aquaria KLCC

Jalan Jalan Cuti Sekolah | Aquaria KLCC 2019 Apa Yang Menarik

Dah lama jugak tak update aktiviti jalan-jalan kan? Ada yang rindu tak? Hihihi.. Alhamdulillah, bulan ni, baru-baru ni je dapat meluangkan masa untuk reward anak-anak & suami masuk ke Aquaria KLCC.

Plan kami untuk datang ke sini adalah sangat adhoc juga sebab saya sendiri kena menunggu green light suami untuk beliau mengesahkan cutinya.

As usual, saya kan bekerja sendiri dari rumah, memang tak perlulah nak dirisaukan bab cuti ni. Once suami bagitau plan beliau untuk bawak anak-anak jalan-jalan cuti sekolah, saya terus terfikir pasal Aquaria KLCC ni

Aquaria KLCC 2019 | Apa Yang Best?

aquaria KLCC

Kalau cerita bab aquarium, Aquaria KLCC ni dah jadi aquarium yang ketiga seumur hidup saya kot. Katanya aquarium ni adalah aquarium terbesar di Asia Tenggara.

Last year plan nak visit aquarium di Osaka, Jepun, namun atas faktor cuaca & kekangan masa sepanjang trip ke Jepun lepas, maka belum berkesampaian lah untuk ke sana.

To me, ada beberapa perkara yang sangat best & menarik serta berbaloi datang ke Aquaria ni. Antaranya:

  • Banyak spesies ikan yang comel & jarang dapat dilihat (jika compare di aquarium biasalah)
  • Both spesies hidupan air tawar & air laut ada di sini
  • Banyak ruang pembelajaran untuk anak-anak juga termasuk sudut DIY buat bahan keperluan dalam rumah dari sumber alami
  • Kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar & tentang kepupusan hidupan laut yang kian terancam dek tangan-tangan manusia sendiri
  • Paling suka moment dalam tunnel (terowong) akuarium tu. Boleh tengok ikan-ikan besar pakat melintas lalu atas kepala. Ada spesies jerung, ikan pari, penyu & macam-macam jenis ikan yang entah apa namanya ku pun tak kenal  :mrgreen:

aquaria klcc

Harga Tiket Masuk Aquaria KLCC

Tiket Dewasa (13 tahun ke atas) : RM49

Tiket Kanak-Kanak (3 tahun – 12 tahun)/ Wargaemas : RM39

Untuk anak-anak berumur 2 tahun ke bawah, masuk adalah percuma. Ni harga untuk warganegara Malaysia lah.

Cara Beli Tiket Murah Aquaria KLCC

Ok, saya guna Wonderfly.Asia untuk booking beli tiket masuk ke Aquaria KLCC ni. Memang ada diskaun lah kalau beli di website ni.

So far untuk

  • Dewasa: RM35/ tiket
  • Kanak-Kanak: RM26/ tiket

Lepas dah dapat PDF pengesahan tiket, simpan je untuk digunakan masa masuk ke Aquaria tu. So far, tak print hardcopy pun takpe.

Hari kami walk in masuk tu, saya just bukak handphone & imbas barkod di laluan pintu masuk Aquaria ni sambil tunjukkan IC sebenar kami suami isteri.

Masa Operasi Aquaria KLCC

Dibuka setiap hari, jam 10 am – 8 pm. Last untuk masuk adalah sekitar jam 7 pm.

aquaria klcc

Masa kami sampai aritu dalam sekitar jam 8:30 pagi. Kebetulan keluar awal sebab sama-sama keluar pagi time adik nak pergi kerja. Since aquarium belum buka, kitorang jalan-jalan pusing dalam convention centre tu & keluar ke KLCC Park.

Memang cantik juga pemandangan sekitar.

Sambil bawak anak-anak jalan-jalan, sambil exercise jalan kaki kat taman tu. Ada taman permainan juga. Kalau lapar, boleh makan di restoran dalam convention centre juga.

Kami pilih untuk lunch tapau di Cold Storage, di Suria KLCC. Tapau meal & air makan kat taman KLCC ni lah. Memang enjoy sangat the moment.

Semoga apa yang ditulis beri manfaat 🙂  have fun guys!



 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge