melaka river cruise

Cuti-cuti Malaysia:Apa Yg Best Sampai Beratur Panjang Di Melaka River Cruise?

Kompem semua nak tahu kan? Bagi yang dah tahu, jawapannya pasti ada dalam pemikiran kalian..hihihi..

Masa mula-mula sampai kat Melaka River Cruise ni, terkejut kot sebab panjangnya nak kena beratur… ­čśÉ

Teringat pula cerita Pendekar Bujang Lapok tu.. yang babak beratur panjang kat bot penambang tu…hahaha..hadoi┬á :mrgreen:

Kalau dah datang dari jauh…. setakat nak tunggu yang berada depan mata, kompem sanggup!!┬á ­čść

Kesian pula kat si anak-anak kecil ni…hm… semua ni pakat letih dah sebab seharian kat Zoo Melaka pada sebelah siangnya.

Apa-apapun, Alhamdulillah, walau kena beratur almost 40 minit rasanya, pengalaman dapat naik cruise ni pasti jadi ingatan yang terindah.

Lokasi Melaka River Cruise

Merujuk pada website PPSM (Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka), bot ni boleh dinaiki kat Taman Rempah/ Dataran Muara Sungai Melaka.

Apabila di google-google memang tak jumpa sangat exact location utk Taman Rempah ni (xtau kenapa..hahaha.. lagi pula untuk pelancong macam saya yang memang tak berapa biasa dengan jalan di Melaka ni) :mrgreen:

Melaka River Cruise
laluan Melaka River Cruise

 

merancang perjalanan, dengan menganggarkan masa untuk ke sana

 

Oleh sebab tiada jawapan yang pasti dari mana tempat yang sebenar nak saya beli tiket (ketika tu saya dari Bustel Klebang, Pantai Klebang), saya pun terus taip kat Waze je “Melaka River Cruise Boarding Port”

Alhamdulillah dapat juga sampai betul-betul sekitar jam 10.40 malam (tiket terakhir adalah pada jam 11 malam) di Taman Rempah tu.

Waktu Operasi Melaka River Cruise

Nak naik bot @ cruise ni ada 2 sesi.

Siang & malam.

Berdasarkan review yang telah saya study dulu sebelum nak ke sini, 9/10 menyatakan lebih best untuk naik cruise pada waktu malam. Ini kerana:

  • faktor siang – panas & terik
  • bau sungai lebih kuat pada waktu siang
  • malam – banyak lampu yang menerangi objek di kiri & kanan
  • malam – suasana yang lebih sejuk & romantik sepanjang pelayaran

Harga Tiket Melaka River Cruise

Mesti ambik tahu dulu tentang ni jika anda nak sediakan wang yang secukupya untuk seisi keluarga sama-sama naik bot ni.

Harga ketika musim cuti sekolah/Jumaat, Sabtu & Ahad:

Dewasa, 13 tahun ke atas (MyKad): RM15.90

Kanak-kanak, 2 – 12 tahun (MyKid): RM5.30

Warga emas, 60 tahun ke atas (MyKad): RM7.50

Pelajar IPT/ IPTS (Kad Pelajar): RM7.50

OKU Dewasa: RM7.50

OKU Kanak-kanak: RM5.30

Bayi ( bawah 2 tahun): PERCUMA

Kalau bukan cuti sekolah, ada murah sket khususnya untuk golongan dewasa (yang biru tu harga time cuti sekolah/jumaat, sabtu & ahad).

Antara Pemandangan Yang Menarik Sepanjang Pelayaran Sungai Melaka

ada banyak jambatan menarik sepanjang laluan. salah satunya jambatan ini.
Antara hotel yang femes kat situ
kafe batu keras…hihi
ferris wheel. syok tgk masa bergerak (boleh tgk kat video)

& banyak lagi pemandangan yg menarik termasuk lukisan yang cantik (mungkin siang lagi clear kalau nak capture) serta …

tak lupa juga pada anak kecil yang sedang keletihan ni….hihi.. :mrgreen:┬á

Video Gambaran Suasana Malam di Melaka River Cruise

Alhamdulillah dapat snap sket.

Masa ni dalam jam 12 pagi +. Mata memang tak sempat ngantuk layan keindahan kanan, kiri depan semua lah. Subhanallah.

Antara yang menarik pada pandangan saya:

  • lukisan-lukisan pada bangunan di sepanjang Sg Melaka tu
  • suasana lampu malam yang romantik & indah
  • kerjasama seluruh penduduk/rakyat/ kerajaan negeri┬áMelaka yang terlibat untuk menjadikan kanan & kiri sepanjang pelayaran menjadi “live” walaupun dah lewat malam

Alhamdulillah berbaloi datang sini.┬á ­čÖé

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

 

Rujukan Tambahan:

  1. http://www.ppspm.gov.my/
  2. http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge