anak mudah tidur awal

Cuti Sekolah Haru Biru? Tips Anak Mudah Tidur Awal Waktu Malam

Hai apa khabar semua? Harapnya kita semua berada dalam keadaan yang baik-baik saja hendaknya. In shaa Allah.

Musim cuti sekolah memang anak-anak akan mudah bosan kalau kita mak ayah tak sediakan/ rancang aktiviti untuk mereka. Saya ada kongsikan 10 idea aktiviti cuti sekolah yang mungkin mak ayah nak cuba apply pada anak-anak.

Ada pula isu, anak-anak payah nak tidur awal di malam hari. Kalau dewasa senang jek, telan Ostematrix settle. Ni saya share apa yang saya praktikkan untuk anak-anak kami supaya anak mudah tidur awal & bangun pagi lebih awal.

anak mudah tidur awal

3 Tips Anak Mudah Tidur Awal Di Malam Hari – Tidur Nyenyak & Bangun Segar Esok Pagi

Anak-anak kami 3 orang. Sulong 9 tahun (abang), si kakak 5 tahun & adik 2 tahun. Kalau cuti sekolah, memang sama naik lah semuanya still awake sampai malam.

Si abang kan dah gi sekolah, jadi beliau tahu lah, sekarang cuti sekolah, patutnya tak perlu nak bangun awal bagai. Otak dah set camtu.

Si kakak pula, bila ibu suruh tidur awal siap tanya, ” Ibu, esok sekolah ke?”

Si adik tak payah cakap banyak. Abang & kakak aktif, dia pun tumpang sama. Jadinya, ibu kena buat sesuatu supaya semua anak jangan sampai jadi Zombie di tengah-tengah malam.

(1) Tutup Televisyen

Televisyen adalah most culprit for most people. Jangan kata anak-anak, mak ayah pun kalau memang jenis layan drama bersiri/ rancangan TV tertentu, confirmed duk bersengkang mata lagi nak tahu episod seterusnya.

Dulu saya lah tu.

Kalau terlayan drama A, aduh runsing nak tahu apa jadi pada episod lepas tu. Kalau khatam drama Korea kat CD/DVD plak, haih sampai overnight melangut habiskan semua episod. Mak pun pernah jeling, tak suka  😆

Jadinya start saya serius buat bisnes Shaklee, saya praktikkan TIADA TELEVISYEN dalam rumah. Televisyen ada, tapi tiada fungsi TV (tak aktifkan untuk siaran televisyen)

(2) Hadkan Gajet

Gajet ni banyak jenis. Smartphone, ipad, playstation, apa-apa sajalah lagi, malah televisyen juga boleh jadi gajet kegemaran anak-anak.

Smartphone setakat ni Alhamdulillah bukan untuk mainan anak-anak kami. Semoga kami suami isteri dapat istiqamah melatih anak-anak tentang ni. Aamiin.

Macam kami yang dah tiada siaran televisyen ni, gajet anak-anak kat rumah adalah Youtube di skrin TV tu.

Kalau tak pantau, memang sehari suntuk juga diorang ni boleh khatam macam-macam rancangan kat Youtube tu. Si abang minat 5-minute craft, si kakak dengan Pencil Mansion, si adik nak Omar Hana, Eva & Dave. Bersambung-sambung.

Maka, ibu buat peraturan, hadkan masa menonton.

(3) Bersenam Waktu Petang

Anak masih susah nak tidur awal? Asyik melayan TV & gajet sampai tengah malam? Apa kata ikhtiar cara ini pula.

anak mudah tidur awal

Rajin-rajinkanlah ajak anak-anak bersenam di waktu petang. Biar semua penat berpeluh di petang hari, in shaa Allah malam pasti mudah nak tutup mata lebih awal.

Cubalah.

Itu saja 3 tips untuk anak mudah tidur awal yang saya memang praktikkan untuk anak-anak kami.

Untuk terus istiqamah, kita digalakkan untuk terus praktikkan sekurang-kurangnya 40 hari. Semoga bermanfaat  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge