pemandangan indah

Jalan-jalan Pantai Timur: Pemandangan Indah & Bersantai Seisi Keluarga di Kijal

Subhanallah.. rasa macam ajaib sungguh semua yang telah ditakdirkan.

Alkisahnya, tatkala kami anak beranak perlu berada lama di pantai timur (Kemaman) atas urusan keluarga, nak pula pada hujung tahun macam ni, rasa macam sangat bersyukur sebab sepanjang berada di sana, banjir tidak berlaku seperti pada tahun yang sebelumnya. Alhamdulillah.

Cuaca sangat panas. Memang ada hari, terik sampai kalau jemur pakaian dalam rumah pun cepat je keringnya.

Hari-hari terakhir berada di Kemaman, terasa sungguh nak berjalan-jalan, jenguk pemandangan indah di sekitar.

Alhamdulillah di Kijal ni ada pantai yang sangat menarik pemandangannya. Ditambah pula dengan kesan batu & ombak, Subhanallah cantik sungguh!

Pemandangan Indah Sekitar Pantai di Kijal

Kami tiba di sini sekitar jam 6 petang.

Kelihatan ada juga penduduk tempatan bersantai-santai di sini bersama keluarga.

pemandangan indah

Lawa sungguh warna langit ketika ini.

pemandangan indah

pemandangan indah

Tatkala melontar pandangan ke arah laut, Subhanallah indahnya pemandangan yang dihiasi batu-batu besar serta ombak yang memukul.

Betul-betul macam lukisan yang sangat cantik gaya pewarnaannya.

pemandangan indah

Jika nak diikutkan, rata-rata laut di sekitar Kemaman ni tidak pernah selamat untuk aktiviti mandi manda. Jika tak sebab  lautan yang dalam, biasanya akan ada ubur-ubur yang bertebaran di permukaan/ dasar laut.

Tapi, memang rezeki sungguh kanak-kanak yang berkunjung untuk mandi di sini. Ada sedikit lopak air yang dihadangi oleh batu-batuan besar, memungkinkan ia agak selamat jika sekadar nak bermain air lopak di sini.

pemandangan indah

Ada sedikit lopak air yang best buat anak-anak berkubang..hahaha.. Tak tau kata ada lopak yang macam ni. Kalau tau dah lama bawak persalinan mandi untuk Din & Auni..  😆

Xpa.. next time balik Kemaman, pasti akan ke sini lagi  😉

pemandangan indah

Tengok anak kecil tu.. cute je dia berkubang.. happy sungguh  :mrgreen:

pemandangan indah

pemandangan indah

Auni & Din hanya mampu melihat keseronokkan kanak-kanak ini berkubang & bermain dalam lopak air ni..hihii.. Xpela, nak buat macam mana, tak plan pula untuk bawak pakaian persalinan untuk mandi

pemandangan indah

Hasil & akibatnya, mereka berdua menyibukkan diri dengan aktiviti bermain pasir & mengutip siput-siput di pesisiran pantai..

pemandangan indah

Gambar-gambar yang menarik.. Cantik sangat jika dapat mengukirkan bait-bait indah pada gambar ni. Boleh buat poster doa-doa juga… hihihi  😀

pemandangan indah

pemandangan indah

pemandangan indah

Bergambar bertiga jer? Hihihi.. Masa ni Auni meragam sebab ape ye? Entah…hihih..

Akhirnya baru la dapat snap gambar berempat… 😀

We are a happy family.. Semoga dapat ke sini lagi pada tahun hadapan… sayonara 2015!

Best kan dapat melihat & mengabadikan pemandangan indah di sini? Semoga dapat bertemu lagi di lain kesempatan.. In shaa Alllah  🙂

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge