Ibu Panik Susu Merudum & Cara Tambahkan Susu Ibu Segera Supaya Anak Kenyang

cara tambahkan susu ibu

Assalamu’alaikum & salam sejahtera,

Saya sangat memahami apabila ibu-ibu bekerjaya mula risau & panik tatkala bekalan susu ibu untuk anak yang ditinggalkan di taska semakin merosot.

Keadaan ini biasanya berlaku akibat ibu bekerjaya yang dihimpit pelbagai bebanan kerja sehingga ada kalanya ter’tangguh’ untuk memerah susu buat anaknya.

Ada juga yang terlalu cepat berputus asa dengan menyediakan susu formula untuk anaknya.

Sebenarnya masih belum terlewat untuk mulakan dengan giat sesi perahan susu ibu secara mencurah-curah.

Menerusi video ini nanti saya akan kongsikan cara tambahkan susu ibu dengan kadar minimum 2 minggu supaya anda dapat mengumpul sebanyak yang mungkin stok susu ibu untuk anak anda.

Tonton video ini bagaimana cara tambahkan susu badan dengan segera

Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup…. from iReach HD on Vimeo.

6 Cara Tambahkan Susu Ibu

(1) Lakukan sesi perahan susu ibu lebih kerap

  • Berapa kerap adalah kerap?
  • Menurut buku Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu (Dr. Faridah Idris, PTS Millenia, 2013) sesi perahan susu ibu perlu dilakukan setiap 3 jam sekali atau 8 – 12 kali sehari
  • Hormon prolaktin (hormon yang merangsang penghasilan susu ibu) adalah tinggi pada waktu malam. Maka, susukan bayi lebih kerap pada waktu malam sambil membuat sesi perahan yang lebih giat sepanjang malam.

 

(2) Guna pam elektrik yang lebih mudah alih tanpa mengganggu rutin harian anda

  • Kelebihan menggunakan pam jenis handsfree/ tanpa perlu dipegang adalah ia boleh membantu anda sambil melakukan kerja-kerja pejabat sambil anda memerah susu
cara banyakkan susu ibu
pam yang lebih mudah alih tanpa mengganggu tugas harian

 

(3) Lakukan tandem nursing

  • Tandem nursing bukan sahaja bermaksud penyusuan kepada 2 mulut anak secara serentak. Tandem nursing juga boleh dilakukan pada anak (sebelah payudara) sambil melakukan sesi perahan (sebelah lagi payudara)
  • Lakukan terutama tiap kali anda ada bersama anak
cara tambahkan susu ibu
contoh tandem nursing (bayi & breast pump)

 

(4)Lakukan Power Pumping

cara tambahkan susu ibu

  • Apakah power pumping?
  • Power pumping adalah melakukan sesi perahan secara terus tanpa henti untuk suatu masa tertentu & henti kemudiannya untuk suatu sela masa tertentu selama 1 jam.
  • Contoh power pumping menggunakan single breast pump: Perah tanpa henti sebelah payudara selama 10 minit & rehatkan payudara tersebut selama 10 minit kemudiannya sambil bertukar memerah payudara yang satu lagi. Buat selama 1 jam.
  • Contoh jika menggunakan double breast pump: Perah kedua-dua belah payudara tanpa henti selama 10 minit. Selepas 10 minit, rehatkan kedua-dua payudara selama 10 minit. Kemudian sambung lagi. Buat selama 1 jam.
  • Ini bermakna, dalam 1 jam, kedua-dua payudara akan mengepam selama 30 minit.

 

(5) Minum air yang secukupnya & makan makanan yang dapat merangsang penghasilan susu ibu

  • Walaupun ada pendapat mengatakan tiada had yang khusus untuk minum air, tapi ada pakar menyatakan setiap 25 kg berat badan kita perlu minum 1 liter air kosong.

cara tambahkan susu ibu

  • Antara makanan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu adalah sayur kucai, halba, lobak putih & sayur berdaun hijau gelap seperti sawi & bayam

cara tambahkan susu ibu

 

(6) Senyum & cerialah selalu serta ambil suplemen yang membantu penyusuan secara menyeluruh

  • Suplemen bukan saja boleh membantu menambah nilai susu ibu, malah ia dapat melengkapkan ibu & anak nutrisi yang mungkin tidak dapat diperolehi dari makanan harian.
  • Ibu yang keletihan misalnya, perlukan lebih khasiat seperti komponen dalam vitamin B, potassium serta karbohidrat dari index glisemik yang lebih rendah bagi membekalkan tubuhnya tenaga yang lebih berpanjangan.
  • Ibu juga perlu bebas dari stress/ kemurungan & emosi yang tidak stabil. Keadaan ini hanya akan membantutkan penghasilan susu ibu. Oleh itu, ibu perlukan suplemen yang dapat membantu mood ibu lebih ceria & relaxed.

Semoga 6 cara tambahkan susu ibu di atas membantu masalah anda.

Oh ya, bonus untuk anda yang mencari-cari suplemen untuk bantu penyusuan seperti mana Puan Farah Wahida tadi,

 Set Penyusuan Shaklee Membantu Usaha Ibu Tambahkan Susu Badan

Bukan Puan Farah Wahida seorang saja yang menggunakan set penyusuan Shaklee untuk bantu tambahkan susu badan dengan segera.

Ramai lagi ibu yang memberi maklum balas positif setelah konsisten amalkan set penyusuan Shaklee di samping konsisten pada kekerapan sesi perahan.

Set Penyusuan Shaklee yang lengkap khusus untuk bantu penyusuan yang optimum mengandungi:

  • ESP
  • Alfalfa Complex
  • Vitalea
  • B Complex
  • OsteMatrix
  • Vitamin C

Ketahui semua khasiat set penyusuan Shaklee di sini

Nak order 1 set penyusuan Shaklee sekarang juga?

Klik di bawah untuk beli segera menggunakan kad debit/ kad kredit tanpa caj tambahan

cara tambahkan susu ibu
Set Triple M (Make More Milk) [ESP x1, Vitalea x 1, BComplex x 1, Alfalfa x 1, OsteMatrix x 1, SR Vita C Plus x 1: RM499.75]

Inginkan penjimatan?

Hanya daftar ahli Shaklee melalui kami & nikmati semua faedah pembelian sama seperti kami

daftar ahli shaklee

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee Lengkap/ Bajet mahupun sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi yang lain beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge