rotavirus

Fakta Tentang Rotavirus & Langkah Pencegahan

Seperti perkongsian saya dalam entri sebelum ini, doktor telah mengesahkan kedua-dua anak kami telah dijangkiti virus rotavirus pada penghujung Oktober yang lepas.

Auni Batrisyia yang terlebih dahulu mengalami simptom cirit-birit ini tidaklah seberapa teruk keadaannya jika dibandingkan dengan si abang, Rafiuddin Afiq.

Rafiuddin pula secara tidak langsung mendapat pengalaman berharga dalam hidupnya. Jika dulu dia sangat takut kepada jarum suntikan (tak pernah berjaya nak mengambil sampel darah dia ketika dia demam lebih 3 hari dulu), sekarang dia telah alami lebih dari itu. Akibat rotavirus, Rafiuddin telah menjalani pembedahan membuang appendix nya yang telah dijangkiti.

rotavirus
berdegup jantung sepanjang menunggu di sini.. macam babak dalam drama tv plak

Bukan Rafiuddin je yang merasa pengalaman hebat ni, saya sendiri rasa bersyukur dapat mengiringi Rafiuddin hingga ke dewan bedah. Betapa gugup nya saya tapi terpaksa menunjukkan yang saya berani di hadapan anak saya ni. Apabila Rafiuddin dibius, saya terus diiringi keluar. Ketika itu, betapa berterima kasih saya kepada Allah kerana wujudnya nurse & doktor yang berani seperti mereka.

rotavirus
hasil pembedahan appendix Rafiuddin

Apa itu rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus perut yang mudah dijangkiti. Hampir semua bayi akan dijangkiti rotavirus sebelum usia mereka mencapai 5 tahun.

Terdapat pelbagai jenis rotavirus tetapi hampir 95% dari jangkitan di seluruh dunia adalah disebabkan oleh 5 jenis rotavirus yang lazim.

Kenapa rotavirus begitu serius?

Rotavirus mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa setiap hari. Malah, ia berkeupayaan menyerang tanpa amaran.

Jangkitan rotavirus mungkin disangka sakit perut biasa namun ia sebenarnya boleh melarat sehingga menyebabkan kes muntah-muntah atau cirit-birit yang melebihi 20 kali sehari. Keadaan ini boleh berlarutan sehingga 9 hari lamanya.

Apakah simptom-simptom pesakit rotavirus?

  • cirit-birit
  • muntah-muntah
  • demam

Kesemua simptom ini boleh mengakibatkan dehidrasi (kehilangan cecair badan).

rotavirus

Do & Don’t pesakit rotavirus

  • tidak minum susu/ sebarang produk yang mengandungi laktosa
  • tidak mengambil sebarang makanan/ minuman manis
  • hanya diberi minum air garam oralite / 100 plus / Performance Drink (saya pilih Performance Drink & air garam berbanding 100 Plus kerana kandungan gula dalam 100 plus yg tinggi.)
  • hanya diberikan makanan yang lembut seperti bubur nasi

rotavirus
cegah dehidrasi
rotavirus
hanya 2 sudu besar utk 500ml air
rotavirus
kalau dah xde sangat yang 2 atas ni, cari 100 plus edge ni. xperlu goncang buang gas sbb mmg xde gas

Sepanjang pengalaman kami menjaga Auni (1 tahun 6 bulan) yang dijangkiti rotavirus, pada mulanya memang dia agak merengek untuk meminta susu. Namun atas sebab tiada pilihan, Auni redha je akhirnya untuk hanya minum air garam & Performance Drink yang diberi. Untuk memudahkan pemberian air dehidrasi ni, gunakan botol susu kegemarannya.

Bagaimana rotavirus boleh tersebar & merebak?

Rotavirus boleh tersebar dengan mudah melalui sentuhan. Pesakit yang baru lepas keluar dari tandas mempunyai peluang yang tinggi menyebarkan virus ini tidak kira samada dia menyentuh objek lain selepasnya atau pun menyediakan makanan selepas itu.

Pengendali lampin bayi yang dijangkiti rotavirus juga mempunyai peluang yang tinggi merebakkan rotavirus ini.

Adakah bayi saya dilindungi?

Sekadar membersihkan rumah & kerap mencuci tangan sahaja tidak cukup untuk melindungi bayi kita daripada jangkitan rotavirus.

Menurut Merck Sharp & Dohme Malaysia, sabun dan produk pencuci yang lain tidak dapat membunuh virus ini. Ia mudah merebak dan mampu hidup selama beberapa minggu pada barang-barang mainan dan permukaan di dalam rumah.

Berdasarkan laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (2012), wabak rotavirus di Perak pada 2012 telah mengakibatkan sejumlah 2,236 kes gastroenteritis. Dua orang bayi yang berusia 2 & 10 bulan telah dilaporkan maut akibat jangkitan.

Bagaimanakah saya boleh melindungi bayi saya?

Terdapat vaksinasi yang dapat mencegah jenis-jenis rotavirus yang paling lazim. Vaksinasi ini diberikan secara oral tanpa kesakitan.

Menurut info dari blog Dr Zubaidi, terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di pasaran, iaitu

  • vaksin Rotarix (keluaran GlaxoSmithKline)
  • vaksin Rotateq (keluaran Merck & Co)

Namun, disebabkan setakat hari ini, sumber bagi kedua-dua vaksin ini adalah dari porcine circovirus (berasal dari babi), maka jika ia bukanlah wabak yang memberi kemudharatan (sehingga tiada pilihan lain), mengelakkannya adalah lebih baik.

Pada pendapat saya sendiri, banyak persediaan yang dapat kita lakukan. Antaranya adalah

  • berusaha untuk memastikan kebersihan seawal dari rumah terutamanya di dalam tandas
  • melatih seisi rumah untuk menggunakan sabun disinfectant seperti dettol setiap kali keluar dari mana-mana tandas
  • menyediakan pelan insuran/ takaful kesihatan untuk seisi keluarga.

Menurut pengalaman kami yang anak-anak telah warded sehingga 3 hari 2 malam ini, sekurang-kurangnya RM2,000 diperlukan untuk seorang anak yang dijangkiti rotavirus dirawat di Hospital Pakar Swasta.

Bagi kos termasuk pembedahan membuang appendix akibat jangkitan ini pula, pembiayaan total adalah hampir RM10, 000. Alhamdulillah suami saya ada mendaftarkan kami seisi keluarga dengan pelan perlindungan ini. Inshaa Allah anak-anak yang telah dijangkiti mempunyai antibodi nya secara semulajadi.

 

Alhamdulillah setelah masuk hari ketiga berada di dalam wad paedriatik, anak-anak kami telah boleh discaj. Auni dapat discaj lebih awal pada pagi Jumaat tersebut manakala Rafiuddin pula pada sebelah petangnya.

rotavirus
Auni yang tidak sabar untuk pulang

Rafiuddin pun dah beransur ceria & kembali aktif bermain. Cuma kami tak menghantar dulu dia ke tadika full day risau kelasakkan di kalangan kawan-kawannya yang lain.

Inshaa Allah review dengan doktor pakar untuk kedua-dua kes ini pada 6 hb ni.

Akhir kata, jika kita ditimpa musibah, berfikiran postif sahaja. Tabah & redha menghadapi setiap kesukaran. Kerana di sebalik kesukaran, ada hikmah yang kita mungkin tidak ketahui secara automatik.

Semoga artikel ini bermanfaat 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge