garlic complex

1001 Tentang Garlic Complex: Apa Ada Pada Bawang Putih Ni?

Dulu semasa bekerja sebagai Penolong Pegawai Penyelidik secara sementara dalam sebuah makmal bioteknologi di UTM Skudai, saya didedahkan dengan pelbagai projek penyelidikan yang sangat menarik.

Salah satunya adalah projek bawang (PhD) yang telah disempurnakan oleh rakan makmal kami. Dah dapat title Dr dah pun kawan kami ni. Alhamdulillah.  🙂

Apa yang menarik, dalam kajian tentang kandungan yang ada dalam bawang ni (masa tu kawan saya guna bawang holland), ia dapat digunakan untuk menentukan kehadiran formalin dalam makanan.

Eh tapi sebenarnya saya nak share pasal garlic complex… jauh pula mukadimah. Maaf. :mrgreen:

Apakah Garlic Complex?

Garlic complex ni merujuk kepada bawang putih la.

Bawang putih ni, banyak khasiat tau! Rugi siapa yang tak suka makan bawang putih. 😉

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih mengandungi vitamin & mineral seperti:

  • Mangan
  • Vitamin B6
  • Vitamin B1
  • Vitamin C
  • Tryptophan
  • Selenium
  • Kalsium
  • Fosforus
  • Kuprum
  • Protein
  • Carotenoid (lutein & zeaxanthin)

Selain khasiat di atas, bawang putih juga mengandungi 1 sebatian sulfur yang unik yang dikenali sebagai allicin.

Mukadimmah tadi nak tunjukkan bahawa dalam spesis/ keluarga bawang @ keluarga allium (xkiralah bawang besar ke, bawang putih ke), memang ada sebatian kimia khusus yang dinamakan allicin yang sangat berperanan dalam kehidupan seharian kita.

Apa pula allicin?

Allicin kalau dengan bahasa mudahnya adalah sebatian kimia yang terhasil (dibantu tindakan enzim) apabila bawang putih dipecahkan/diketuk/dihiris.

Lagi halus kita racik/pecahkan bawang putih ni, lagi tinggi peratusan allicin yang akan terhasil. Saya pernah share bagaimana terhasilnya allicin ni kat entri tentang khasiat sayur & cara memasaknya ni.

Allicin adalah fitonutrien yang memberi nilai tambah pada seulas bawang putih.

Antara kelebihan atau sifat yang terdapat pada allicin:

  • antara yg bertanggungjawab buat mata kita pedih ketika potong bawang!  :mrgreen:
  • lagi kuat bau bawang putih, khasiatnya lagi banyak!
  • potensi sebagai anti-keradangan
  • bersifat anti-virus & anti-bakteria
  • bersifat anti-kolesterol, anti-kanser & anti-oksidan
  • membantu dalam menentang risiko selesema biasa

Garlic Complex Shaklee

Keistimewaannya:

  • diperbuat dari bawang putih  jenis premium yg ditanam secara organik di California, USA
  • dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba bagi mengekalkan 100% allicin aktif
  • ditambah dengan kombinasi 2 ekstrak herba (spearmint & rosemarry)
  • setiap 2 tablet bersamaan khasiat 2 ulas bawang segar (= 1000mg ekstrak bawang putih segar)

Kuantiti 1 botol:

  • 60 tablet (untuk kegunaan 1-2 bulan)

8 Fungsi & Manfaat Garlic Complex Shaklee

(1) Antibiotik semulajadi yang selamat utk kegunaan jangka panjang bagi meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan seperti:

  • selesema
  • kulat
  • kuman
  • virus
  • yis candida (antara punca masalah keputihan wanita)

(2) Membantu menghalang alergi yang kebiasaannya mengganggu sistem pernafasan kita. Ini termasuklah:

  • sinus
  • alergi
  • asthma
  • selesema
  • hepatitis

(3) Membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman. So, kalau korang ada masalah macam:

  • kembung perut
  • gastrik
  • makan x hadam

Bolehlah ikhtiar ni juga berbanding perlu telan macam-macam ubat sintetik.

(4) Membantu merendahkan tekanan darah yang tinggi

(5) Membantu dalam proses detoksifikasi. Bawang putih mampu melindungi sel darah dari kemusnahan akibat pencemaran/ terdedah dengan logam berat serta membantu menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

(6) Membantu menurunkan kolesterol. Selain fungsi ini, garlic complex berperanan dalam mengurangkan kelikatan darah & seterusnya dapat membantu mengurangkan masalah darah beku.

 

(7) Membantu mencegah kanser. Bahan pencetus kanser  & bersifat karsinogenik seperti nitrosamine dapat dikurangkan dengan pengambilan garlic complex yang konsisten. Nitrosamine ada terkandung dalam produk rokok.

(8) Membantu seimbangkan gula dalam darah.

Bagus juga untuk mereka yang mempunyai masalah gula berlebihan dalam darah. Boleh ikhtiar ambil garlic complex ni juga.  🙂

Banyakkan manfaatnya? 😉

Berbaloi sangat ada sebotol Garlic Complex ni untuk setiap rumah!  😀

Baca Testimoni Garlic Complex

Sekiranya anda berminat nak ikhtiar secara semulajadi dengan Garlic Complex Shaklee ni, boleh terus menghubungi nombor tertera.
Terima kasih & semoga bermanfaat 😀

Perlukan vitamin Shaklee & Konsultasi?

019-7646021

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Izinkan kami membantu anda kerana kami adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah

COD diterima di seluruh Skudai, Johor Bahru, Permas Jaya, Senai & Kulaijaya

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Rujukan:

  1. http://therightnutritionplan.com/2011/06/hidden-health-benefits-of-garlic-and-onions/
  2. https://chempics.wordpress.com/tag/allicin/

2 thoughts on “1001 Tentang Garlic Complex: Apa Ada Pada Bawang Putih Ni?”

  1. Pingback: 11 Testimoni Garlic Complex Shaklee Terbukti Terbaik Untuk Kesihatan - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge