aktiviti cuti sekolah

10 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak | Tips Untuk Mak & Ayah

Hai semua! Cuti sekolah kembali lagi!

Apa plan mak ayah semua? Dah mulakan aktiviti cuti sekolah bersama anak-anak? Saya dah mula! Jom saya kongsikan apa idea aktiviti cuti sekolah bersama anak-anak yang mungkin boleh mak & ayah sama-sama buat supaya kita semua tak mudah bertukar jadi Hulk atau Raksasa  :mrgreen:

aktiviti cuti sekolah

10 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak

Apa nak buat? Kalau u olls parents yang stay at home dengan anak-anak, inilah peluang untuk eratkan lagi ikatan kekeluargaan.

(1) Kemas Rumah Sama-Sama

Yang ni aktiviti paling best buat.

Kita latih anak-anak kita berdikari seawal mungkin. Kami dah latih anak-anak untuk bertanggungjawab terhadap bilik masing-masing.

Anak-anak ni memang kena banyak kali diulang pesanannya. Jadi, tak mengapa kalau diorang nih lupa & kita kena terus ingatkan.

Selain kemas rumah, boleh latih anak-anak bantu cuci pakaian, sidai pakaian & lipat pakaian mereka sendiri. Selain bantu ringankan tugas mak-mak, kita boleh latih anak-anak ni berdikari dan bertanggungjawab.

(2) Masak Makanan Kegemaran

Boleh mintak anak-anak cadangkan apa makanan yang nak dimakan & dimasak bersama-sama. Last time saya ajak anak-anak buat cookies ala-ala famos amos & kek cawan. Memang happy lah diorang nak tolong siapkan.

Pilih resepi yang mudah.

Yang penting sama-sama boleh involved. Simple pun tak pe. Contohnya kalau buat kek cawan tu, anak-anak tolong susun paper cup/ tabur coklat urai, pun diorang seronok.

(3) Tonton Filem Bersama

Tonton filem tak semesti kena pergi ke pawagam.

Boleh je tengok bersama di rumah. Most of the time, kami sekeluarga memang menonton filem di internet saja. Boleh cari di Youtube / di website wayang percuma.

(4) DIY Bersama

Ni antara aktiviti yang boleh mengasah otak kanan anak-anak untuk menjadi lebih kreatif. Boleh bukak Youtube 5-minutes craft untuk jadi guideline.

Ada aktiviti DIY (Do It Yourself) yang mudah untuk diikut. Buatlah sama-sama. Support aktiviti DIY anak-anak dengan membekalkan bahan yang diperlukan. Boleh juga masuk group FB seperti Kelab Kaki D.I.Y ni yang banyak menyediakan idea kreatif.

(5) Latihan Minda

Boleh google soalan latihan minda atau pun pergi ke kedai-kedai buku, belikan anak-anak buku aktiviti seperti Sudoku, Word Search.

Boleh juga ajak anak-anak bermain board games (game ular/ dam haji/ chess/ Saidina/ Monopoly/ Scrabble & seumpama) yang beraneka dijual di pasaran.

Berbanding menghadap game di handphone & tablet, bagi kami, adalah lebih baik galakkan anak-anak dengan aktiviti permainan yang hands on sebegini.

(6) Balik Kampung

Siapa tak suka balik kampung? Takde kampung? Boleh ajak anak-anak jalan-jalan bercuti di kampung orang  🙂  Banyak juga dah yang buat homestay dalam kampung sekarang.

Banyak lokasi menarik dalam Malaysia ni boleh dijelajahi bersama anak-anak.

(7) Lawatan Sambil Belajar

Banyak tempat yang boleh kita bawak anak-anak untuk belajar ketika buat lawatan. Antaranya lawatan ke:

Tu antara sebahagian saja. Boleh google lanjut untuk destinasi percutian yang anda rancang untuk pergi. Anak-anak pasti seronok!

(8) Berkebun

Kalau takde tanah, masih boleh usahakan tanaman hidroponik di rumah. Beli bekas plastik besar, dapatkan sekeping polistyrin, anda boleh bina set hidroponik sendiri. Google jek aneka tutorial di Youtube.

Boleh ajak anak-anak sama-sama semai benih & letak baja.

Kalau ada sedikit tanah di luar rumah lagi seronok. Ajak anak-anak tanam benih yang mudah seperti pokok sawi/ pokok tomato/ terung / bendi & lain-lain. In shaa Allah boleh lah sambil-sambil menuai hasilnya nanti.

(9) Bela Ikan Dalam Akuarium

Nak bela haiwan lain mungkin agak makan belanja dan ruang.

Jadi, idea yang best & mudah untuk mak ayah adalah, ajak anak-anak bela ikan. Hobi bela ikan ni so far, tak menelan belanja yang banyak sangat & lebih mudah untuk buat maintenance. Ikan tak perlu dimandikan.

Cukup sekadar beri mereka makan & tukar air bila perlu (kalau guna akuarium yang bersistem, tak perlu sangat untuk tukar air selalu.

Pilih untuk bela ikan kecil yang mudah seperti ikan gapi. Ikan yang sedikit manja seperti ikan emas agak makan kos & sangat mudah untuk mati jika tidak sesuai dengan cara penjagaan.

(10) Bersukan Bersama

aktiviti cuti sekolah

Ya, paling best jika kita dapat bersukan seisi keluarga. Antara sukan yang boleh dilakukan bersama-sama adalah:

  • virtual run/ walk
  • berbasikal
  • badminton
  • berenang (perlukan kemahiran)

Memang virtual run/ walk lah paling mudah untuk dilakukan bersama-sama. Tak perlu alatan sangat. Cukuplah hanya mak/ ayah nya saja yang pegang run tracker. Anak-anak semua ikut berlari kat belakang sama-sama.  🙂

Semoga tips ini bermanfaat!

Jemput share & silakan menulis sebarang cadangan di ruang komen jika ada sebarang idea yang lebih menarik!



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge