Cuti-cuti Malaysia: Tips & Pengalaman Menyelusuri Zoo Melaka Bersama Anak-anak

Al maklumlah cuti sekolah, berfikir-fikir juga nak bawak anak-anak ni ke mana kan?

Kebetulan, kami merancang nak menginap di Bustel Klebang, Melaka 2 hari 1 malam pada 5-6 Disember lepas, jadi terlintas lah untuk bawa anak-anak melihat haiwan di Zoo Melaka ini pula.

Untuk datang ke Zoo Melaka ni memang tak susah.

Kalau dari highway PLUS tu, just exit Tol Ayer Keroh & terus je ikut arah signboard. Kalau nak mudah lagi, guna je aplikasi Waze yang ada kat smartphone tu  :mrgreen:

Waktu Operasi Zoo Melaka

Sebelum nak datang tu, semak dulu masa melawat supaya taklah sekejap sangat kita boleh berada dalam tu.

Untuk menikmati aktiviti siang:

Dibuka seawal jam 9 pagi & tutup pada 6 petang.

Untuk aktiviti malam (night safari):

Dibuka seawal jam 8 malam & tutup pada jam 11 malam.

Oleh sebab kami plan nak menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam, jadi tak bercadang nak pergi Night Safari pada malam yang sama.

Anak-anakku pula siang la mata diorang syok nak explore. Malam biasanya dah mudah terlelap.

Antara Aktiviti Yang Menarik:

Harga Tiket Masuk Ke Zoo Melaka

Boleh rancang perbelanjaan, berapa RM yang perlu disediakan untuk bayaran tiket masuk seisi keluarga di sini.

Harga tiket sepanjang cuti sekolah:

Dewasa (MyKad): RM17.80

Kanak-kanak 4-12 tahun (MyKid): RM7.10

Warga Emas 60 tahun ke atas (MyKad): RM7.10

 

Disarankan stanby jelah beratur dengan MyKad/ MyKid yang diperlukan in case untuk pengesahan.  🙂

 

Tips Tambahan Sepanjang Berada Di Zoo Melaka

  • Kupon Letak Kereta: Dapatkan/ stanby kupon tempat letak kereta sepanjang meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran zoo. Di ruang hadapan laluan masuk, ada dijual dalam sebuku berharga RM6 (ada 10 keping utk 1 jam. Haritu saja, kami spent dalam lebih kurang 4 jam. Guna 4 keping. So berbaloilah beli 1 buku kupon tu. Daripada kena saman ratus-ratus dengan pihak bandaran kan?
  • Pemakaian Topi/ Sunglasses: Sangat disarankan terutama ketika menyelusuri zoo dalam keadaan siang & cuaca terik. Memang ala-ala gi berkebun pun ada saya rasa…hihi.. Boleh beli macam-macam jenis topi yang menarik ada dijual di kawasan berhampiran zoo ini dengan harga yang sangat berpatutan (ruang sebelum masuk pintu utama)

RM10 je setiap 1 ni..

  • Air Mineral/ Air Kosong: Makanan & minuman tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tapi, haritu Alhamdulillah kalau bawak bekal air kosong sendiri masih dibenarkan. Macam biasa, melawat zoo adalah suatu aktiviti riadah yang sangat menyihatkan. Banyak boleh keluar peluh & silap-silap berat badan juga dapat dikurangkan…hehe.. Untuk mengelakkan dehidrasi, pastikan cukup bekalan air kosong @ dapatkan air mineral yang dijual di dalam kawasan zoo. Boleh
  • Stroller/ Penggendong bayi @ kanak-kanak: Kawasan zoo melaka boleh dikatakan banyak yang berbukit bukau (sederhana je cerun dia), tapi, ok je jika nak guna stroller. Bagi anda yang lebih suka anak-anak berada dekat dengan anda, gunalah SSC (soft structured carrier) @ penggendong bayi yang berkualiti & tidak panas untuk keselesaan anak-anak menyelusuri zoo bersama anda  😉
  • Suplemen: Kalau nak kaki kuat melangkah & badan x mudah lenguh berpanjangan, boleh ikhtiar ambik OsteMatrix ni. Boleh bantu dapatkan tidur yang rehat & lena juga  😉

Perkhidmatan Sewa Buggy Troli

 

Ini yang best.

Pada asalnya saya plan nak mengendong si Auni ni sepanjang berada di Zoo Melaka tu. Boleh pula tertinggal kat rumah.. Huhuhu..

Alhamdulillah rezeki kami dapat menggunakan perkhidmatan sewa buggy troli ni.

Harganya pun berbaloi.

Sewa RM15 per troli sepanjang berada dalam Zoo Melaka tu. Bila dah return, diorang akan pulangkan RM5. Kiranya, RM5 tu macam deposit sewa lah.

Peringatan: Perkhidmatan sewa buggy troli ni ditawarkan selewat-lewatnya pada jam 4 petang saja tau.

So, kalau nak guna untuk lawat zoo melaka ni, datanglah awal supaya boleh menggunakannya semaksimum yang mungkin. Macam kami haritu dah plan nak masuk seawal jam 1+ petang sebab dah plan nak tengok pertunjukkan haiwan juga sekitar jam 2 petang tu.

sementara tunggu burung-burung bersedia buat pertunjukkan, posing dulu

zoo melaka

Antara pertunjukkan haiwan.. Alhamdulillah dapat seat depan

zoo melaka

zoo melaka

zoo melaka

sedap jee.. tgh tidur semua harimau tu..

zoo melaka

gajah tengah berehat semuanya..

 

Dah sampai hujung stesen, tengok jam dah ambik masa hampir 4 jam.. hihi.. oklah. Alhamdulillah puas hati rasa dapat bawak anak-anak & family jalan-jalan tengok ciptaan Allah. Live Animal Planet gitu..

Jika perlukan maklumat lanjut,

Hubungi terus kaunter hotline: 1300 22 3000

Rujukan Tambahan:

  1. http://www.melakazoo.com/

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

4 Responses

  1. Sync says:

    kami datang masa hari biasa, jadi tak ramai orang 🙂
    Sync recently posted…Peperiksaan Online Penguasa KastamMy Profile

  2. aah.. kalau taknak sibuk dengan yg lain, kena rancang awallah. boleh dtg pada hari selain weekend. cuma kalau hari biasa, kesianlah pada anak-anak sekolah.. (takkan nk kena ponteng pula kan?hihihi)
    ibu Uddin & Auni recently posted…1001 Tentang Garlic Complex: Apa Ada Pada Bawang Putih Ni?My Profile

  1. December 10, 2015

    […] pula kat si anak-anak kecil ni…hm… semua ni pakat letih dah sebab seharian kat Zoo Melaka pada sebelah […]

  2. December 11, 2015

    […] Tips & Pengalaman Menyelusuri Zoo Melaka Bersama Anak-anak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.