halal shaklee

Isu Halal Shaklee Tiada Cop Halal JAKIM : Adakah Produk Shaklee Halal?

Dulu saya ada juga share tentang isu halal Shaklee ni di entri blog terdahulu saya ni

http://zaleha.produkvitamin.com/isu-shaklee-halal/

Malangnya blog tu dah ada problem. So, takpe, kita explain lagilah di blog rasmi kami yang sekarang.

Sebagai umat Islam, kita memang dituntut untuk check apa yang kita makan dan minum. Adakah apa yang kita ambil ni halal ke tidak?

Memang ada customer yang bertanya, “Shaklee ni halal ke?” Sebab kata diorang kat botol takde pun logo halal JAKIM tu. Baguslah diorang bertanya.

halal shaklee

Isu Halal Shaklee : Adakah Shaklee Halal?

Ya, produk Shaklee adalah halal.

Produk Shaklee dipantau status halal oleh Islamic Services of America & badan halal ini merupakan badan Islam luar negara yg diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (JAKIM)

halal shaklee

 

Isu Halal Shaklee : Kenapa Tak Nampak Logo Halal JAKIM?

Shaklee adalah produk suplemen dari negara Amerika Syarikat (USA). Bukan produk yang dikeluarkan dari negara Malaysia.

Jadi, halalnya Shaklee ni adalah dipantau oleh badan Islam dari negara Amerika Syarikat tu lah  🙂

Boleh rujuk senarai penuh badan Islam negara luar Malaysia yang diiktiraf oleh JAKIM di link bawah ni:

The List of Bodies Recognized by JAKIM Abroad 

Hehe, biasanya orang yang persoalkan cop logo halal Malaysia pada barang luar negara ni, mungkin kebanyakkannya yang tak pernah pergi berada di luar negara Malaysia ni… :mrgreen:

Kat luar negara sana, jenuhla JAKIM nak gi endorsed cop halal JAKIM tu kat satu-satu barang kat serata dunia kan?

Parah nak bayar gaji pegawai dan staf yang nak kena ke luar negara semata-mata nak semak setiap satu barang yang ada kat seluruh Malaysia  😆

Ok,

Semoga penerangan ini dapat menjelaskan isu halal Shaklee yang anda persoalkan tu ya  😉

Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut mengenai produk Shaklee & nak beli produk Shaklee, dipersilakanlah hubungi kami di sini. Kami adalah antara pengedar Shaklee yang bertauliah  🙂

Rujukan:

  1. Portal Rasmi Halal Malaysia http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9jZXJ0aWZ5X2JvZHk7Ozs7&utama=CB_LIST
  2. Senarai penuh badan halal luar negara Malaysia yang diiktiraf oleh pihak JAKIM http://www.halal.gov.my/ckfinder/userfiles/files/cb/CB%20List%20LATEST%20.pdf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge