak hitam lepas ambil ferrous fumarate tu. Bacaan Hb lebih kurang je sepanjang hamil ketiga-tiga anak.

Tapi, bila saya amalkan zat besi dari set hamil Shaklee (Vitalea), najis takdelah warna hitam cenggitu.

Tapi Hb dalam darah masih pada tahap optimum. Dengan erti kata lain, hampir kesemualah zat besi dalam suplemen tu betul-betul diserap & ada dalam darah saya. Takde yang dibuang.

Kesan Pengambilan Set Hamil Shaklee

vitamin untuk ibu mengandung

(1) Bebas Risiko GDM

Walaupun hamil pada usia lebih 30 tahun, Alhamdulillah, doktor sahkan saya tak perlu untuk menjalani ujian air gula tu. Katanya atas faktor tiada risiko & setelah melihat result parameter dalam buku merah.

Mungkin juga, disebabkan saya konsisten vitamin seawal sebelum hamil lagi, saya tiada masalah craving makanan & minuman manis.

(2) Kenaikan Berat Badan Seimbang

Kenaikan berat saya tak begitu drastik. Ada 2 bulan berturut-turut berat x naik & x turun. Lepas 3 bulan naik dalam 1-2 kg saja.

Saya perasan juga, konsisten pengambilan Vitalea & ESP antara yang buatkan saya tak lalu sangat nak minum & makan makanan yang manis.

(3) Kaki Tak Bengkak

Saya teringat ketika hamilkan Lutfi, saya memang sangat aktif.Di awal trimester, saya masih sibuk mengikuti kelas…

Posted by Zaleha Awaluddin on Monday, May 15, 2017

Mungkin juga sebab saya sangat energetik sepanjang hamil, kaki saya Alhamdulillah tak berlaku bengkak-bengkak.

Memang merata juga saya drive sebab sibuk COD vitamin dari Skudai hala ke Kulai & JB juga. Alhamdulillah rezeki baby la katakan.

Sempat juga merajinkan diri hadir ke Bengkel Nutrisi.

Hendak sejuta daya.Walaupun saya bukan dalam bidang nutrisi, tidak bermakna saya tidak boleh berusaha utk menambah…

Posted by Zaleha Awaluddin on Sunday, November 13, 2016

 

Ditambah pula rutin menyupir abang Din ke sekolah. Saya aktif memandu sendiri sampai sehari sebelum bersalin. Itupun encik suami dah pesan jangan keluar gi mana-mana, tunggu dia balik  :mrgreen:

Selain aktif memandu, saya juga masih aktif ke kelas silat.
set hamil Shaklee

Pengalaman Amalkan Set Hamil Shaklee Oleh Ibu-Ibu Lain

Mungkin juga sebab terpengaruh dengan ibu-ibu ini suatu ketika dulu, saya pun turut terjebak memilih untuk amalkan set hamil Shaklee jer..  😆

(1) Puasa Penuh Sepanjang Hamil

Puan Haridah mampu berpuasa penuh sepanjang hamil dengan konsisten set hamil Shakee yang lengkap tu.

Alhamdulillah, memang betul, bila konsisten full set ni, dapat rasa sangat badan lebih kuat & bertenaga.

(2) Masih Boleh Aktif Beraktiviti Walau Hamil 7 Bulan

Siapa sangka wanita yang sedang memanjat tangga Candi Borobudur ni sebenarnya adalah ibu yang sedang hamil 7 bulan..?

Laju je Puan Ainul. Bertenaga & pantas memintas wanita lain yang tak hamil pun  :mrgreen: Semuanya asbab cukup nutrisi. Puan Ainul pun amalkan vitamin dari set hamil Shaklee.

Sekian saja coretan cerita & pengalaman saya mengamalkan set hamil Shaklee. Sekiranya bermanfaat kongsikan saja buat sesiapa yang mungkin memerlukan info cerita ini  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge