cyst semasa hamil

Fahami Simptom & Jenis-jenis Cyst Semasa Hamil

Bukan semua ibu hamil mempunyai pengalaman diuji dengan kehadiran cyst (ovarian cyst) sepanjang tempoh kehamilan.

Mungkin anda tidak pernah mendengarnya kan?

Tanda & Simptom Kehadiran Cyst Semasa Hamil

Sekiranya anda hamil & mendapat simptom – simptom sebegini, segeralah lakukan pemeriksaan selanjutnya dengan doktor anda.

  • berasa tidak selesa di sekitar abdomen
  • sakit sepanjang berbuat hubungan kelamin
  • pendarahan yang tidak normal
  • kencing tak lawas (akibat tekanan dari cyst yang membesar)
  • muntah-muntah & demam

Kebanyakkan cyst yang terbentuk ketika hamil biasanya tidak mengganggu kandungan, namun ada certain cyst boleh menyebabkan keguguran.

Ultrasound & MRI antara alat yang selamat untuk memeriksa cyst semasa hamil samada ia adalah benign (tidak berbahaya) atau malignant (berisiko membentuk kanser)

Jenis -Jenis Cyst Semasa Hamil

Apa itu Cyst?

cyst semasa hamil
Cyst adalah kantung yang berisi air. Ovarian cyst dikaitkan dengan kehadiran kantung air tumbuh di dalam ovari ataupun berada di permukaan ovari.

Ada sekurang-kurangnya 3 jenis Cyst:

  • Follicular cyst – cyst jenis cecair
  • Corpus luteum cyst – cyst mengandungi cecair, darah
  • Dermoid cyst – cyst berbentuk rambut, cecair, tulang, isi

 

Punca Berlakunya Cyst Semasa Hamil

Cyst terutama follicular cyst boleh berlaku:

  • pernah ada sejarah ovarian cyst terdahulu
  • ada kitaran haid yang tidak teratur
  • datang haid pertama ketika berumur 11 tahun atau lebih awal
  • pernah mengambil ubat kesuburan
  • mempunyai masalah hormon tidak stabil
  • mempunyai lebihan lemak terutama di sekitar torso (dari dada ke perut)
  • sering stress atau sangat tertekan dalam hidup

 

Rujukan:

  1. The British Medical Association: Complete Family Health Guide
  2. [Management of an ovarian cyst during pregnancy].https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12876521
  3. http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/sdermoid-cyst#1
  4. https://www.thebump.com/a/corpus-luteum-cyst
  5. http://www.healthline.com/health/follicular-cyst#overview1



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Fahami Simptom & Jenis-jenis Cyst Semasa Hamil”

  1. Pingback: Rawatan Untuk Cyst Ketika Hamil - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge