Doa Semasa Hamil Yang Diamalkan oleh Ibu Anak Cerdik & Solehah

doa semasa hamil

Sebelum tu, nak tanya, anda gembira x hari ni?

Jika tengah sedih-sedih, ada tips & rahsia untuk kita boleh sama-sama tersenyum & ceria walau mungkin kita sedang ada masalah.

Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.

Ok.. Dah boleh senyum?

Alhamdulillah.. Berbalik pada cerita doa semasa hamil tadi..

Saya mengenali upline saya yang tinggal di Shah Alam ini melalui blog popular beliau, www.vitamin.ibucergas.com.

Walaupun usianya lebih muda setahun dari saya, namun saya kagum dengan ilmu yang beliau & suaminya ada terutama dari segi ilmu pemasaran online & ilmu yang berkaitan dengan kesihatan anak-anak.

Pn Farha Maskuriy (founder blog ibucergas.com) & seisi keluarganya

Ketika saya datang ke rumah mereka berdua untuk menimba ilmu menulis blog menggunakan platform WordPress ini, saya tertarik dengan kepetahan anak sulong mereka, Husnul Iman. Ketika itu Iman baru berusia 3 tahun lebih. Si Iman ni bukan hanya petah berbahasa Melayu (standard umur kanak-kanak), malah lagi laju dia menuturkan bahasa Inggeris.

doa semasa hamil

Husnul Iman yang telah aktif beraktiviti seawal 2 tahun, 3 tahun lebih dah pandai menulis, hampir berumur 4 tahun dah pandai membaca, 4 tahun lebih dah ada bakat ber ‘baking’

Kami tertanya-tanya apa doa semasa hamil yang Puan Farha Maskuriy ni amalkan?

Hasil perbincangan di dalam group whatsapp kami adik beradik Team Cergas baru-baru ini, dapatlah kami semua berkongsi dari upline kami ni doa yang beliau & suami sama-sama baca sepanjang beliau mengandungkan Iman. Iman juga adalah anak yang hanya diberikan susu ibunya sekurang-kurang 2 tahun.

Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
penyembuhan yang tidak ada meninggalkan penyakit.
 
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik &
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau & kepada RasulMu.
 
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah & selamat.
 
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal & pandai, alim & beramal.
 
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya,
fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al Quran & hadith
dengan berkat Nabi Muhammad SAW & segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
 

Seperti yang diamalkan oleh Puan Farha ketika mengandungkan Husnul Iman, mungkin banyak lagi doa semasa hamil yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang hamil tidak kira pada trimester yang ke berapa pun.

Untuk mendapatkan zuriat yang baik, soleh/ solehah, baik sifat & sempurna, bukan doa sahaja yang dituntut untuk kita amalkan.

doa semasa hamil

hehe.. gambar sekadar hiasan..

Amalan-amalan ketika ibu hamil di samping berdoa semasa hamil:

  • Pemakanan yang baik, seimbang & cukup nutrisi seawal 3 bulan sebelum hamil
  • Makanan kesihatan tambahan bagi menampung kelopongan zat pada sajian utama yang diambil
  • Menjaga hubungan yang baik sesama ahli keluarga terutama pada suami, mentua & kedua ibu bapa terutama jika mereka masih hidup
  • Menjaga pertuturan & perbuatan tidak kira kepada sesiapa saja mahupun ketika berurusan dengan makhluk Allah yang lain seperti haiwan
  • Solat fardhu di awal waktu
  • Membanyakkan zikir & bacaan Al Quran (boleh juga sambil mendengarkannya)
  • Bersedekah walau sedikit
  • Rehat & riadah yang cukup

Mungkin ada banyak lagi perkara yang baik boleh diamalkan termasuk menolong memudahkan urusan orang lain.

Sebagai contoh, jika kita adalah seorang ibu bekerjaya yang bertugas di mana-mana kaunter berurusan dengan orang lain, amalan baik yang kita patut amalkan adalah membanyakkan senyum & segera dalam menyelesaikan urusan mereka.

Sebagai ibu, kita mungkin tidak sedar tingkah laku kita semasa hamil banyak mempengaruhi sifat & tingkah laku anak-anak yang kita lahirkan.

Saya juga pernah membaca satu buku tulisan Dr Tengku Asmadi yang bertajuk, Teknik Memotivasikan Anak cara Positif.

Dalam buku ini sebenarnya ditujukan khas untuk ibu-bapa bagaimana nak melatih anak-anak menjadi insan hebat termasuklah bagaimana sumber pendapatan yang diperolehi oleh ibu bapa sangat mempengaruhi sikap anak-anak yang telah/bakal dilahirkan.

Sedikit sebanyak, apa yang kita dapat petik dari buku ini, pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah.

Ibu bapa adalah contoh terbaik buat anak-anak mereka.

Masih belum terlambat untuk kita menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak kita, inshaa Allah.

“Hari Esok Pasti Lebih Baik Dari Hari Ini”

Semoga artikel ini bermanfaat.

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

1 Response

  1. August 17, 2017

    […] Baca perkongsian saya tentang doa semasa hamil untuk zuriat yang cerdik […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.