bustel klebang

Cuti-cuti Malaysia: Pengalaman Luar Biasa Menginap di Bustel Klebang Melaka

Kita dah biasa menginap di hotel & hostel kan? So, kali ni apakata nikmati percutian luar biasa dengan menginap di dalam bas pula!

Bustel adalah singkatan kepada bas hotel. Ia adalah suatu usahasama antara kerajaan Melaka & pengusaha tempatan. Projek pengubahsuaian bas-bas lama ini menelan belanja sekitar jutaan RM juga tau!!  😉

Asal usulnya untuk ke sini adalah atas pengaruh adikku yang beberapa tahun yang lalu adalah mahasiswi di UiTM Bandaraya Melaka.

Katanya sepanjang dia belajar kat sana, belum wujud lagi Bustel Klebang ni. Ia baru diwujudkan setelah adikku ini menamatkan pengajian ijazahnya di sana. Jadinya, kami merancang untuk merasai pengalaman bercuti & menginap di sini.

Dengan perancangan yang rapi, dapatlah saya membooking 1 bustel  (2 bilik) untuk penginapan 1 malam kami di sana  😀

bustel klebang

Lokasi Bustel Klebang

bustel klebang

bustel klebang

Saya ni suka guna applikasi Waze je tiap kali nak explore menuju ke suatu tempat baru.

Korang boleh taip je “Bustel Klebang” kat apps Waze tu. Nanti Waze akan beri direction untuk menghala ke sana.

Macam saya, datang dari JB, maka, waze mencadangkan untuk exit tol Ayer Keroh untuk menghala ke Klebang.

Dari Ayer Keroh (kami bergerak dari Zoo Melaka), ambik masa dalam kurang dari sejam perjalanan juga (mengambil kira trafik semasa, musim cuti sekolah).

Musim cuti sekolah ni, memang jalan di Melaka sibuk sangat. Alhamdulillah juga ada Waze ni. Dicadangnya kita rempuh laluan kampung-kampung & lorong taman-taman untuk mengurangkan kesesakan laluan kita  :mrgreen:

Harga Penginapan Bustel Klebang

Confirm semua nak tahu info ni kan?

Murah weh!!

Musim cuti sekolah/ hari Jumaat/ hari Sabtu: RM130/ malam/ bilik

Hari-hari biasa: RM80/ malam/ bilik

Info Penginapan di Bustel Klebang

Setiap bustel ada 2 bilik.

Setiap bilik maksimum hanya boleh didiami oleh 4 dewasa/ 2 dewasa & 2 kanak-kanak sahaja.

Setiap bilik ada:

  • katil (queen/ double single beds) lengkap berselimut & 2 biji bantal
  • almari solek
  • 1 unit pendingin hawa
  • flat TV
  • toilet dengan shower
  • almari untuk gantung pakaian
  • 2 helai tuala
  • sejadah
  • surah Yasin

bustel klebang

bustel klebang

Complimentary:

  • free refillable air panas (ambil di gerai makanan Bustel)
  • sabun buku
  • tisu

Bilik A: 1 Queen bed

bustel klebang

Bilik B: Double single bed

bustel klebang

Walaupun tak disediakan sarapan pagi atau makan tengahari/ makan malam, kita boleh walk in dekat je di kawasan sekitar pantai Klebang tu.

Ada kedai makan yang juga beroperasi dari rangka-rangka bas ni. Menarik kan?

bustel klebang

Itulah yang menjadi kelainan & tarikan buat semua pengunjung.

Antara menu special di sini adalah: Coconut Shake  😉

Lepas kenyang makan jer (sedap makanan kat sini & harga sangat bepatutan), kami terus bergerak menuju ke Melaka River Cruise pula!  :mrgreen:

Nombor Telefon Bustel Klebang

Saya ada baca, ramai juga yang tak berpeluang grab untuk menginap kat sini sebab datang last minute.

Hari saya check in baru-baru ni pun, memang semua bustel PENUH!!

So, kalau nak datang tu plan la dulu ya. Macam saya aritu, sebulan sebelum lagi dah call tanya availability of bilik di bustel ni. Alhamdulillah dapat booking 1 bustel terus.

bustel klebang
kami menginap di sini… 5-6 Disember 2015

 

Untuk info lanjut, boleh terus whatsapp :

019-7414113

Tempahan Bustel Klebang

FB: Bustel Melaka

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge