Giveaway: GA & Mini GA

giveaway

Sebelum saya kenal Giveaway ke GA ke, memang saya tak tahu apa-apa pun kaitannya dengan kewujudan blog, entri dan yang sewaktu dengannya.

Sehinggalah masa saya attend kelas SEO under TeamIbuCergas ketika Ramadhan yang lalu, memang barulah tahu, Giveaway ni antara sebahagian dari cara untuk menaikkan trafik ke blog kita juga.

Sepanjang 2 Giveaway (Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com) & Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih) yang baru saya sertai sejak September 2014 ni, ada

5 Perkara Yang Saya Tahu Tentang Giveaway

  1. Blogwalking
  2. Sponsorship
  3. Prizes
  4. New Connections
  5. New Traffic

(1) Blogwalking

  • Antara sebab untuk merajinkan diri berjalan-jalan sambil tinggalkan jejak dan komen di blog peserta Giveaway yang lain adalah juga mungkin antara kriteria kita boleh dipilih sebagai pemenang.. hehe.. who knows..
  • Actually bila kita rajin singgah sana sini sambil tinggal jejak, kita juga dah menarik trafik orang ke blog kita.

(2) Sponsorship

  • Oh jangan tak tahu, lagi banyak join sponsor, lagi tinggi kadar trafik ke blog kita akan meningkat. Bayangkan kalau 100 orang yang join satu-satu Giveaway tu pakat-pakat share pulak entry diorang ke public, tak ke banyak follower tu nanti?
  • Jadi, jom jadi pemurah melalui Giveaway ni.. hehe.. nama pun nak memberi kan..
  • Bagi yang tercari-cari sponsorship untuk any Giveaway, boleh jugak contact saya after this, insyaa Allah, doakan rezeki kami di ProVide Network sentiasa mencurah-curah ya… TQ 🙂

iR Zaleha (019-7646021) – sms/whatsapp/telegram

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

(3) Prizes

  • Ni juga antara tujuannya kenapa ramai je bloggers macam saya ni minat sungguh nak join Giveaway.. hehehe.. Biasanya boleh menang wang tunai, barang-barang & produk ekslusif tajaan blogger yang sponsor tu la..
  • Jika ada blogger yang singgah nak ajak saya join Giveaway, dipersilakan ya untuk tinggalkan jejak di ruangan komen nanti.. Later i follow you ok 😉

(4) New Connections

  • Kita dapat ramai kawan blogger yang terdiri dari pelbagai bidang dan background untuk kita saling share info antara satu sama lain.. Bila kita saling follow-mem’follow’ ni, ia juga antara cabang silaturrahim tau, insyaa Allah. Dengan niat yang baik, dengan izin Allah, ada hikmah terbaik di sampingnya nanti 🙂

(5) New Traffic

  • Kalau sebelum ni, kita mungkin syok sendiri je mengarang entri, tapi lepas ni, insyaa Allah dah tak sunyi dah counter kita tu. Tup tup bertambah la trafik korang nanti bila rajin join Giveaway terutamanya yang join as sponsor Giveaway la 😆

Akhir kata dari saya, salam perkenalan & salam ukhuwah dari saya, Zaleha ProVide Network buat semua rakan-rakan blogger yang sudi singgah ke sini.

giveaway

giveaway

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge