tips ibu berpantang selepas bersalin

Ibu Meroyan Hampir Bunuh Diri | Tips Ibu Berpantang Selepas Bersalin

Kalau nak cerita bab meroyan, depression yang dialami ibu-ibu selepas bersalin ni, memang tak tercerita sebenarnya. Macam-macam perasaan akan keluar. Sedih, marah, geram & macam-macam amukan perasaan.

tips ibu berpantang selepas bersalin

Kalau tengok balik keratan akhbar, kes ibu bunuh diri, kes ibu bunuh anak (Allahu, naudzubillahi mindzalik), rasa tak sanggup nak teruskan baca lagi. Enough!!!

Honestly said, sebagai ibu, saya taknak salahkan si ibu 100%. Jauh di sudut hati, rasa nak sangat peluk ibu tersebut & dengar segala luahan yang terpendam

Hakikat Berpantang Selepas Bersalin. Perlukah Ibu Berpantang?

Saya tak berapa arif nak kupas banyak.

Tapi, sebagai seorang ibu yang telah 4 kali merasa mengandung & melahirkan 3 bayi (1 kandungan gugur 11 minggu, kandungan pertama), saya terpanggil nak kongsi sedikit pengalaman berpantang selepas bersalin, yang hampir keseluruhan dipantau oleh mak & ibu mertua saya.

Alhamdulillah, saya bersyukur berkesempatan merasa prihatinnya mak & ibu sepanjang saya berpantang selepas bersalin ketiga anak kami. Alhamdulillah, perasaan & emosi agak stabil, tiada masalah kesihatan yang serius dihadapi.

Berpantang Perlu Demi Kesihatan Emosi & Fizikal Ibu

Namun, saya pernah juga rasa keadaan tidak sempurna berpantang sendiri ketika keguguran kandungan pertama.

MC (cuti sakit) yang saya dapat ketika betul-betul selepas keguguran itu berlaku hanya 3 hari. Effectnya, kepala saya sakit sangat, tak dapat langsung hadap komputer (saya adalah mantan jurutera kualiti di salah sebuah kilang).

To cut short, saya hanya dapat maksima cuti 14 hari, yang dipanjangkan sedikit demi sedikit oleh doktor di klinik panel & hospital kerajaan. Hakikatnya, kata orang yang lebih berpengalaman, sepatutnya tempoh berpantang gugur sama dengan tempoh berpantang bersalin anak.

3 Tips Ibu Berpantang Selepas Bersalin

Sebagai ibu yang menyokong tindakan berpantang selepas bersalin, saya nak kongsikan beberapa tips & panduan buat suami & isteri untuk sama-sama bersedia pada fasa post-partum (selepas melahirkan bayi). Bukan isteri je tau yang kena faham & tahu.

Penting untuk suami faham apa perubahan (fizikal & emosi) yang bakal berlaku selepas isteri melahirkan anak mereka.

(1) Tips Ibu Berpantang – Hubungan Suami Isteri

Harapnya semua faham lah kan.

Sebaik-baiknya suami elakkanlah dari menyetubuhi isteri dalam tempoh 100 hari berpantang. Selain untuk memastikan haid isteri kembali sempurna ikut kitarannya/ rahimnya semakin sihat, berpantang 100 hari juga memberi ruang untuk bayi 100% menikmati susu ibu sekurang-kurangnya eksklusif untuk 6 bulan.

Cara Berkesan & Semulajadi Menjarakkan Kehamilan

Katanya boleh guna perancang.

Macam saya, kami suami isteri sepakat & suami juga bersetuju untuk saya tidak mengambil sebarang pil perancang/ suntikan/ apa saja bentuk perancang ke atas diri saya untuk menjarakkan kehamilan. Jadi, kami memang follow pantang 100 hari tu & memastikan kitaran haid yang sempurna serta merancang secara lebih alami (kira hari subur & menggunakan kaedah buang luar)

(2) Tips Ibu Berpantang – Pemakanan Ibu

Ya, ada banyak “fatwa'” & versi bab pantang makan ni.

Yang buat lawak, pantang nampak, semua makan pun ada.. huhu.. Terpulang, terserah pada masing-masing untuk terima. Sebab badan kita ni nak pakai lama. Bukan setahun dua.

Kalau ikut orang utara punya style, ni “fatwa” sebelah mak saya lah:

  • Elak makan benda berangin seperti  (effect pada sakit urat, sakit badan, anak kembung)
  • Elak makan laksa setahun (yang ni banyak sebab, antaranya rujuk pada bunga kantan  yang bersifat sejuk & mengembang – effect pada rahim & kembung perut bayi; lepas tu, isunya lagi sebab laksa tu masak 2 kali; rendam laksa kering & rebus)
  • Elak makan telur & seafood serta ikan tertentu (elak gatal pada luka)
  • Elak minum ais setahun (elak perut bayi kembung & jaga aliran susu badan serta bentuk badan)
  • Elak makan nasi bertambah-tambah (ni untuk jaga bentuk badan)

Selain menjaga pantang larang, penting sangat ibu-ibu ikhtiar cukupkan nutrisi yang sempurna untuk ibu-ibu supaya emosi stabil, badan cepat recover & susu badan juga lancar buat bayi.

(3) Tips Ibu Berpantang – Luaran Fizikal Ibu

Basically, ada beberapa amalan:

  • bertungku
  • berurut
  • berminyak urut
  • berbengkung
  • berparam & berpilis (yang ni saya buat masa bersalinkan anak sulong saja)
  • berstoking
  • ikat rambut tocang kemas & tinggi
  • mandi air daun/ herba mandian
  • berpakaian tebal (yang ni saya tak berapa ikut sangat, sebab tak tahan melekit..hihi)

Ibu yang selepas bersalin normal, biasanya tak ada masalah sangat untuk berurut & berbengkung. Biasanya dalam tempoh 3-7 hari selepas bersalin tu, dah boleh panggil mak bidan mengurut seluruh badan.

Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan perlu nasihat khusus tentang mengurut (ada area tertentu saja boleh touch diurut dalam tempoh tertentu & berbengkung khas). Paling simple urut kepala/ dada (untuk melancarkan susu ibu)/ peranakan (sengkak) & kaki.

Yang lain-lain tu, simple je kot kan nak buat?

Ok sampai sini saja coretan saya.

Harapnya bermanfaat untuk jadi rujukan & panduan bersama. Jemput komen, k kalau ada sebarang cadangan & idea tentang berpantang ibu selepas bersalin ni 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge