cara merawat parut jerawat

Hasil Tenusu Punca Jerawat Makin Teruk | 7 Cara Merawat Parut Jerawat

Tahukah anda, selain faktor pemakanan tinggi gula, antara punca jerawat boleh jadi semakin teruk adalah pengambilan hasil tenusu (susu, keju & yang sewaktu dengannya)?

Ada satu kajian yang dibuat di Harvard School of Public Health, mengaitkan hasil tenusu ini boleh menggalakkan cetusan hormon insulin yang tinggi. Hormon insulin meningkatkan kehadiran radang dalam tubuh, seterusnya merangsang aktiviti hormon-hormon lain di dalam badan.

Hormon yang bertanggungjawab terhadap penghasilan sebum seperti testosteron (wanita juga ada sedikit hormon ini) tercetus, menyebabkan banyak jerawat boleh terhasil.

cara merawat parut jerawat

Anda yang ada parut jerawat. Mesti tak suka & nak get rid parut jerawat kan? Saya nak kongsikan ada 7 cara merawat parut jerawat dengan berkesan!

7 Cara Merawat Parut Jerawat Dengan Berkesan & Selamat

(1) Banyakkan Makan Buah

Antara buah-buahan yang bagus diambil membantu merawat parut jerawat adalah:

  • buah anggur
  • buah strawberry
  • buah nenas
  • buah oren
  • buah lemon

Buah-buahan ini kaya dengan AHA (Alpha hydroxy acids). AHA adalah asid yang hadir semulajadi dalam buah-buahan. Dalam masalah parut jerawat, AHA membantu menyingkirkan sel kulit mati.

cara merawat parut jerawat

(2) Elak Gula Putih

Tukar kepada pemanis yang lebih semulajadi & organik. Gula putih hanya menambahkan lagi kerosakan pada kulit wajah kita kerana gula putih menggalakkan radang dalam tubuh.

(3) Elak Makanan Proses

Makanan proses seperti sosej, nugget & yang seumpama adalah antara makanan pencetus radang, punca masalah jerawat lebih berleluasa.

(4) Elak Mekap / Guna Mekap Berasaskan Organik @ Lebih Berkualiti

Berhenti guna mekap sekiranya mekap anda mekap murahan & bukan berasaskan air serta bukan dari sumber yang organik.

Mekap boleh menutup pori muka seterusnya menambahkan lagi kerosakan pada wajah.

(5) Elak Stress, Cukupkan Rehat

Stress hanya menambahkan lagi mudarat pada kulit kita. Be happy & selalulah bertenang serta bersikap positif.

Dapatkan tidur yang merehatkan juga. Pilih untuk tidur malam lebih awal (sekitar jam 10-11 malam), dan cuba untuk bangun pagi lebih awal (sekitar jam 4-5 pagi)

(6) Pakai Masker & Pakai Sunblock

Buat masker yang simple & natural.

Antara masker yang simple adalah menggunakan yoghurt asli (plain) tanpa perisa tu. Kalau suka minum ESP Shaklee boleh juga buat masker menggunakan based ESP. Senang & hanya guna sedikit saja.

Sunblock penting untuk mengelakkan sinaran UV dari terus-menerus menggelapkan kesan parut pada wajah.

Gunakan sunblock yang sesuai, boleh juga try sunblock berasaskan natural source dengan SPF 50 dari Youth Skincare ni

(7) Cukupkan Nutrisi – Ambil Suplemen Khusus Untuk Kulit

Vitamin yang bagus untuk merawat parut jerawat adalah:

  • vitamin A
  • vitamin C
  • vitamin E
  • zinc

Kalau ambil suplemen Shaklee, boleh dapatkan khasiat vitamin A dalam Carotomax, vitamin C dari Sustained Release Vita C Plus, vitamin E dalam Vitamin E Complex & zinc ada dalam Zinc Plus.

Semoga 7 tips ni membantu.

Sekiranya berminat untuk berikhtiar dengan mana-mana produk/ vitamin semulajadi Shaklee, boleh terus hubungi saya di 019-7646021 atau klik wasap di bawah untuk respon yang lebih pantas.

pengedar Shaklee Skudai

 

Rujukan:

  1. Nutri-cures | Foods & Supplements That Work With Your Body to Relieve Symptoms & Speed Healing; Alice Feinstein; Rodale Inc; 2010
  2. The Benefits of AHA for the Face (https://www.livestrong.com/article/157154-the-benefits-of-aha-for-the-face/)
  3. How to Best Treat Acne Scars (https://www.healthline.com/health/acne-scars)



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge