Konsultasi Shaklee: Mendalami Ilmu Nutrisi & Perubatan Antara Value Added

Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ketiga saya serius dalam bisnes Shaklee.

Dalam bisnes ni, kami diajar untuk tidak menjual produk semata-mata, tapi wajib belajar untuk memberi konsultasi Shaklee yang sewajarnya kepada setiap customer kami.

Tanam Minat Membaca Bahan Ilmiah Untuk Beri Konsultasi Shaklee Yang Terbaik

Alhamdulillah, membaca memang hobi paling saya gemar sejak dulu lagi.

Alkisahnya bermula dari rahim ibu lagi.

Mak pernah cerita, masa mak mengandungkan saya, mak suka membaca.

Zaman mak masa tu (sekitar 80-an), beliau suka baca Majalah Wanita.
Korang tau tak, Majalah Wanita masa tahun 80-an banyak sangat input best. Resepi pun banyak.

Saya pernah nampak koleksi Majalah Wanita kepunyaan mak ketika di perumahan lama kami di Sungai Petani.

Agaknya sebab itulah kot, saya pun jadi sangat suka membaca

So kalau korang nak anak-anak rajin membaca, masa pregnant lagi kena start pupuk minat membaca tau.

Masa kecik-kecik (zaman tadika) saya suka baca buku kisah Nabi yg berilustrasi tu.

Almaklumlah, saya dulu mak ayah hantar ke Tadika Abim, memang islamik lah jugak seawal usia 6 tahun.

Saya masih ingat lagi, ayah belikan buku-buku yang bertajuk:

  • Tentera Bergajah Abrahah
  • Nabi Hud & Kaum Ad

2 buku cerita ni antara koleksi buku cerita terawal milik saya sendiri.

Then koleksi buku bertambah.

Ada buku yang saya dapat dari sekolah, sebagai hadiah prestasi peperiksaan akhir tahun.

Masa sekolah rendah juga saya dah mula selesai mengkhatamkan buku-buku novel siri penyiasatan “Enid Blyton”.

Baca novel siri penyiasatan ni memang buat saya leka sangat. Sanggup sengkang mata sampai lewat malam semata-mata nak baca sampai habis 1 buku.

Apabila semakin meningkat remaja,

Saya suka pula membaca buku-buku novel Inggeris & Melayu.

Antara buku novel Inggeris yg saya baca tu kebanyakkannya memang kakak sulong yg punya. Beliau borong re-used book di UK ketika beliau berada di sana menyambung pengajiannya.

Sejak dh terjebak dalam bisnes shaklee ni, hobi membaca jadi semakin memberangsangkan.

Kalau dulu banyak baca novel/ buku cerita,

Sekarang saya dah suka sgt baca buku nutrisi & yg berkaitan dengan kesihatan.

Seronok bila dpt tambah input baru. Paling kurang, rasa sangat puas hati tu datang bila dapat memahami masalah yang dihadapi oleh customer vitamin saya.

Yg sy kurang faham, sy akan direct rujuk pakar nutrisi & pakar perubatan dlm team kami.

konsultasi shaklee

Buku “The British Medical Association” tu best sangat.

Byk guide tntg penyakit/ anatomi manusia. Murah je beli kt AEON (kebetulan ada book fair masa tu).

Buku “Prescription for Nutritional Healing” tu sy kirim adik di Seri Kembangan belikan di Pesta Buku Big Bad Wolf kt Mid Valley.

Alergik betul dengar pesta buku.

Nasib je Big Bad Wolf jarang ada kt Johor Bahru ni

Kalu tak, saya la org yg selalu akan tercongok beli buku kat sana.

Banyak lagi kolesksi buku-buku ilmiah yang berada dalam simpanan saya. Alhamdulillah sedikit sebanyak menambah nilai kepada konsultasi Shaklee yang saya berikan.

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Vitamin & Konsultasi Shaklee
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

konsultasi shaklee

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

1 Response

  1. riangria says:

    produk shaklee ni telah membantu ramai org untuk hidup dengan sihat..
    riangria recently posted…KELEBIHAN BUAT DUIT DENGAN BISNES BAKERI DARI RUMAH UNTUK SURI RUMAH SEPENUH MASAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.