Sejak Julai 2018 yang lalu, di pertengahan masa kami buat detox Shaklee dalam group, saya mula kenal & pertama kali menjejakkan kaki ke fitness gym.
Sungguh tak pernah pun terbayang akan jejak ke mana-mana fitness gym. Nak tau tak sebab apa?
Imaginasi saya masa tu, fitness gym hanya untuk body builder 😆
Kekalkan Fitness Di Suria Gym Serendah RM5
Ok, hari ni saya nak kongsi sedikit review tentang Suria Gym ni lah. Nak tau tak kenapa saya sangat excited nak share review ni?
Ok, sebelum saya go through yang lain-lain, saya nak share sebab-sebab saya sudi buat review percuma ni.
4 Sebab Saya Suka Datang Suria Gym
(1) Dekat
Yang ni paling utamalah sebenarnya. Sebab sebelum ni rasa macam tak pernah perasan plak any fitness gym nearby perumahan yang kami duduk di Taman Universiti ni.
Lokasi Suria Gym
Ok, kalau u olls tahu kedai Eco yang berhantu tu, hah, senang lah. Suria Gym ni bertentang dengan Bank Rakyat (yang sederet dengan kedai Eco).
(2) Tertutup
Yang ni penting jugak. Huhu.. Sebab, saya sebenarnya suka berlari outdoor. Namun, sejak cuaca sering tidak menentu (hujan), terutama di kala hujung minggu, memang terpaksalah cari tempat berlari yang lebih selesa & sesuai.
Suria Gym ni 2 tingkat.
- Tingkat bawah, daftar & area gym lelaki.
- Tingkat atas, untuk wanita & ada ruang lapang untuk buat senam robik/zumba/ aerodance.
Sejak rajin sertai Virtual Run dengan geng Shaklee iReach yang lain, kemaruk betul nak berlari setiap minggu.
Sekarang nih, rutin saya berlari wajib 2 kali seminggu. Kalau tak buat ni, rasa aduh… tak sihat rasanya.. hahahah.
(3) Kemudahan Treadmill
Memandangkan kat rumah sendiri belum ada treadmill, fitness gym lah tempat menarik untuk best berlari indoor.
Actually kalau join virtual run, tak wajib pun lari kat gym/ outdoor. Boleh je nak berlari dalam rumah, cuma kurang selesa lah atas faktor tertentu (ruang sempit/ kurang feel) hehe.
Kat Suria Gym ni, bahagian wanita, ada 3 buah treadmill. Setakat time saya selalu datang ni, jarang treadmill penuh semua serentak.
(4) Murah & Berbaloi
Kenapa saya kata murah? Actually ada timing yang memang berbaloi. Dah lah murah, tak ramai orang plak tu.
Masa Operasi Suria Gym
Fitness gym ni dibuka setiap hari. Dari jam 8 pagi sampai jam 12 tengah malam.
Harga Bayaran Masuk Suria Gym
Ada pakej keahlian & harga untuk bukan ahli juga. Untuk harga masuk bukan ahli boleh refer sini:
- Dewasa – RM10
- Pelajar – RM8
- Happy hour: RM5 per entri (8 am – 3 pm setiap hari) – ni lah harga yang saya bagitau tadi.
Setakat ni anak-anak saya yang sekolah rendah & tadika tu takde lah dikenakan bayaran. Diorang pun datang just menemani maknya ini.
Kalau ikutkan kos, kena ambil kira kos letak parking kupon jugaklah. Saya selalu spend masa dalam sejam lah kat sini. So parking 60 sen, bayaran masuk RM5. Hm.. murah dan berbaloi sangat!
Oh ya, jika ada info pertanyaan lanjut tentang Suria Gym ni, boleh hubungi contact tertera di bawah:
Amirul : 018-9864451
FB: Ladysgym
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi