Hello Kitty Town Malaysia : Apa Yang Menarik Sampai Anak-Anak Suka Sangat?

Comel je anak-anak saya ini melompat riang bila saya bagitahu mereka yang ibu nak bawak pergi main kat Hello Kitty Town tu.

Sangat-sangat last minute plan.

Asalnya pagi ni nak buat butter cake untuk anak-anak & suami.

Bila geng tsunami Shaklee yang datang dari Perak & Selangor ajak mingle & cross-coaching kat Hello Kitty Town tu terus ubah fikiran untuk join diorang.

Actually best sangat ke pergi Hello Kitty tu?

7 Sebab Mengapa Hello Kitty Town Destinasi Best Untuk Anak-Anak

Haha.. 7 sebab tu.. Tak boleh move on betul  :mrgreen:

1. Aneka Watak Kartun Yang Comel

Kat Hello Kitty Town tu bukan ada watak Hello Kitty je ya.

Ada banyak lagi watak kartun lain yang comel. Antaranya yang saya boleh recall, ada Pingu, Bob The Builder, Thomas & Friends, Barney & Friends.

Jadi kalau ada anak-anak lelaki pun diorang pasti enjoy!

2. Permainan Yang Menarik

  • Wishful studio (hias & makan biskut, buat badge, buat paperbag, bergambar dengan costume)

hello kitty town
Vivix pun nak interframe gak :p

 

  • Hello Kitty in OZ

  • Bobs the Builder Play Structure
  • Pingu’s Igloo
  • Barney’s Playhouse & Maze
  • Harold’s Helitours Ride

  • Bertie the Bus
  • Knapford Station Thomas Train RideL7
  • Windmill Ride
  • Collin Crane Drop Ride

hello kitty park

& banyak lagi termasuk kelas dance studio.

Rafiuddin sampai dah hujung masa, asyikla mintak nak main lagi.

Enjoy sangat tengok dia & Auni main. Alhamdulillah syukur dapat reward diorang kali ni.

Tapi tak semua Auni (3tahun +) boleh main.

Ada permainan yang dikhaskan untuk anak-anak dengan ketinggian 110cm. Tapi tak banyak sangatlah.

Most of the game memang untuk semua kanak-kanak & yang ketinggian lebih 90cm.

Kalau ada toddlers yang below 90cm, boleh join selagi ibu bapa ada sekali.

Macam Lutfi yang baby ni untunglah kalau ibu naik sekali, dia pun melekap sekali dapat merasa.

3. Pertunjukkan Yang Menghiburkan & Santai

Ada pertunjukkan setiap beberapa jam. Boleh tengok kat tepi pentas kat situ. Ada papan yang tulis masa untuk setiap pertunjukkan.

Make sure set masa untuk tengok. Best sangat tengok diorang bercerita & menari.

hello kitty park
Buntang mata si Auni tengok hoverboard & kasut roda tu. Memang teringin betul dia dengan 2 gajet ni.

 

Santai juga sebab kat Level 2 tu depan pentas disediakan kusyen & bean bag utk duduk/ baring sambil tgk show.

hello kitty park
pertunjukkan yang santai & menghiburkan. Medium: English Language

 

Rafiuddin all the show sibuk nak angkat tangan volunteer jawab soalan & berdiri kat depan.

Agaknya dlm kelas aktif camtula kot dia ni.

4. Makanan Yang Enak & Berpatutan

Bagi saya, okla harganya untuk destinasi pelancongan camni.

Kami lapar sangat-sangat dah dlm jam 2petang tu. Sy ni lagilah kelaparan, almaklum ibu menyusu. Wajib gak cari nasi untuk lunch.

So tadi makan 2 set nasi ayam dengan air teh lemon ais, habis dalam RM32 camtu dah termasuk tax. Nasi ayam dia sedap, ayam pun besar & sayur pun banyak.

2 set nasi ayam ni kami makan 3 beranak. Alhamdulillah kenyang.

Selain nasi ayam, ada juga burger, kentang & ayam goreng. Makanan sampingan lain macam kek, coklat & candies pun ada. Semua ni di Level 3 (kafeteria).

Selain kat Level 3, kat level 1 di Hello Kitty Town pun ada juga tempat makan yg lebih ringan.

Kalau tak berkenan nak makan kat dalam ni, boleh je keluar sekejap makan di luar sekitar bangunan Puteri Harbour ni. Banyak lagi pilihan makanan yang ada.

5. Ruang Yang Lapang

Anak-anak boleh berlari dengan happy untuk ke setiap ruang kat setiap level.

So far ada 3 level.

Boleh naik dengan eskalator & lif juga.

Level 1: Sanrio Hello Kitty Town

Level 2: Bob The Builder, Angelina Ballerina, Pingu, Barney & Friends

Level 3: Thomas Town

Boleh je nak bawak stroller. Cuma kalau nak join aktiviti mcm Oz kat Level 1 tu, kena tinggalkan sekejap stroller kat luar bilik tu.

Mcm saya prefer guna SSC (soft structured carrier) je utk bawak Lutfi. Senang nak manage bila datang sorang dengan 3 anak.

6. Banyak Kemudahan Seisi Keluarga

  • Surau

Surau ada di level bawah sekali. Kena keluar sekejap dari Hello Kitty Town tu, boleh masuk balik lepas solat selagi tag masih kat tangan.

Surau tu kat depan je. Jalan kaki tak sampai 100 meter pun.

  • Ruang Penyusuan

Nak menyusu pun ok kat mana-mana lokasi yang ada kerusi/ lantai yang lengkap dengan mat.

Saya duduk je kat area anak-anak main sambil susukan Lutfi. Dah biasa ke mana-mana wajib pakai pakaian yang nursing-friendly.

Kalau rasa tudung tak cukup labuh, boleh guna ponco penyusuan untuk cover.

  • Tandas

Tandas ada di setiap level. Yang saya ingat sangat di level 3 tandas ni hampir je dengan tempat makan (kafeteria)

  • Kerusi Mengurut

Kerusi mengurut ada di Level 1 & Level 3. Elok sangatlah tu, terutama utk parents @ penjaga kanak-kanak recharge selepas mengejar anak-anak yg lari berkeliaran..hehehe :mrgreen:

  • Parents Lounge

Saya tak perasan sangat yang ni.

Bila dah balik belek peta dalam leaflet yang dapat masa mula-mula masuk tu baru tahu..hahah  😆

7. Layanan Yang Tiptop

Alkisahnya, si Rafiuddin ni main lasak sangat untuk 1 game masukkan bola tu sampai luka jarinya. Tak perasan sangat macam mana dia boleh luka.

Tau-tau je muka dah muram tak semangat nak sambung main.

Lepas tu bagitau kat sorang staf kat situ. Baiknya encik ni.

Dia bawak kitorang turun bawah untuk dressing luka Din tadi.

Baru tau dia tu pangkat macam Manager la kat situ.

Lepas luka Din dah dibalut plaster, bukan main happy lagi dia. Terus sibuk nak pergi main lagi. Haha  😆

So, dari segi hospitality tu memang terbaik!

Lokasi Hello Kitty Town

Hello Kitty Town ni terletak dalam bangunan bersebelahan hotel Somerset Puteri Harbour, Nusajaya @ Kota Iskandar.

Boleh waze je Sanrio Hello Kitty Town @ guna GPS Coordinate N 125.0 E 103 39.5

Boleh je parking di parking site luar bangunan (jalan kaki ke bangunan dlm 100 ~ 200 meter saja).

Belakang bangunan ni adalah Puteri Harbour. Boleh tengok pemandangan kapal-kapal berlabuh.

Harga Tiket

Dewasa & Kanak-kanak 3 tahun ke atas : RM85 seorang

Untuk mana-mana 1

  • Hello Kitty Town
  • Thomas Town

Tapi, RM125 jika ambil Two Park Pass terus.

Diskaun 20% jika bawak IC Mykad/Mykid tu masa bayar tiket.

Saya sangat rekemen untuk ambil Two Park Pass ni.

Sebab jimat & banyak aktiviti juga kita boleh involved kat Thomas Park tu.

So untuk seorang yg bawak IC MyKad/MyKid masuk Two Park Pass, lepas diskaun, harganya RM100.

Masa Operasi Hello Kitty Town

Dibuka setiap hari

10 am – 6 pm

So, plan baik-baiklah. Boleh stay lama sikit bagi peluang anak-anak main sampai puas.

Makanan & minuman dari luar tidak boleh dibawa.

Tapi kalau setakat nak bekal air kosong & biskut/roti untuk anak-anak alas perut tu ok in shaa Allah.

Untuk info lain, boleh call terus kat nombor ni:

1300 88 FAMILY (326459) => dalam Malaysia

+603-22039668 => luar negara

Tiket untuk ke Hello Kitty Town ini juga boleh dibeli terus secara online di www.puteriharbour.com

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
http://produkvitaminsemulajadi.wasap.my/
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge