GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE

Saya tertarik nak menyertai giveaway dari Ariescape Shoppe ni antara sebabnya adalah hadiah & cara nak join giveaway ni pun ada unik sket. Ada kena usaha lebih sket dari giveaway yang sebelum ni..

Anyway tahniah untuk Ariescape Shoppe atas pembukaan butik online beliau. Semoga dengan penganjuran giveaway sebegini akan merancakkan lagi promosi butik online beliau & mendapat kunjungan ramai, inshaa Allah.

Ok korang yang lain, jomlah sama-sama memeriahkan lagi giveway dari Ariescape Shoppe. Kalau korang lelaki, boleh bagi isteri/emak/ makwe korang pakai jubah dress cantik ni kalu menang. Sure lawa kan πŸ™‚

Sempat lagi korang sebab tarikh tamat Giveaway adalah pada 30 September 2014

 

[Sila klik banner di atas untuk sertai]
Bila ditanya,

“Mengapa saya rasa saya layak untuk menang dress dari Ariescape Shoppe?”

Sejujurnya ini jawapan saya:

Seumur hidup saya, belum pernah lagi ada sepasang jubah dress cantik. πŸ™

Kenapa?

Kerana saya memang tak pandai nak bergaya. Saya mempunyai kakak dan adik-adik perempuan yang memang pandai menggayakan dress. Saya juga ada rakan-rakan yang memang kelihatan cantik ketika memakai dress. Jadi mungkin dengan dress pertama saya ini akan mengubah perspektif lebih ramai wanita seperti saya untuk tampil lebih menarik tanpa perlu kepandaian dalam bergaya.

Jika saya menang dress ini, saya akan upload gambar saya bersama dress ini ke entry ini & share ke page Ariescape Shoppe πŸ˜€

Justeru, saya rasa saya layak untuk memenangi dress ini sekurang-kurang untuk mengubah personaliti saya yang mungkin agak membosankan (sebab selama ni saya hanya pakai baju kurung atau skirt labuh biasa dengan blouse… 😐 ) & paling utama mungkin boleh saya gunakan untuk menghadiri konvokesyen suami saya pada awal bulan November nanti.

& yang paling jujur nak dikatakan adalah saya bukanlah gadis slim. Saya bertubuh gempal dengan ketinggian 148 cm, makanya memang saya akui dress dapat mengubah penampilan seseorang untuk kelihatan lebih menarik. Oh sudah tentu saya ingin kelihatan lebih menarik pada pandangan suami saya!

Mana tahu suami makin suka melihat penampilan baru saya, kan?

dress jubah cantik
antara dress yang available di butik online ariescape shoppe
dress jubah cantik
antara dress yang menarik hati
dress jubah cantik
wah.. ni maroon.. lagila cun.. sesuai sgt untuk konvo UTM

Semoga hasratΒ  & impian saya untuk memiliki jubah dress cantik pertama saya dari butik online Ariescape Shoppe ini menjadi kenyataan πŸ™‚

Terima kasih Yana & salam perkenalan dari saya, Zaleha

 

 

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge