Kelebihan Memberi Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Anda Wajib Tahu

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Gambar sekadar hiasan…

Apabila diimbas kisah Maryam a.s yang melahirkan Nabi Isa a.s tanpa suami, seorang diri pula, betapa kerdilnya diri jika kita ibu-ibu masih berkeluh kesah tatkala tiba masa untuk melahirkan anak.

Ditambah pula, Maryam a.s tidak pula memberikan susu formula kepada Nabi Isa a.s. Bahkan Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan yatim piatu juga diberikan susu ibu oleh ibu susuannya.

Tidakkah semua ini memberikan kita suatu petunjuk?

Betapa banyak hikmah & kelebihan memberi susu ibu (susu badan) kepada anak-anak seawal mereka dilahirkan yang patut kita ketahui.

kelebihan memberi susu ibu

Gambar sekadar hiasan..

Jadi, sebagai seorang ibu, mengusahakan untuk memberi susu ibu kepada anak-anak kita adalah juga suatu tanggungjawab.

Bagaimana pula peranan suami?

Sudah tentu, suami yang bertanggungjawab, baik budi pekertinya akan membantu & menyokong isterinya untuk memberikan anak-anak mereka susu ibu sepertimana suami mithali dalam video ni.

(sila tonton sampai habis baru tau dia ni suami mithali atau tak)

 

Khasiat Susu Ibu

Menurut Pregnancy to Parenthood yang ditulis oleh Linda Goldberg et al (1999), setiap spesis hidupan mamalia menghasilkan susu badan sesuai dengan keperluan anak-anaknya.

Jika dipandang dari sudut biokimia, susu badan manusia adalah diciptakan sesuai untuk perkembangan otak.

Manakala susu badan haiwan pula lebih kepada membantu perkembangan otot.

kelebihan memberi susu ibu

Gambar sekadar hiasan..

Dengan erti kata lain,  susu lembu atau susu kambing secara lumrah & fitrahnya, Tuhan telah ciptakan untuk anak-anak lembu & anak-anak kambing, manakala susu badan manusia memang Tuhan Ciptakan khusus untuk anak-anak manusia.

Antara khasiat susu ibu (kat sini terma susu ibu adalah susu badan manusia ya :mrgreen: ) adalah:

  • mengandungi sumber protein yang lengkap & cukup untuk keperluan bayi
  • membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus bayi
  • mengandungi lemak susu yang mudah untuk diserap
  • mengandungi zat besi yang lagi mudah untuk diserap

& yang khasiat paling terbaik, susu ibu

  • mengandungi kolostrum (susu paling awal & sangat terhad pada waktu terhad) & juga dikenali sebagai emas putih kerana khasiatnya yang tidak ternilai

Ringkasan mengenai khasiat & kelebihan memberi susu ibu adalah seperti pada carta minda ini:

kebaikan memberi susu badan

Susu Ibu:

  • Adalah yang terbaik & sempurna untuk semua bayi manusia
  • Membantu perkembagan bayi yang lebih sihat
  • Sangat menjimatkan wang
  • Sentiasa ada pada suhu yang paling sesuai
  • Membantu perkembangan otak & IQ yang tinggi
  • Melindungi bayi dari alahan
  • Bermanfaat kepada ibu dari segi emosi & fizikal
  • Mudah untuk dihadam. Jangan risau jika bayi yang anda susukan tidak membuang sehingga 5 hari selagi perutnya tidak kembung & mudah pula dia kentut-kentut :mrgreen:
  • Membantu perkembangan kesihatan kulit bayi
  • Najis bayi tidak begitu berbau

Tahniah kerana anda adalah antara pembaca yang hebat & dianugerahkan Tuhan untuk mengenali kebaikan susu ibu.

Sebagai penghargaan & bonus saya untuk anda, tontonlah video ini sehingga penghujungnya.

Anda akan rasa lebih bersyukur kerana ada insan lain yang mungkin lebih lagi, kurang bernasib baik berbanding anda.

Semoga kesukaran ibu yang menyusukan anak pra matang ini dapat memberikan inspirasi buat semua ibu yang membaca entri ini.

Semoga bermanfaat.

Sekiranya anda ada sebarang komen/ persoalan (atau masih ada soalan berkaitan kelebihan memberi susu ibu), boleh saja ditaip di ruangan komen. Saya amat alu-alukan sebarang coretan anda.

Jika anda ingin ajukan sebarang permasalahan berkaitan penyusuan susu ibu ini boleh juga disalurkan ke maklumat berikut:

019-7646021 (sms/ whatsapp/ telegram)

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Inshaa Allah, saya cuba membantu.

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.