hadiah hari guru

Idea Hadiah Hari Guru Yang Berpatutan & Menarik Untuk Mereka Yang Dihargai

Beberapa hari lepas, saya bawa anak-anak ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis bunga hidup. Niat asal adalah ingin membeli bunga untuk diri sendiri…hehehe

Tup..tup Abang Din pun tegur, ” Ibu.. bunga ni untuk hadiah hari guru ya?”

Ops… “bukanlah Din.. ni ibu beli untuk ibu. Nantilah, kita cari yang lain. Lambat lagi kan hari guru?”

Hahah.. kesian saya.. Anak lagi tanya hadiah untuk cikgu dari hadiah untuk maknya…huhu.. hihi.. xpela, ok je tu  😀

By the way, nak bagi apa ya untuk cikgu-cikgu abang Din ni? 😮

5 Idea Hadiah Hari Guru Yang Best

Sebenarnya, saya tak berapa gemar nak bagi bunga kalau nak mintak abang Din yang pass kan pada cikgu-cikgunya.

Bukan apa, nanti mudah layu & rosak pula.

Jadinya, saya fikirkan ada beberapa hadiah hari guru yang lagi best, menarik, berpatutan & yang penting mudah nak dibawa anak-anak ke sekolah.

1) Fridge Magnet

Kelihatan fridge magnet dah jadi satu trend masa sekarang. Pelbagai jenis fridge magnet ada di pasaran. Ada yang boleh dibeli secara online, ada juga yang boleh terus kita cari di kedai-kedai.

Ni antara contoh menarik yang dikongsikan oleh rakan saya di group Whatsapp.

hadiah hari guru
cute & menarik sangat kan… harganya dalam RM6 sekeping

Cantik kan? Semua gambar fridge magnet ni dari kawan group yg tinggal kat Shah Alam yang bagitau. Mungkin order ramai-ramai untuk jimat postage. Maka dapatla harganya dalam RM6 camtu sekeping.

Disebabkan saya nak cepat, maka, idea ni saya skip.

2) Pouch

Banyak juga pouch di pasaran terutama di kedai-kedai alat tulis mahupun kat kedai serbaneka macam Daiso, DIY & lain-lain.

Boleh pilih ikut pada bajet masing-masing.

Antara idea yang saya gemar juga sebab ia antara barang yang boleh digunakan, bukan sekadar perhiasan.

3) Pen

Cikgu dan pen sudah sinonim & pastinya pen adalah keperluan yang paling wajib.

Ada pen murah, ada pen mahal malah ada juga yang sederhana. Jika rasa memang ada bajet besar untuk beri pen yang menarik, boleh belikan pen yang diukir nama kepada cikgu-cikgu..hihi.. ni memang exclusive la.

Ada juga yang dari serendah RM1.

Mana-mana pun OK kan. Asalkan niat kita nak beri tu seikhlas hati. Beri tanpa rasa terbeban 🙂

4) Sapu Tangan

Saya suka juga kalau jumpa sapu tangan yang menarik. Boleh digunakan untuk kedua-dua cikgu wanita mahupun buat cikgu lelaki.

Cuma, disebabkan juga nak cepat, tak sempat nak survey cari di banyak kedai sapu tangan yang disukai. Biasa kalau nak best, kena cari kat kedai jual barang-barang rumah/ supermarket.

5) Bekas Pensel

Akhirnya saya jumpa ni.

Bamboo pencil case. Comel. Harganya juga berpatutan.

Kat DIY je.

Alhamdulillah memenuhi total bajet saya untuk abang Din beri kepada cikgu-cikgunya yang seramai lebih dari 5 orang.

Sebelum balut bagi lebih cantik, sediakan sticker yang mudah untuk anak-anak kita tulis sendiri ucapan ringkas buat penghargaan kepada cikgu-cikgu mereka.

Selain cikgu-cikgu yang banyak membantu mendidik & memperkenalkan ilmu untuk anak-anak kita, sebenarnya, sangat wajar untuk kita hargai jasa pakcik/ makcik pengawal keselamatan sekolah & juga makcik/kakak cleaner.

Tanpa mereka, siapalah lagi yang mampu nak kawal lalu lintas depan sekolah?

Tanpa mereka, siapalah pula yang nak bantu cuci tandas/ cuci lantai kelas seandainya ada anak-anak kita yang terkucil dalam kelas tak sempat ke tandas?

Akhirnya saya pilih ini untuk mereka  😀

Saya harap mereka suka  🙂


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge