desa cattle dairy farm

Catatan Kembara Sabah (Part 2) Pengalaman di Desa Cattle Dairy Farm Bersama Keluarga

Untuk yang terlepas entri sebelum ni, boleh baca catatan kembara kami ini:

Day 1 Sabah

Day 2 Sabah

  • Mencerap gunung Kinabalu
  • Lawat Strawberi Farm Mesilau
  • Desa Cattle Dairy Farm
  • Balik Homestay-berkemas & check out
  • War Memorial Park
  • Rumah Terbalik Tamparuli
  • Check in Sky Hotel Kota Kinabalu (KK Sky Suite Apartment)
  • Makan malam di Pasar Todak

Pengalaman Kami Sekeluarga Ke Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Kami menginap di Homestay Mesilau. Jadinya untuk aktiviti mencerap Gunung Kinabalu, bergambar & buat v-logs sangat mudah dibuat di balkoni rumah saja.

Begitu juga dengan aktiviti memetik strawberi. Hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit.

Lepas sarapan (makan megi dalam cawan, dibawa adikku), kami terus bersiap keluar ke Desa Cattle Dairy Farm pula. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit dari homestay Mesilau yang kami duduk ni.

Terlajak pula sampai ke Pekan Kundasang😅

Sebabnya papan tanda arah nak ke Dairy Farm tu tak kelihatan dari arah homestay kami. Internet pula lagging tiba-tiba.

Kebetulan minyak tinggal 2 bar, kami singgah isi petrol dulu kat Pekan Kundasang.

Kat sini stesen minyaknya kena bayar guna cash saja. Belum ada kemudahan untuk guna kad kredit.

Menarik di Desa Cattle Dairy Farm

desa cattle dairy farm

Kat Desa Dairy Farm ni wajiblah cuba:

  • Gelato (ais krim dari susu lembu segar)
  • Susu Desa

Gelato aiskrim ni RM5 sebekas. Ada 2 perisa.

Yang paling ramai antara kami sekeluarga pilih adalah yang rasa coklat. 1 perisa lagi adalah rasa yogurt (warna krim, mula-mula ingat rasa vanila..hihi)

desa cattle dairy farm

Lain-lain produk pun best macam yogurt, ayam popcorn & piza.

Susu Desa ni kalau nak beli banyak-banyak lagi boleh beli di Kota Kinabalu juga. Banyak dijual dalam pasar raya di sana macam Bataras Hypermarket.

Ada 3 jenis perisa susu Desa.

  • Susu segar asli (paling murah, RM3+)
  • Susu perisa coklat (sederhana, RM4+)
  • Susu perisa kopi (yang paling mahal, RM5+)

Harga Tiket Masuk ke Desa Cattle Dairy Farm

Oh ya, untuk masuk ke ladang ni, wajib bayar dulu di entrance depan. Ala-ala drive thru.

Dewasa : RM4.70 seorang

Kanak-kanak/ pelajar sekolah (7 tahun – 12 tahun) : RM3.80 seorang

Wajib bergambar kat sini.
Ala-ala New Zealand gitu😆

desa cattle dairy farm

desa cattle dairy farm


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

4 thoughts on “Catatan Kembara Sabah (Part 2) Pengalaman di Desa Cattle Dairy Farm Bersama Keluarga”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge