ikan patin masak tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak Yang Murah, Berbaloi & Sedap Pastinya Di Sini

Saya & suami penggemar tempoyak.

Lagi best kalau yang baru buat.. tak masam sangat…

Seingat saya, saya mula belajar menggemari makan tempoyak ni apabila makan masakan kampung yang menghidangkan nasi putih, ikan goreng, ulam, sambal belacan & juga sedikit tempoyak. Masa tu saya masih belajar di IPTA & berkunjung ke rumah seorang sahabat di Batu Pahat.

Sedap sampai menambah-nambah  :mrgreen: 

Ikan patin masak tempoyak?
Serius tak pernah masak sendiri. Tau makan je haha..

Biasa kalau kat kedai makan biasa jarang dapat ikan fresh patin ni.. Ntah.. ye ke tu ikan patin kalau harga sepotong dalam RM3 je? Macam ikan lain je kan? :mrgreen:

Temerloh Bandar Ikan Patin

Kalau datang bandar Temerloh ni, memang kita leh nampak sungai yang luas ni.

Dari jauh pun boleh nampak terdapatnya penternakkan ikan patin dalam sangkar. Cumanya xsempat pula nak snap gambarnya sebab suami teruskan drive sebab dah lapar..haha  😆

Jadinya google jelah  😀

ikan patin
gambar kredit kepada: http://patinpangsenam.blogspot.my/

Ikan yang diternak dalam sangkar di sungai biasanya tidak berbau pelik semacam ikan-ikan yang diternak dalam kolam tertutup.

Euuuuw.. saya kata macam ni sebab pernah makan ikan talapia entah hitam/ merah goreng yang ada rasa macam bau-bau batu gitu.. 😐  terus sampai sekarang fobia nak makan ikan talapia kat kedai makan  😥

Ikan Patin Masak Tempoyak Di Go’bang Maju Patin Tempoyak

Kebetulan balik rumah ibu mertua di Kemaman ni. Ambiklah peluang bawak ibu berjalan-jalan makan tempat best & menarik.

Actually encik suami la yang dah lama survey nak makan ikan patin masak tempoyak kat area Temerloh ni.

Beliau rujuk facebook ni lah Go’bang Maju Patin Tempoyak sambil-sambil usha tanya salah seorang sahabat kami yang memang dah pernah berkunjung makan kat sini

Lokasi Go’bang Maju Patin Tempoyak

Mula-mula kitorang waze. Tapi malangnya dia x hantar tepat ke lokasi bila taip “Gobang Maju Patin Tempoyak”

Then taip “Jalan Triang”.. keluar “Petron Jalan Triang Temerloh“.. hah, guna ni OK sangat.. memang mudah sampai.

Kedai ni betul-betul sebelah kanan Petron Jalan Triang Temerloh tu. Strategik betul sebab berada di tengah-tengah persimpangan traffic light.

Waktu Operasi Go’bang Maju Patin Tempoyak

Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari sampai jam 12 tengah malam kecuali pada hari Jumaat. Lain sket waktu operasinya.

Kalau datang hari Jumaat, sila datang selepas solat Jumaat tau.

ikan patin masak tempoyak

Sebab diorang buka pada jam 2 petang ke atas camtu sampai 11:30 malam. Alhamdulillah berniaga sambil jaga amal ibadah ni berkat.. in shaa Allah.

Makanan Layan Diri

Kat sini, nak makan, jangan tunggu kat meja tau.. Alamatnya memang tak sampai la makanannya..

Kena gi kat kaunter & beratur untuk ambik nasi & lauk-lauk termasuk lauk ikan patin tempoyak tu.

ikan patin masak tempoyak

Lauk-lauk tambahan yang lain macam sayur campur & ulam-ulaman ada dihidang di meja depan

Bagi yang nak makan ikan bakar (ada pilihan pais bakar tempoyak/ bakar asam), kena tempah kat kaunter depan ni. Nanti diorang bagi resit dengan nombor giliran sekali. Tunggu sampai dipanggil, ikan bakar boleh gi amik kat kaunter.

nampak tak lelaki kat hujung kiri dengan microphone tu? Haa.. tunggu giliran ikan bakar siap dipanggil oleh beliau ya!

 

Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap, Murah & Berbaloi Untuk Makan Ramai

Kenapa kitorang cakap murah?

Ibu mertua bagitau diorang pernah makan kat R&R berdekatan ikan patin masak tempoyak dengan harga yang hampir sama tapi saiz potongan ikan adalah 1/3 daripada yang kitorang makan nih!

ikan patin masak tempoyak

Oklah.. utk saiz ikan tempoyak bahagian ekor ni, kenyang dimakan oleh 3 dewasa. Harga RM12.80 saja  😉

Saya add on udang masak lemak & kerabu perut tu jugak sebab teringin pula tengok .. 😛 Memang sedap  🙂

Ikan bakar pun ok, tapi mungkin sebab saya lagi suka ikan tu plain tanpa bumbu pais, saya bagi ikan patin masak tempoyak ni 5 bintang, pais ikan patin bakar tempoyak 3 bintang :mrgreen:

Gambar ikan bakar tak sempat snap sebab masa ikan tu sampai (lambat sket sebab kena tggu giliran dipanggil) kitorang tengah berselera makan.

Total kitorang makan (4 dewasa, 1 kanak-kanak sekolah) dalam RM70 + camtu. Oklah kan, lauk pun banyak, siap dengan desert tapai, air kitorang pesan air jug tu.

ikan patin masak tempoyak

Oh ya, diorang ada jugak bukak cawangan di Kuantan & juga di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Next time leh la berkunjung ke cawangan lain diorang pula  😉

Terima kasih sudi singgah baca sini   🙂

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge