muzium padi

Cuti-cuti Malaysia: Apa Yang Menarik Di Muzium Padi?

Nama je orang Kedah tapi kalau tak melawat habis semua destinasi pelancongan yang ada dalam negeri Kedah tu macam tak best la.. Hihi..

Kali ni nak share aktiviti yang menarik sepanjang kami berkunjung ke Muzium Padi selepas raya tempoh hari.

Lokasi Muzium Padi

Muzium Padi ni terletak berhampiran Gunung Keriang. Alamatnya:

Lot 798, Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah

Kalau nak senang, korang taip je pada apps Waze yang ada kat smartphone tu. Kompem sampai.

Ok.. dah pun sampai. Comel je rekabentuk muzium ni.

muzium padiDah sampai tu, bolehlah posing dulu depan muzium ni.

muzium padi

Bertuah sungguh anak-anak 2 orang ni,

Kecik-kecik lagi dah merasa dapat melawat kawasan yang best macam ni. Mak ayah diorang ni dulu, dah sekolah barulah dapat peluang gi lawatan.

Harga Tiket Masuk Muzium Padi

Kalau nak jalan-jalan ke lokasi menarik, tak sahlah kan kalau tak survey dulu harga tiket masuknya.

Serius murah sangat kalau nak masuk muzim padi ni.

Harga Dewasa: RM5

Harga Kanak-kanak (7-12 tahun) / Pelajar Sekolah (Beruniform): RM2

harga tiket muzium padi

Mak saya yang dah datang untuk kali kedua ni bagitau, harga dalam 3-4 tahun dulu RM3 untuk dewasa. Ok sangatlah tu kan. Tak naik banyak sangat dalam tempoh lebih 3 tahun.

Waktu Operasi Muzium Padi

Muzium padi ni dibuka pada setiap hari.

Kalau hari biasa dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang.

Hari jumaat je special sikit.

Buka: 9 pagi – 12.30 tengahari

Tutup: 12.30 – 2.30 petang

Buka semula: 2.30 petang – 5 petang

Untuk memberi laluan petugas Muslim mengerjakan solat Jumaat.

Pemandangan Pada Lukisan Kanvas Bergerak 360 Darjah

Antara tarikan yang paling best & unik adalah di kawasan tingkat paling atas dalam muzium ni. Kita akan menaiki tangga gelap untuk sampai di platform yang bergerak 360 darjah secara perlahan.

muzium padi

Ada disediakan beberapa nuah kerusi untuk kita duduk santai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan di sekitar Gunung Keriang ini tanpa perlu menoleh sekeliling.

Kelihatan Rafiuddin sangat teruja memerhati semua pemandangan di hadapannya. Siap ambil buku & pen lagi untuk tulis semua nama objek yang dia nampak. Rajin sungguh!  :mrgreen:

Sekurang-kurangnya, dia yang tengah ponteng kelas tadika (6 tahun) selama 3 hari ni tak lah bercuti sia-sia.. Oklah ni, ala-ala buat lawatan sambil belajar.

Menurut ayah, lukisan kanvas yang cantik ini dihasilkan oleh beberapa pelukis hebat dari luar negara.

Dapat dilihat ia adalah gambungan beberapa keping kanvas yang dicantum bersama untuk menghasilkan pemandangan yang indah dalam view 360 darjah. Sungguh kreatif!

Aneka Gred, Bentuk, Saiz Padi Seluruh Dunia

Tak sah juga kalau dalam muzium padi ni, kita tak cedok info tentang padi yang ada di seluruh dunia. Kat ruang tingkat 2 kita boleh lihat ada banyak jenis, gred, saiz & bentuk padi yang ada ditanam di seluruh dunia selain yang ada di Malaysia ni.

Dalam banyak-banyak jenis padi, saya paling tertarik untuk snap lebih dekat padi yang ditanam di Brazil ni.

Saiz & bentuknya sangat unik. Besar & bulat.

Yang ni lain-lain baka tanaman padi di Brazil. Macam-macam jenis ada.

Tak kurang comel juga baka padi yang ditanam di Jepun. Tengok yang namanya Fukuyuki ni. Tak pendek lonjong bentuknya.

Iraq pun ada tanaman padi diorang.

Banyak lagi spesis termasuk yang ada di Indonesia, Thailand, Myanmar.

Snek Berasaskan Beras

Antara snek yang popular dipasarkan dari negeri Kedah terutama yang banyak dijual di Pekan Rabu yang berasaskan beras adalah tepung pudak ni.

Masa cuti raya haritu sold out tepung pudak ni. Alhamdulillah ada 3 peket akhir yang dapat dibawa pulang untuk dirasa.

Selain tepung pudak, makanan yang femes yang lain adalah:

  • sagon
  • putu beras
  • bepang
  • peneram

Peralatan Pertanian Padi Di Myanmar

Kalau kita ingat lagi subjek Geografi, antara negara pengeluar beras yang agak besar adalah Myanmar.

Terdapat barang-barang peralatan yang digunakan oleh pesawah untuk menanam padi ada disimpan di muzium ini sebagai memberi pengetahuan kepada umum.

Lain-lain Yang Menarik Dalam Muzium Padi

Peribahasa Melayu

Sempat juga snap peribahasa yang sering dikaitkan dengan penanaman padi ni. Mana tau leh jadi rujukan sesapa kan in the future..  :mrgreen:

Haiwan Di Sawah Yang Boleh Dimakan

Semua haiwan eksotik yang ada kat sekitar sawah padi ni adalah halal dimakan.

Saya pernah makan siput pahit @ siput gondang tu.

Sedap jika dimasak lemak dengan daun kaduk. Mak saya sebut siput cincin. Kalau nak tangkap siput ni di sawah, kena turun sawah sebelum jam 11 pagi.

Lepas jam 11 pagi, semua siput dah masuk bawah tanah.

Sukatan Orang Terdahulu

Orang dahulu sebelum guna sistem metrik dalam sukatan & timbangan, diorang guna ni je

  • pikul
  • gantang
  • cupak
  • kati
  • tahil

Pernah dengar kan orang sebut, “simpan harta berkoyan-koyan”.

“Simpan duit ber’kepok-kepok'”? Ni lah dia kepok kalau nak tahu… Jangan pandai guna je tapi tak tahu rupa kepok tu macam mana? Hahaha  :mrgreen:

Ok itu jelah antara yang saya paling suka tengok & sampai snap tunjuk kat korang. Sebelum saya akhiri entri ni, nak belanja korang gambar comel anak-anak syurga kami ni. Layan ok!

Semoga artikel ni dapat memberikan manfaat & buat isi masa anda yang terluang. Terima kasih sudi singgah & baca  😀

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge